Sabtu, 16 September 2023

ZAHID BEBAS - TURUN KE JALAN



DNAA terpilih

 menurut Islam 

– Abdul Hadi
KUALA LUMPUR – Pengampunan hanya boleh diberikan oleh manusia dalam kes yang melibatkan hak manusia sahaja iaitu mangsa, seperti jenayah kecederaan.

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berkata, tiada pengampunan melibatkan hak Allah seperti mencuri, berzina, meliwat, meminum arak dan perkara yang merosakkan akal, termasuklah kes dadah.

“Kaedah lepas tanpa bebas (DNAA) tidak terpakai terhadap pencuri yang dihukum penjara kerana mencuri tabung masjid sebanyak RM22.

“Kenapa tidak dipastikan adakah dia mencuri kerana kelaparan atau ada apa-apa sebab yang lain?

“Sebaliknya, DNAA dilaksanakan dalam tuduhan rasuah melibatkan angka ratusan juta ringgit terhadap seorang bangsawan yang sedang menghadapi perbicaraan belum selesai.

“Adakah tiada rasa malu apabila melakukan perbuatan itu? Malangnya, ramai pula yang berilmu mempertahankan tindakan itu kerana ingin mengampu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, perkara ini bukan sahaja tertakluk dalam undang-undang dalam negeri, bahkan melibatkan undang-undang antarabangsa.

“Ada perkara berkait dengan hak manusia dan ada perkara berkait dengan hak Allah yang tertakluk bawah hak umum, sama ada jenayah dan lain-lain.

“Di samping itu, harus juga diambil kira aspek Maqasid al-Syari‘ah dan Siyasah Syar‘iyyah yang tidak wujud dalam undang-undang ciptaan manusia,” katanya.

Tambah beliau, dalam aspek DNAA terpilih, apatah lagi melibatkan campur tangan dalam kalangan bangsawan dan pemerintah, yang diberikan DNAA tidak boleh disamakan dengan kaedah-kaedah dan peruntukan sedia ada dalam syariat Islam.

“Ini kerana ia berwawasan akhirat dan menyerlahkan keadilan tanpa mengira darjat,” katanya. 

CAKAP BANYAK

TAK AKAN UBAH

KEADAAN

AMIN

NAK TUNGGU

AKHIRAT 

AMAT LAMBAT

AMIN

SEKARANG

SUSUN ATUR

TURUN KE JALAN

AMIN

TAK PUAS  HATI

SUSUN DEMO 

SATU NEGARA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan