Isnin, 23 Oktober 2023

DI INDIA ZIONIS LARANG PAKAI SARI WARNA PALESTIN


Jurucakap Israel marah penyampai berita pakai sari warna bendera Palestin

KUALA LUMPUR – Seorang jurucakap rejim Israel berang dengan seorang penyampai berita yang memakai sari sama warna dengan bendera Palestin iaitu merah dan hijau.

Dalam temubual yang disiarkan secara langsung jurucakap zionis itu nampak bengang dengan penyampai berita tersebut tanpa mengetahui sari berkenaan milik mendiang nenek wanita itu dan dipakai bagi mengingati ulang tahun kematiannya.

“Saya dapat lihat warna yang kamu pakai petang ini dan sebab itu saya sengaja memakai pakaian berwarna biru dan putih (warna bendera Israel).

“Dengan segala hormat warna hijau, merah dan hitam yang anda pakai dengan sengaja, warna biru dan putih akan sentiasa menang,” kata jurucakap Israel.

Kata-kata beliau menyebabkan penyampai berita tergamam beberapa saat dan kemudian menggesa lelaki yang dipanggil Federick tidak membahagikan warna mengikut agamA.

Dia kemudian menyatakan sari yang dipakai itu adalah pemberian daripada neneknya yang telah meninggal dunia.

“Mari kita tidak membahagikan warna mengikut agama dan ia juga kadang-kala berlaku di negara saya sendiri dan juga saya hendak beritahu awak Federick sari yang saya pakai milik nenek saya, kalau dia masih hidup dia berusia 105 tahun hari ini.

“Dia tidak tahu konflik Israel dan Hamas. Sari ini tidak memberi sebarang maksud termasuk menunjukkan sokongan kepada mana-mana pihak,” katanya sambil tersenyum.

Menurut penyampai berita berkenaan, apa yang berlaku di Gaza termasuk pengeboman hospital hingga mendatangkan kematian adalah satu bentuk jenayah.

Jurucakap Israel yang kelihatan malu masih tidak mahu mengalah itu seterusnya berkata, “Sari awak cantik, pakai pada majlis yang lain”.

Video temuramah itu kemudiannya tular di media sosial dengan rata-rata warganet tidak menyangka dan berasa kelakar wakil Israel tersebut yang mudah mar – 

DI INDIA

ZIONIS LARANG

PAKAI WARNA

BENDERA PALESTIN

AMIN

DI MALAYSIA ZIONIS

LARANG KUTUK

NETANYAHU

AMIN

LARANG SEBUT

ALLAH AKHBAR

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan