Netizen serang Anwar kerana 'prestasi buruk' sewaktu dialog dengan badan pemikir berpengaruh AS
Perdana Menteri Anwar Ibrahim diserang rakyat Malaysia selepas tukar beberapa klip video sewaktu sesi dialog yang dianjurkan oleh sebuah badan berpengaruh Amerika Syarikat (AS), salah satunya menunjukkan moderator terpaksa menegurnya dengan sopan kerana tidak menjawab soalannya.
Anwar bercakap semasa sesi anjuran Ahli Majlis Hubungan Luar Negeri (CFR), sebuah badan pemikir yang khusus dalam dasar luar AS dan hubungan antarabangsa dan dianggotai oleh ahli-ahli terdiri daripada ahli akademik terkemuka, ahli politik yang mempunyai hubungan baik, tokoh korporat dan jurucakap berpengaruh.
Beliau merupakan salah seorang daripada tetamu jemputan dalam program tersebut yang dihoskan oleh CFR ketika Perhimpunan Agung PBB baru-baru ini di New York, di mana ramai pemimpin kerajaan asing mengambil peluang untuk mengutarakan dasar tentang hala tuju ekonomi dan politik masing-masing di AS dengan harapan dapat mengemukakan pendapat mereka kepada pelabur di samping ahli politik di Washington.
Bagaimanapun rakaman sesi siaran langsung selama sejam yang disiarkan CFR menunjukkan perdana menteri tidak menjawab topik yang dibincangkan ketika ditanya hos, terutama yang berkaitan dengan agenda ekonominya sejak dilantik hujung tahun lalu.
Lihat versi pendek klip tersebut oleh MalaysiaNow di YouTube
Semasa berucap dan menjawab soalan daripada para hadirin kemudiannya, Anwar juga beberapa kali memberikan pujian kepada pengerusi CFR Robert E Rubin, yang juga bekas setiausaha Perbendaharaan, menyebut nama beliau sekurang-kurangnya enam kali.
Pada satu ketika, perdana menteri berkata beliau berasa "agak gementar dan segan" dengan kehadiran Rubin di majlis itu.
"ANda tahu, Bob (Rubin). Saya amat mengagumi, maksud saya, apa yang anda telah lakukan, dasar dan persahabatan. Jadi maafkan saya, terlalu kerap melihat... (ketawa)."
Menjawab satu soalan, Anwar menghabiskan hampir lima minit bercakap tentang pemenjaraannya serta perbualan yang didakwanya pernah dilakukan dengan mendiang pejuang kebebasan Afrika Selatan, Nelson Mandela.
Ini mendorong moderator Mariko Silver, bekas timbalan penolong setiausaha dasar antarabangsa di bawah pentadbiran Obama mengingatkan Anwar bahawa beliau tidak menjawab soalannya.
Petikan iinsiden tersebut di samping sesi soal jawab yang menyusul tidak lama kemudian dimuat naik sebagai klip video pendek di TikTok dan YouTube, dengan ribuan komen mempersoalkan keupayaan Anwar untuk mempromosikan negara di luar negara.
Ramai yang berkata mereka berasa malu dengan jawapan Anwar, terutamanya apabila beliau dilihat sentiasa bercakap tentang pengalaman peribadinya yang lalu malah cuba berjenaka.
"Orang nak tau plan untuk negara, bukan pasal kisah silam yang memalukan konon untuk tagih simpati.
"Soalan pasal rasuah tu rasa macam nak test dia je sebab diorang tau siapa sebelah dia," tulis Zalina Azmee di TikTok, menyindir keputusan kontroversi oleh pihak pendakwaan untuk menghentikan perbicaraan rasuah Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.
"Sungguh lawak... dia kelihatan tidak tahu mengenai agenda ekonomi," tulis Ibrahim Songbaht di Facebook, antara komen yang lebih sopan daripada pengguna media sosial, yang kebanyakannya menyerang perdana menteri kerana "prestasi buruknya dalam majlis yang penting".
"Cara dia menjawab adalah di luar konteks. Soalan lain, jawapan lain," kata seorang pengguna di YouTube.
"Bukan PM saya.," tambahnya.
"Tekaan saya, sepanjang sesi (dalam fikirannya) menjangkakan pengacara akan bertanya tentang perjalanan hidupnya sebelum menjadi perdana menteri.
"Hoi, ini tahun 2023 bukan 1999," kata seorang lagi pengguna di platform itu, merujuk kepada Anwar yang kerap menyebut tentang pertelingkahannya pada 1998 dengan perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, serta pemenjaraannya atas kesalahan liwat dan salah guna kuasa.
"Beliau patut bawak Rafizi, mungkin dia boleh mengemukakan beberapa formula," kata pengguna Wanakmar.
Ada juga menganggap jawapan Anwar menunjukkan tingkah laku narsis, manakala ramai yang melemparkan pelbagai ejekan, menuduh perdana menteri "memusing fakta" dan "berkhayal tentang diri sendiri".
"Kejap? Adakah beliau membandingkan dirinya...dengan Mandela?" soal Oleen Hussin di TikTok.
"Anwar kamu jauh berbanding Mandela. Beliau seorang wira, dan kamu kaki pusing," balas Daniel Yee dalam ruangan komen kepada klip video di YouTube.
"Tidak hairanlah Elon memilih Thailand," kata pengguna TikTok, Jack D Crook, merujuk kepada pertemuan jutawan AS Elon Musk dengan Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin, diikuti dengan keyakinan pemimpin itu bahawa pengeluar kereta Tesla itu akan menubuhkan kilang kereta EV di negaranya.
Ada juga pengkritik kerajaan dan pengguna TikTok telah memuat naik video sesi dengan CFR itu beserta ulasan mereka, mengundang lebih banyak reaksi negatif daripada penonton.
"Ini adalah seorang pemimpin yang suka mendengar suaranya sendiri dan tidak menjawab soalan mudah atau memberikan jawapan seperti yang diminta," tulis Ashburn.
Malah ada yang membuat perbandingan antara Anwar dan Mahathir, dengan menyifatkan bekas perdana menteri itu lebih bijak ketika berdepan khalayak pemikir Barat di luar negara.
"Serius! Hmm, saya mesti katakan bahawa Tun Dr Mahathir lebih berkarisma, lebih bersedia, boleh menjawab dengan lebih bijak dan jelas," kata Zain Alexander.
Sementara itu, pengguna Facebook Ross Matnor menulis kesimpulan, menggesa Anwar berhenti berlagak seperti mangsa dengan membangkitkan masa lalu.
"Anwar seolah-olah mengenang masa lalunya lebih daripada segala-galanya. Jika beliau fikir beliau akan melepaskan diri selepas gagal mentadbir negara hanya kerana beliau dizalimi oleh Mahathir selama 20 tahun.
"Beliau perlu sedar bahawa kapal itu telah berlayar. Beliau kini berada di tempat duduk pemandu dan beliau tidak tahu ke mana kita akan pergi atau bagaimana untuk membawa kita ke sana. Beliau tidak boleh menjadikan dirinya sebagai mangsa keadaan dalam konspirasi itu lagi.
"Apa sahaja simpati yang beliau terima telah digunakan untuk menjadikan beliau sebagai PM. Jika beliau tidak menunjukkan prestasi yang bagus, beliau tidak ada orang lain untuk dipersalahkan selain dirinya sendiri. Dan bila beliau tidak menunjukkan prestasi apa yang pada masa akan datang akan terpalit kepadanya. Kali ini semua tentang beliau. Tak boleh jadi mangsa keadaan lagi."
sampai amerika cari undi.. gila punya PM.
BalasPadamKAH KAH KAH
BalasPadamMaafin dong..
Kepala sdg mabuk ketum saat ditanya..
Masih terbuai puji²an..
Rapiji enggak bisa ketengah..
Nnti bisa jd Musa Hitam..
KAH KAH KAH