Dikecam kenyataan minyak turun esok, PMX kata sekarang konteks sudah berbeza
Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan meneruskan pemberian subsidi kepada rakyat, namun menegaskan ia perlu dibuat penyasaran supaya ketirisan dapat dielakkan dan memastikan hanya rakyat yang layak sahaja mendapat manfaatnya.
Anwar semasa mengetuai pembangkang, Pakatan Harapan (PH) sebelum ini semasa kempen pilihan raya membangkitkan isu kenaikan harga minyak yang menekan rakyat, malah semasa dalam satu kongres sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) juga berkata harga minyak tidak turun kerana ketika itu masih belum menjadi kerajaan pusat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan