Ahad, 17 September 2023

SATU LAGI DEMO DIRANCANG


Protes sekali lagi jika kerajaan gagal dakwa semula Zahid, kata Tun Faisal


SATU lagi protes akan diadakan sekiranya kerajaan gagal mengambil sebarang tindakan untuk membuka semula perbicaraan rasuah  Zahid, kata Tun Faisal Ismail Aziz hari ini.

Ahli majlis tertinggi Muafakat Nasional itu berkata, protes seterusnya boleh diadakan di Bagan Datuk, kawasan pilihan raya Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu.

“Kami akan teruskan (usaha memperjuangkan keadilan ini).

“Justeru, berdasarkan apa yang berlaku hari ini, ramai lagi yang bersetuju untuk melakukan perkara serupa di Permatang Pauh dan juga di Bagan Datuk.

“Kami percaya mereka yang mengundi ahli politik ini menjadi ahli Parlimen juga kecewa dengan apa yang berlaku,” kata bekas timbalan ketua Umno Putrajaya itu.

Permatang Pauh adalah tempat kelahiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Perhimpunan Selamatkan Malaysia hari ini adalah untuk membantah keputusan peguam negara menarik balik semua 47 pertuduhan dalam perbicaraan rasuah Zahid.

Minggu lalu, hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memberikan Zahid DNAA atas 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Pihak pendakwaan berkata, ia mahu menghentikan prosiding supaya siasatan lebih mendalam dapat dilakukan.

Tun Faisal berkata, protes yang dicadangkan selepas ini bukan ancaman kepada kerajaan pimpinan Anwar tetapi sebagai peringatan orang ramai tidak berpuas hati dengan pentadbiran.

“Orang ramai mula berasa kecewa dengan pentadbiran Anwar.

“Orang ramai sudah melahirkan kekecewaan mereka pada pilihan raya negeri dan juga pilihan raya kecil di Johor baru-baru ini.

“Keputusan menunjukkan mereka menjauhi parti dalam kerajaan.

“Malah ahli parlimen Muar Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman) menarik balik sokongan kepada kerajaan berikutan apa yang berlaku.

“Jadi, semua ini sebagai peringatan kepada kerajaan,” katanya.

Terdahulu, Tun Faisal membuat laporan polis antaranya mendesak kerajaan supaya mendakwa Zahid semula. – 16 September, 2023.

INI CARA BETUL

INI CARA KERJA

YANG BAIK

AMIN

TERUSKAN

BERDEMO SELAGI

TUNTUTAN BELUM

BERJAYA

AMIN

KUNCINYA ANGKA

DAN JUMLAH WAJIB

TERUS BERTAMBAH

RAMAI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan