Selasa, 24 Oktober 2023

BERAS MURAH ADA DI KEMAMAN


Jangan rakyat doa wakil rakyat mati baru ada jualan beras murah – Ahmad

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) secara sinis menegur program jualan murah beras yang didakwa berlaku di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Bentong baru-baru ini.

Ahmad Saad @ Yahaya (PN-Pokok Sena) berkata, pihaknya bimbang perbuatan itu akan membuatkan rakyat berdoa agar wakil rakyat di kawasan mereka meninggal dunia untuk menikmati ‘jualan murah’ beras seperti yang berlaku di DUN Pelangai.

“Timbul persoalan adakah akan berlaku lambakan beras di PRK Kemaman, jadi kalau itu berulang saya bimbang ada rakyat yang mendoakan agar ahli Parlimen di kawasan mereka cepat meninggal dunia kerana akan berlaku jualan beras yang banyak di kawasan mereka.

“Apakah semudah itu rakyat di bawah mudah dimainkan oleh kerajaan, apakah rakyat tidak boleh memahami bahawa tindakan kerajaan sangat tidak bermaruah menggunakan kuasa dan jentera untuk berhadapan dengan pilihan raya,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad merupakan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat.

Sebelum ini, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim menafikan wujud program agihan percuma beras ketika kempen PRK DUN Pelangai sebelum ini.

Ia ekoran hantaran Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) di Facebook yang mendakwa Pakatan Harapan (PH) mengadakan program agihan barangan secara terbuka ketika kempen.

Menerusi hantaran itu, Wan Ahmad Fayhsal turut memuat naik satu rakaman video berdurasi satu minit dan 17 saat yang memaparkan pengundi DUN Pelangai didakwa menerima beras tempatan secara percuma di kawasan berkempen.

Pada PRK DUN Pelangai itu, calon Barisan Nasional (BN),  Amizar Abu Adam memperoleh 7,324 undi, sekali gus menewaskan Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi manakala calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli hanya 47 undi. – 

WOIT

JANGAN RISAU

JANGAN BIMBANG

BERSEDIA

DI KEMAMAN

KAH KAH KAH

LORI BAWA

BERAS AKAN

SAMPAI

KAH KAH KAH

SEMUA BERAS

MURAH

KAH KAH KAH

KALAU TAK MURAH

DAPAT BERAS

PERCUMA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan