Selasa, 10 Oktober 2023

USTAD BIJAK MENGAYAT



Guru tahfiz didenda RM12,000 perdaya 2 wanita, miliki gambar lucah

SEORANG guru sekolah agama didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di Melaka hari ini, selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan memperdayakan dua wanita hingga melakukan hubungan seks, serta memiliki gambar lucah.

Ahmad Saifullah Abdul Khalid, 33, didakwa atas pertuduhan memperdayakan dua wanita berumur 19 dan 33 tahun, untuk mempercayai tawaran pinjaman wang berjumlah RM300 dan RM2,000, sehingga mendorong mangsa melakukan hubungan seks dengan tertuduh.

Kedua-dua kesalahan tersebut dilakukan di sebuah hotel di Plaza Mahkota pada 12.40 pagi 21 Mac lepas dan di sebuah premis di Jalan Tebing Tinggi, Bukit Baru dalam daerah Melaka Tengah pada 11 pagi 1 Oktober lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan ketiga, Saifullah didapati memiliki tujuh keping gambar lucah dalam telefon bimbitnya.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di sebuah sekolah maahad di Ayer Molek dalam daerah Melaka Tengah pada 1.50 tengah hari 3 Oktober lepas mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleimanm, menetapkan denda RM3,500 bagi setiap pertuduhan pertama dan kedua atau gagal bayar boleh dipenjara tiga bulan, manakala denda RM5,000 atau penjara 10 bulan bagi pertuduhan ketiga.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Asnini Kamarudin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran, manakala Saifullah yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman denda kerana dia menanggung keluarga termasuk dua anak kecil. – Bernama, 10 Oktober, 2023.

WOIT

INI BUKAN

 KES ROGOL

AMIN

USTAD  INI

BIJAK MENGAYAT

KAH KAH KAH

ADA GAMBAR

LUCAH BUKAN

KESALAHAN

ADA BERBILION

GAMBAR LUCAH

DALAM KOMPUTER

AMIN

APAKAH NAK

TANGKAP KOMPUTER

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan