Selasa, 28 November 2023

KENDURI PADA 31 JANUARI 2025

Keputusan rayuan kes rasuah Isa Samad 31 Januari tahun depan 

MAHKAMAH Rayuan menetapkan 31 Januari untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan yang dikemukakan oleh bekas pengerusi Felda Mohd Isa Samad terhadap sabitan, hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta bagi kesalahan rasuah.

Tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes hari ini di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rayuan Huda Humaira Idris.

Seorang daripada peguam yang mewakili Mohd Isa, Siti Sarah Khalil dan Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz yang mewakili pendakwaan mengesahkan tarikh keputusan baharu itu ketika dihubungi Bernama.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Vazeer Alam Mydin Meera, Ahmad Zaidi Ibrahim dan S.M.Komathy Suppiah pada mulanya dijadualkan menyampaikan keputusan mereka berhubung rayuan Mohd Isa hari ini.

Bagaimanapun, Siti Sarah berkata pasukan pembelaan menerima notis daripada mahkamah yang memaklumkan mereka bahawa tarikh keputusan telah dilapangkan dan digantikan dengan pengurusan kes hari ini.

Pada 14 Oktober lepas, panel itu menangguhkan keputusannya selepas mendengar hujahan pembelaan dan pendakwaan.

Mohd Isa, 73, telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 3 Februari 2021 terhadap sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC, di Kuala Lumpur antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan menjadikan tempoh pemenjaraan keseluruhan 54 tahun dan denda RM15.45 juta, atau penjara 18 tahun jika gagal membayar denda itu.  

Bagaimanapun, beliau mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak dan ini bermakna Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman itu selama enam tahun.

Mohd Isa, yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan, memfailkan notis rayuan pada 4 Februari 2021.

Beliau dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1.5 juta dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan sehingga rayuan kes itu selesai. – Bernama, 28 November, 2023.

WOIT

KITA TAK LEH

KOMEN PASAL

APA DI TANGGUH

AMIN

INI HAK MUKLAK

MAHKAMAH

AMIN

YANG KITA BOLEH

LABON SEKARANG

HANYA APAKAH

ISA AKAN BEBAS

DAN SATU LAGI

DNAA ?

JENG JENG JENG

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

  1. Rasa nya Isa arnab ni pun dapat dnaa..ni kan kerajaan refobasi.
    Kah kah kah..loya den dgn ahli politaik sekarang ni

    BalasPadam