Isnin, 30 Oktober 2023

SATU DUNIA MENUNGGU


Tentera Israel akan kalah lebih besar jika serang Gaza – Al-Qassam

GAZA – Sayap bersenjata Hamas, Briged Al-Qassam memberi amaran yang tentera rejim Zionis Israel akan mengalami kekalahan yang lebih besar sekiranya ia meneruskan operasi darat di Gaza.

Jurucakapnya, Abu Obeida berkata, kebebasan semua tahanan Palestin dalam penjara Israel adalah harga yang perlu dibayar bagi askar-askar musuh yang ditawan di Gaza.

“Zaman keruntuhan Zionisme sudah bermula. Era penguasaan ketenteraan dan risikan musuh sudah berakhir,” katanya seperti disiarkan stesen televisyen tempatan malam tadi dan dipetik oleh Palestinian Information Center.

Beliau menambah, Israel kini terlepas peluang untuk berunding mengenai askar-askarnya yang ditawan.

Abu Obeida memberitahu, pihaknya tidak berganjak dengan syarat agar semua tahanan Palestin dalam penjara Israel dibebaskan terlebih dahulu sama ada secara serentak atau beransur-ansur.

Beliau turut menegaskan, Briged Al-Qassam telah bersedia untuk menghadapi tentera rejim Zionis Israel dan mematahkan serangan daratnya.

“Kami ingin katakan kepada pihak musuh yang mengulangi ugutannya setiap hari bahawa kami masih menunggu mereka,” jelasnya. – Agensi



SEMUA UMAT

ARAB TUNGGU

AMIN

SEMAU UMAT

ISLAM TUNGGU

AMIN

SATU DUNIA

TUNGGU TINDAKAN

BROGED QASAAM

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan