Ahad, 12 November 2023

BAHAYA TALIBAN MEMERENTAH MALAYSIA





Pas tentang perubahan berjenama progresif, liberal, sekularisme – Hadi
KUALA LUMPUR – Pas berpegang kepada pendirian menentang langkah ke arah perubahan berjenama progresif atau liberal yang berkonsepkan sekularisme serta sesiapa yang bersekongkol dengannya.

Presidennya, Abdul Hadi Awang berkata, fahaman itu nyata mencabar Islam dan konsep kepimpinannya, sama ada oleh satu parti seperti DAP dan sepertinya atau kerjasama gabungan seperti Pakatan Harapan (PH) dan komponennya walaupun berjenama Islam.

“Maka, Pas boleh bekerjasama dengan semua pihak dalam titik persamaan yang tidak mengheret Pas keluar dari prinsip beristiqamah, berakidah Islam, dan berkonsepkan Islam memimpin bukan dipimpin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, Pas membatalkan kerjasama dengan parti-parti yang mengheretnya keluar dari sempadannya apabila nyata memusuhi Islam, menafikan kedaulatan dan kepimpinannya seperti sekularisme.

Abdul Hadi menegaskan, Pas juga menolak kerjasama dengan parti-parti yang cuba memesongkannya dari dasar dan hala tujunya dengan menggunakan istilah yang menarik dan bahasa yang menggoda seperti liberal, progresif dan madani.


“Pas boleh bekerjasama dengan semua pihak secara tahaluf atau taawun dalam sempadan prinsip dan rukun perjuangannya,” jelasnya.

Ahli Parlimen Marang itu menambah, Pas mempunyai pasukan ilmuwan yang memelihara hukum nas dan ijtihad secara jama‘i dalam Majlis Syura Ulama serta kepimpinan berbagai-bagai lapangan yang cukup dalam segala jurusan.

“Hal ini adalah bagi memelihara ilmu dan mentadbir dalam lapangan perjuangannya,” katanya. –

AMAT BAHAYA

TALIBAN

 MEMERENTAH

MALAYSIA

AMIN

TALIBAN TOLAK

PROGRESIF LIBERAL

DAN SEKULAR

AMIN

PROGRESIF ERTI

MAJU KE DEPAN

AMIN

LIBERAL ERTINNYA

SIKAP TERBUKA

AMIN

SEKULAR ERTINYA

GUNA AKAL

AMIN

TALIBAN TAK

MAHU KITA TERBUKA

UNTUK MAJU JAYA

DGN GUNA AKAL

AMIN

TALIBAN MAHU

KITA SEMUA BEBAL

BANGANG JUMUD

DAN NGOK

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan