Anwar, Rafizi patut minta maaf gagal turun harga minyak – Sian See
KUALA LUMPUR – Anwar dan Rafizi sepatutnya meminta maaf kepada rakyat atas kegagalan mereka memenuhi janji populis untuk menurunkan harga minyak.
Penganalisis politik, Lim Sian See berkata, mereka perlu menerangkan kepada rakyat harga semasa RON95 di negara ini berada pada kedudukan kesembilan paling murah di dunia dan Malaysia mengimport lebih banyak minyak berbanding pengeluaran.
Menurut beliau, Anwar dan Rafizi juga sewajarnya menjelaskan kepada rakyat biar pun harga minyak dunia sekarang pada harga AS$95 adalah lebih murah berbanding AS$140 setong pada 2008, nilai ringgit yang lemah menyebabkan harga minyak dunia kini lebih mahal di pasaran tempatan.
“Katakan kepada rakyat bahawa fokus Kerajaan Perpaduan hari ini adalah untuk perkembangan pengeluaran elektrik boleh diperbaharui dan sasaran kerajaan adalah untuk menurunkan harga elektrik melalui penjanaan solar, nuklear atau angin supaya rakyat akan menikmati harga elektrik yang stabil dan rendah bila kami semua beralih ke kereta elektrik iaitu satu trend dunia yang tidak dapat dihalang.
“Jangan diulangi alasan-alasan yang terus-terang adalah penipuan untuk menutup penipuan lama sebab ia hanya akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap pemimpin kerajaan,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Semalam, Anwar yang juga Menteri Kewangan menyatakan, harga minyak tidak dapat diturunkan sehingga RM1.50 seliter seperti yang pernah dijanjikan beliau berikutan harga minyak Arab Saudi pada masa ini adalah lebih tinggi berbanding di Malaysia.
Beliau menjelaskan, situasi berbeza pada 2008 di mana harga minyak di Arab Saudi adalah 50 sen seliter di mana ia adalah lebih rendah berbanding negara ini.
Bagaimanapun, ramai netizen mempersoalkan kewajaran alasan tersebut dan mereka memuat naik rakaman video bagi membuktikan Anwar pernah mengulangi janji yang sama pada 17 Julai tahun lalu.
Selain itu, Rafizi juga berulang kali menaburkan janji menurunkan harga minyak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan PRU14.
Sian See memberitahu, pada 18 Julai tahun lalu, Najib membuat kenyataan bahawa janji tersebut adalah janji kosong yang tidak akan mampu dipenuhi kerajaan.
“Najib yang banyak pengalaman mentadbir negara dan ekonomi telah memberi pelbagai sebab ketika itu kenapa janji itu adalah hancing,” jelasnya.
Beliau menambah, benang basah tidak boleh ditegakkan dan alasan yang diberi oleh Perdana Menteri semalam hanya akan menambahkan ketidakpercayaan rakyat terhadap beliau dan kerajaan. –
bodoh china ni..barangkali dah terkena ilmu sakai..penerangan dah diberikan..china ni nak apa? kalo tak suka dok sini, sila balik china,ajak sanusi MB kedah balik china sama2..
BalasPadam