Sabtu, 7 Oktober 2023

TABEK TUAN !!!


Mohd. Shuhaily beri amaran polis henti bersekongkol dengan sindiket

KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd. Shuhaily Mohd. Zain memberi amaran keras terhadap pegawai bawahannya supaya berhenti bersekongkol dengan sindiket jenayah.

Mohd. Shuhaily berkata, sama ada pegawai terbabit berubah atau akan dipindahkan.

Amaran itu dikeluarkan kerana akan wujud situasi seorang pegawai sanggup membunuh antara satu sama lain disebabkan wang.

“Perkara ini berlaku disebabkan tiada penyeliaan di bawah (peringkat kontinjen dan daerah) untuk memantau dan melihat cara hidup pegawai dan anggota bawahan mereka.

“Seorang sarjan boleh memiliki Alphard, Vellfire, Mercedes? Apakah pegawai atasan bertanya, ada buat pengisytiharan harta? Benda itu semua sudah ada dalam arahan,” katanya dalam Majlis Amanat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, semalam.

Majlis itu dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kontinjen, Ketua-Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) seluruh Malaysia.

Ucapan Mohd Shuhaily tular di media sosial hari ini.

Mohd. Shuhaily berkata, beliau menyedari terdapat penyelewengan yang dilakukan oleh kalangan pegawai dan anggota polis.

“Sebab itu ada antara pegawai dan anggota di bawah penyeliaan anda buat benda merapu-rapu, sebab apa, sebab bosnya sendiri tak ambil port (tak ambil peduli). Bukan setakat tak ambil tahu malah bos pun sama.

“Pergi beli kereta mewah berdua, kau ambil nombor ini, aku ambil nombor ini. Pergi dengan sarjan. Ada tak berlaku? Senyap. Sebab ini memang berlaku dalam pasukan,” katanya.

Beliau memberi amaran kepada semua 130 KBSJD yang gagal menjalankan tugas mengikut arahan pasukan PDRM.

Katanya, pegawai terbabit bukan sahaja akan dipindahkan tetapi juga satu notis cadangan dikeluarkan agar tiada kenaikan pangkat diberikan.

“Ini sebab mereka tidak layak diberi tanggungjawab menyelia orang lain dengan pangkat lebih tinggi sedangkan dengan pangkat sedia ada pun anda gagal,” katanya.

Menurut Mohd. Suhaily, jawatan yang disandangnya bukan menjadikan dirinya lebih mulia atau lebih pandai tetapi akan digunakan untuk melaksanakan amanah yang Allah berikan.- 


TABEK TUAN

INI PERTAMA

KALI PEGAWAI

BESAR PDRM 

AKUI

 ADA ANGGOTA PRDM

KERJASAMA DGN

ORANG JAHAT

AMIN

SELALU KITA

DENGAR POLIS

KAUTIM DGN

TOWKAY LENDIR

TOWKAY DADAH

KONGSI GELAP

AMIN

SEKARANG BETUL

PENDAPAT RAKYAT

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan