Rabu, 18 Oktober 2023

PERANGI ZIONIS SEKARANG !!!




Israel pembohong kata Jihad Islam serang hospital Gaza

KUMPULAN Jihad Islam berkata dakwaan tentera Israel mengatakan gerakan itu bertanggungjawab atas serangan di sebuah hospital Gaza yang mengorbankan ratusan nyawa adalah satu pembohongan.

Sekurang-kurangnya 500 terbunuh dalam serangan udara di perkarangan hospital yang melindungi mangsa cedera dan hilang tempat tinggal daripada pengeboman Israel, kata pegawai kesihatan tempatan hari ini.

Pengeboman itu mencetuskan kecaman dan kemarahan masyarakat di seluruh dunia.

Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas mendakwa Israel adalah dalang serangan ke atas hospital Ahli Arab di tengah Gaza tetapi tentera Israel menyalahkan roket tidak berfungsi yang ditembak oleh Jihad Islam.

“Musuh Zionis berusaha keras untuk mengelak daripada tanggungjawabnya atas pembunuhan beramai-ramai yang dilakukannya dengan mengebom Hospital Nasional Arab Baptist di Gaza.

“Mereka sudah biasa melakukan rekaan pembohongan, dan dengan menuding jari menyalahkan gerakan Jihad Islam di Palestin.

“Oleh itu kami mengesahkan tuduhan yang dikemukakan musuh adalah palsu dan tidak berasas,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, hospital itu diarahkan berpindah oleh Israel menerusi ancaman pengeboman, dan bom dijatuhkan pesawat tentera Israel yang menyebabkan tragedi itu.

Ia berkata hospital itu “menerima notis awam yang dibuat secara global mengenai pemindahan di bawah ancaman pengeboman.”

Jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari dalam taklimat media berkata pada masa serangan itu, tentera Israel tidak menjalankan operasi udara berhampiran hospital dan roket yang terkena bangunan itu tidak sepadan dengan mereka. – AFP, 18 Oktober, 2023.


APA LAGI

NAK TUNGGU

AMIN

MASUK DAN

SERANG ISRAEL

AMIN

ALANG ALANG

MENEMBAK ROKET

BIAT SAMPAI

PECAH PERANG

KHAAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan