Sabtu, 23 September 2023

SPRM TANGKAP - SETPOL SAPA ?



Bekas setiausaha politik bekas menteri ditahan SPRM

SEORANG bekas setiausaha politik kepada bekas menteri kanan antara dua yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah.

Menurut sumber, perbuatan rasuah itu adalah sebagai balasan meluluskan projek percetakan buku bernilai kira-kira RM80 juta membabitkan sebuah kementerian secara rundingan terus.

“Suspek pertama iaitu bekas setiausaha politik berusia dalam lingkungan 20-an kepada seorang bekas menteri kanan manakala suspek kedua merupakan pemilik syarikat berusia lewat 50-an.

“Mereka dipercayai bersubahat dengan bekas menteri kanan itu dengan meminta dan menerima rasuah melalui syarikat suspek kedua daripada kontraktor sebagai balasan meluluskan projek percetakan buku secara rundingan terus,” kata sumber itu dalam kenyataan hari ini.

Sumber berkata, kedua-dua individu berkenaan ditahan kira-kira jam 11 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya dan kini direman selama empat hari sehingga Selasa depan (26 September) selepas SPRM membuat permohonan reman ke atas mereka pagi tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. – Bernama, 23 September, 2023.

WOIT

KAH KAH KAH

TANGKAP JANGAN

TAK TANGKAP

KAH KAH KAH

TANGKAP ORANG

JAHAT

KAH KAH KAH

TERUTAMA JAHAT

MUSUH POLITIK

KHALAS

1 ulasan:

  1. mat yakin lawan mat tarik.. sapa menang ? apa rakyat dapat ? tak dapat apa..

    BalasPadam