Hanya Mufti Perlis boleh tentukan status pernikahan Sabri Yunus, isteri
PUTRAJAYA – Hukum sah atau tidak perkahwinan pengarah, pelakon dan pelawak popular, Sabri Yunus dengan isterinya, Angeline Tan hanya boleh ditentukan Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin, kata Senator Mohd Na’im Mokhtar.
Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata, pihak luar jelas hanya boleh memberikan pandangan kepada perkara tersebut kerana kuasa untuk membuat keputusan adalah di tangan mufti tersebut.
“Yang berkuasa untuk tentukan sama ada perkahwinan itu sah atau tidak ialah badan yang berkuasa di Perlis. Yang di luar ini sekadar boleh berikan pandangan sahaja.
“Saya sebagai menteri agama sering katakan bahawa kita tertakluk kepada keputusan hukum kerana siapa yang berkuasa ialah Mufti yang dilantik.
Mohd Na’im mengulas mengenai status perkahwinan Sabri Yunus dan isterinya, Angeline Tan yang didakwa tidak sah.
Isu ini tercetus apabila seorang pendakwah dalam satu ceramahnya baru-baru ini mendakwa pasangan yang dinikahkan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali Dr Maza itu tidak memenuhi ucapan ijab dan qabul yang sepatutnya.
Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai persoalan mengenai perkahwinan Sabri Yunus dan isterinya, Angeline Tan.
Ini lah susah, ramai lari ke Siam cari cara mudah, cara senang, bayar settle bagi lesen besar pass semua test, tak tahu JPJ tak takut Polis terus masuk gear lima depan, gostan diam diam saja tak payahlah cari orang-orang menyusahkan kehidupan kita kah kah kah pakai ayat-ayat entah faham atau tidak ? Kah kah kah
BalasPadam