Isnin, 27 November 2023

JANGAN BUAT FITNAH


Amaran hujan berterusan tahap waspada di Pantai Timur sehingga Rabu

BEBERAPA kawasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka mengalami hujan berterusan bermula hari ini hingga Rabu (29 November). 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan amaran tahap waspada dikeluarkan bagi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan berikutan perkembangan cuaca itu.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terenggganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu manakala di Pahang membabitkan Kuantan dan Pekan. 

Menurut MetMalaysia, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai cuaca terkini melalui aplikasi mudah alih myCuaca atau melayari lawan web dan media sosial rasmi jabatan itu.

Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan. – Bernama, 27 November, 2023.




JANGAN BUAT

FITNAH

AMIN

BANJIR BUKAN

BALA KERANA

PEMIMPIN MAIN

BONTOT

AMIN

BANJIR KERANA

PEMANASAN

DUNIA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan