Isnin, 13 November 2023

CALON BAKAL BUNGKUS !!!



Bekas panglima tentera calon BN di PRK Kemaman

BEKAS Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral (B) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, 2 Disember ini.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pengumuman Calon BN bagi PRK Kemaman, di Menara Dato’ Onn di Kuala Lumpur, hari ini.

Ahmad Zahid berkata pemilihan Raja Mohamed Affandi, 66, setelah mendapat persetujuan daripada seluruh peringkat kepimpinan Umno dan BN, untuk memberi peluang kepada calon langsung itu bagi merebut semula kerusi Parlimen berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK bagi kerusi Parlimen Kemaman, Terengganu pada 2 Dis ini, manakala tarikh penamaan calon dan hari pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 18 Nov dan 28 Nov.

PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lepas.

Pada 3 Okt lepas, PAS memutuskan untuk tidak memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan petisyen Parlimen Kemaman, yang membatalkan kemenangan parti itu.

Sementara itu, Raja Mohamed Affandi yang telah berkhidmat sebagai anggota tentera selama hampir 40 tahun, menyifatkan pencalonannya itu sebagai ‘panggilan tugas’, selain akan berusaha untuk membantu mengembalikan semula kerusi Parlimen berkenaan kepada BN.

“Saya berfikir panjang apabila diberikan tawaran ini…saya rasa sudah sampai masanya untuk saya berikan balik apa yang ada pada saya sepanjang 40 tahun ini kepada negara kita, dan khususnya bagi Kemaman.

“Saya ingin ucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kepercayaan diberikan ini. Ia nilai yang sangat tinggi dan saya akan berusaha untuk memastikan kepercayaan itu saya bayar balik,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Pengumuman Raja Mohamed Affandi sebagai calon langsung bukan kali pertama dilakukan oleh BN, sebaliknya pernah meletakkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat  Ramli Mohd Nor sebagai calon langsung bagi PRK Parlimen Cameron Highlands. – Bernama, 13 November, 2023.

WOIT

INI CALON

BUNUH DIRI KE?

KAH KAH KAH

AKAN BUNGKUS

DI GELAWAK

OLEH PARTI PAS

KAH KAH KAH

SESAK NAFAS

KEMBUNG PERUT

KAH KAH KAH

HABIS BUNGKUS 

BUKAN HANYA DUIT

PERTARUHAN ILANG

KENTUT PUN

HILANG SAMA

KAH KAH KAH 

AMIN 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan