Selasa, 24 Oktober 2023

INDUSTRI PUNGUT DERMA


SPRM siasat Aman Palestin isu kutipan derma

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terhadap Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) berhubung sumbangan yang dikutip daripada orang ramai.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata agensi itu mendapatkan dokumen daripada NGO itu dan proses siasatan forensik sedang dijalankan.

Katanya, mereka mula menyiasat NGO itu sejak minggu lalu berdasarkan maklumat dilaporkan media.

“SPRM mendapatkan dokumen daripada Aman Palestin dan bank. Kita akan siasat berkaitan kutipan sumbangan dan bagaimana ia dibelanjakan.

“Kami mendapat kerjasama daripada Aman Palestin dan pada peringkat ini, kita masih di fasa siasatan forensik dan usaha mendapatkan dokumen serta mengkaji audit serta pemeriksaan jika ada penyelewengan.

“Sepanjang proses siasatan forensik, tidak ada sesiapa yang akan dipanggil untuk memberikan keterangan,” katanya kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Anti Rasuah Anti Korupsi pagi ini.

Minggu lalu, portal berita melaporkan SPRM melancarkan siasatan terhadap Aman Palestin berhubung tuduhan penyelewengan berkaitan aktiviti kutipan sumbangan untuk rakyat Palestin.

Memetik sumber, portal itu melaporkan ramai pihak berkepentingan tidak berpuas hati dengan pendekatan Aman Palestin dalam menyelaras kutipan dana.

Sebelum ini, Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin menerusi surat bertarikh 24 Ogos, mengarahkan Jabatan Agama Islam Perlis untuk tidak membenarkan kutipan dana oleh Aman Palestin di masjid dan surau di negeri itu.

Sementara itu, Azam berkata SPRM akan menyiasat jejak wang NGO itu susulan spekulasi mengatakan dana kutipan tidak disalurkan kepada rakyat Palestin.

Beliau berkata SPRM mengambil langkah proaktif untuk menyiasat kes itu walaupun tiada laporan rasmi dibuat kerana isu itu membabitkan kepentingan dan dana awam. – 24 Oktober, 2023.

WOIT

KAH KAH KAH

POLITIKUS MELAYU

GUNA PALESTIN 

UNTUK

 TUNJUK ISLAM

KAH KAH KAH

ADA NGO  

BUKAN SEMUA

GUNA

PALESTIN UNTUK

CARI DANA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan