Rafizi sepatutnya menteri yang ditukar portfolio – Puad
KUALA LUMPUR – Rafizi Ramli sepatutnya antara menteri yang perlu ditukar portfolio jika Perdana Menteri, Anwar Ibrahim merombak Kabinet.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Mohd Puad Zakarshi berkaata, ini kerana Menteri Ekonomi itu masih gagal menawarkan formula luar biasa untuk ekonomi rakyat.
“Setakat formula masak dan makan di rumah itu biasa biasa,” katanya.
Elok Rafizi diberi peluang kemuka “formula pelancongan” pula.
Mana tahu berkesan. Mungkin Rafizi akan jadi Menteri Pelancongan terbaik, ujarnya.
Media sebelum ini melaporkan kemungkinan berlaku penyusunan semula Kabinet dalam masa terdekat, dengan beberapa menteri diramal akan digugurkan dan dakwaan rombakan berkenaan hanya akan dilakukan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai pada 7 Oktober ini.
Perkara itu didedahkan oleh seorang pemimpin kanan DAP yang enggan dinamakan dengan beliau menjangkakan Anwar akan meneliti prestasi calon gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada PRK itu terlebih dahulu sebelum membuat rombakan kecil kabinet.
Jelas beliau, di sebalik keperluan Perdana Menteri ke-10 (PMX) untuk meneliti prestasi BN-PH di PRK berkenaan, sebarang usaha rombakan Kabinet sememangnya sudah tidak dapat dielakkan susulan tempoh pentadbiran Kerajaan Perpaduan sudah hampir mencecah setahun.
Namun, Anwar Anwar masih berteka-teki berhubung rombakan Kabinet yang akan berlaku dalam masa terdekat ini.
Beliau berkata, perkara itu masih dalam pertimbangan untuk difikirkan. –
Tiada ulasan:
Catat Ulasan