Gagal tangani ekonomi rakyat, bukan Melayu akan tinggalkan Anwar – Wan Ahmad Fayhsal
SHAH ALAM – Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa penyokong bukan Melayu akan meninggalkan Pakatan Harapan (PH) sekiranya Perdana Menteri, Anwar gagal menyelesaikan masalah ekonomi negara.
Wan Ahmad Fayhsal berkata, kegagalan kerajaan menangani isu rakyat akan menyebabkan pengundi bukan Melayu beralih kepada PN.
“Saya pasti pengundi teras PH khususnya dalam kalangan kaum Cina akan meninggalkan Anwar dan mungkin akan memilih PN.
“Apa gunanya beretorik jika anda gagal menyelesaikan apa-apa,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2023 di IDCC, hari ini.
Semalam, kaji selidik Merdeka Center mendedahkan prestasi Anwar sebagai Perdana Menteri merosot kepada 50 peratus.
Hasil kajian tersebut turut mendapati sehingga Oktober lalu, sebanyak 48 peratus responden tidak berpuas hati dengan prestasi Anwar dalam pentadbiran kerajaan Perpaduan. –
Parti Anti Segala Benda
BalasPadam