Selasa, 31 Oktober 2023

SUARA ZIN MUHAMED


AYAM DAN 

KEGAGALAN 

KERAJAAN MADANI


1. Menteri Pertanian kerajaan MADANI,  Mat Sabu telah mengumumkan penghapusan subsidi ke atas ayam mentah tempatan. 

2. Menteri dengan yakin juga berkata penghapusan subsidi ini tidak akan menaikkan harga ayam di pasaran. Kenyataan sebegini amat pelik, disebabkan beberapa hakikat pasaran yang bercanggah dengan jangkaan menteri ini. 

3. Sebelum ini, harga ayam mentah tempatan sebagai makanan ruji dan sumber protein utama rakyat ditetapkan pada harga maksima RM9.50. Menurut maklumbalas penternak dan pembekal, harga ini membawa kerugian disebabkan peningkatan kos pembelian dedak. 

4. Oleh yang demikian, bekalan ayam di pasaran terganggu, dan selanjutnya penjualan dibuat melebihi harga siling yang ditetapkan untuk memastikan bekalan berterusan. 

5. Hampir 90% daripada dedak yang digunakan oleh penternak diimport pada kadar tukaran matawang Dolar Amerika. Walaupun pada kadar tukaran RM4.20 sebelum ini, penternak telah mengalami kesukaran membekal ayam pada harga yang berpatutan. 

6. Namun, di bawah pentadbiran Anwar Ibrahim, nilai matawang Ringgit kini telah terus merosot kepada paras krisis kewangan Asia 1997 iaitu RM4.79. Kadar Ringgit yang terus melemah ini memberi kesan terus kepada kenaikan kos import penternak dan kos ini sudah tentu ditanggung pembeli. 

7. Selain itu, terdapat beberapa laporan hasil tinjauan pasaran yang menunjukkan harga jualan ayam setakat ini sudah pun meningkat sekurang-kurangnya 10-20% di Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Pahang. Ini disebabkan kerajaan yang tidak berkemampuan menguatkuasa harga siling dalam memastikan bekalan ayam berterusan.

8. Untuk mengatakan bekalan ayam tidak mencukupi, laporan Jabatan Perangkaan pada 2020 menyatakan Tahap Sara Diri (Self Sufficiency Level) penghasilan ayam tempatan adalah pada 98.3%. Ini bermaksud bahawa bekalan ayam adalah mencukupi, namun dicatu oleh sesetengah pihak untuk melindungi keuntungan. 

9. Dalam pada itu, pengumuman penghapusan subsidi ayam ini dibuat oleh Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan MADANI 2024 pada minggu ketiga bulan Oktober. Belanjawan ini masih dibahas dan belum pun diluluskan di Dewan Rakyat. Namun, penghapusan subsidi ini telah diumumkan untuk berkuatkuasa sebelum kelulusan Belanjawan, iaitu seawal 1hb November 2023. 

10. Hakikatnya, pengumuman yang tergesa-gesa ini adalah hasil kegagalan kerajaan MADANI untuk menangani pengurusan pembekalan makanan ruji pada harga berpatutan, yang akhirnya memberi kesan terus kepada kadar inflasi dan kos sara hidup yang semakin menghimpit rakyat. 

11. Yang lebih mengecewakan, pentadbiran Anwar Ibrahim dengan pasukannya yang tidak berkemampuan ini telah diberi peruntukan terbesar dalam sejarah negara dan menubuhkan dua kementerian untuk menangani isu bekalan makanan dan kos sara hidup ini. 

12. Namun, jawatan Menteri Kos Sara Hidup kini disandang pemangku, dan Mat Sabu yang sejak awal lagi telah mengaku tidak arif berkenaan pertanian pula menggalas tanggungjawab ini dengan gagalnya. 

13. Jika corak pentadbiran sebegini berterusan, rakyat akan semakin ditekan akibat pengurusan lemah ekonomi negara, sementara Anwar Ibrahim dan sandiwaranya mendokong kerajaan yang hanya membawa kerugian yang amat perit. 

 Ir. Mohd Zin bin Mohamed


4 ulasan:

  1. Sampai ayam punya pasal pun boleh kata kerajaan gagal. Lepas ni bising lagi, ayam patut kongkek di hotel kemudian bertelur di hospital bersalin. Main ayam tak pulak minta subsidi malahan bagi pulak tip. Kahkahkah

    BalasPadam
  2. Mamak ini masa jadi Penyelaras UMNO Selangor kalah teruk PRU13, dia sedut lebih RM15juta cash masuk poket. Pergi hantar van buat keluar cash dari Bank. Ini lah bahalol yang paling haprak dan tak guna. Hanya kaki Sakaw dan cium bontot.

    BalasPadam
  3. Kepala Butoh Zin Badak kaki Sakaw tak nampak Abah PM8 Sakaw semua kecuali Hutang Felda 18 tahun pentadbiran dia.

    Dia dan Mail Bera tinggal tahi dan najis kepada PMX.

    BalasPadam
  4. bodoh mat zin ni..mat zin ni tak faham subsidi ayam yg dimansuhkan itu subsidi apa atau mat zin ini tokey cukong ayam..dulu PAS ckp berdekah dekah tapi berak dalam jubah, kini cakap berdekah dekah sembunyikan bodoh dalam jubah..bila melayu di arabisasikan maka sakai mengaku melayu tapi anti raja..

    BalasPadam