Khamis, 9 November 2023

KITA BERSAMA PALESTIN



DARI ARKIB TUKAR TIUB
10 JUNE 2010

NOTA :
Sajak ini dibaca kali pertama
pada hari Rabu 9/6.2010 -
di Dewan Sivik PJ untuk menyatakan
sokongan terhadap perjuangan 
Palestin

Beberapa minggu kemudian sajak
ini dibaca sekali lagi di Dewan Sri Pinang
juga bersetia kawan dengan Palestin
Enam ADUN Barisan Nasional telah
keluar dewan ketika sajak ini di baca. Amin

MEREKA PUN 

DATANG LAH


mereka pun datang lah
siap siaga
senjata di tangan
berdiri tecegak
jentolak besar mula bergerak
sebatang demi sebatang
jatuhlah pohon pohon zaiton

ha ha ha
maka gugur bertaburan buah buah zaiton
bertaburan seperti terputusnya tali tasbih

mereka pun datang lah
soldadu soldadu gagah berdiri
berselendang besi
berseligi di tangan
siap siaga
membedil siapa sahaja

maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
lalu di tembak gas pemedih mata
ha ha ha
maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
lalu di tembak peluru getah
ha ha ha
maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
lalu ditembak peluru hidup

maka gugur darah ke bumi
maka bederailah ayer mata sang ibu
maka hilanglah seorang adik
maka pergilah seorang murid

lalu dilapor media antarabangsa
soldadu israel bertempur dengan gerombolan pengganas
ha ha ha
lalu di lapor media antarabangsa
soldadu Israel bertempur dengan gerombolan pengganas
ha ha ha

mereka pun datang lah
bertopi merah berbalut tebal
besi di kaki
besi di tangan
siap siaga memukul siapa sahaja

maka berkumpulah orang orang kampong
maka berkumpulah anak anak sekolah
maka berkumpulah orang orang surau

maka jentolak pun datanglah
di kiri soldadu
di kanan soldadu
ha ha ha
maka tumbanglah  pokok durian
maka tumbanglah pohon belimbing
maka  tumbanglah batang kelapa

ha ha ha
jentolak masuk ke kampong
ha ha ha
jentolak datang menganas
ha ha ha

maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
lalu di tembak gas pemedih mata
ha ha ha
maka emak emak pun mula memukul periok
ha ha ha
lalu di tembak air beracun
ha ha ha
maka ayah ayah pun naik marah
ha ha ha
lalu ditangkap dan dilokap

lalu ranap lah sebuah kampong
lalu punahlah satu kehidupan
lalu berderailah air mata

lalu dilapor media melayu
polis pencegah rusuhan diserang gerombolan pengganas
ha ha ha
ha ha ha
lalu dilapor media melayu
polis pencegah rusuhan diserang gerombolan pengganas


ini tanah aku
ha ha ha
ini warisan aku
ha ha ha
seribu tahun dahulu datuk aku disini
ha ha ha
seribu tahu dahulu nabi aku berjalan di bumi ini
ha ha ha
inilah tuntuan sang zionis

maka hilanglah tanah di jenin
maka hilanglah tanah di yum kudus
maka hilanglah tanah di wadi safar

lalu didirikan kondo kondo mewah
maka datanglah sang yahudi dari seluruh dunia
menjadi warga tetamu israel

ini tanah aku
ha ha ha
lihat ini geran nya
ha ha ha
tanya tuan d.o dan tanya yb berapa ribu suapan telah aku beri
ha ha ha
inilah tuntutan sang cukong

maka hilanglah tanah di berembang
maka hilang kah tanah di pelentong
maka hilangllah tanah di chu badak

lalu didirikan kondo kondo mewah
maka datanglah sang kaya dari seluruh dunia
menjadi tamu dan warga malaysia

mereka pun datang lah
maka daerah ini pun mula di kepong
si sakit tanpa ubatan
si lapar tanpa makanan
sang ayah tanpa pekerjaan
sang ibu hilang ingatan

ha ha ha
gaza di kepong soldadu israel
ha ha ha
gaza di kepong soldadu israel

lalu kapal kapal dihantar
membawa makanan
lalu kapal kapal dihantar
membawa ubatan
lalu kapal dihantar
membawa khabar berita

ha ha ha
soldadu zionis israel siap siaga
ha ha ha
menunggu kapal difitnah pembawa senjata

ha ha ha
ketika laut ditutup malam
ketika tidur nyenak berbalam
ketika mimpi kelam kelam
soldalu israel datang menganas

ha ha ha
tum tam tum tam
ha ha ha
tum tam tum tam
bedil dilepas
senapang melutup
tum tam tum tam
bom dilempar
dooooom

maka matilah si pembawa makanan
maka matilah si pembawa ubatan
maka matilan si pembawa berita

ha ha ha
lalu di lapor media antarabangsa
soldadu isreal bertempur dengan segombolan penganas
ha ha ha
lalu di lapor media antrabangsa soldadu
soldadu israel bertempur dengan gerombolan pengganas

mereka pun datanglah
maka daerah itu pun mula dikepong
soladau mula mengawal
tiada makanan dapat masuk
tiada ubatan dapat dicari
tiada warga dapat merentas
soldadu dan polis mengepong kampong

ha ha ha
soldadu diarah siapa sedia
ha ha ha
melawan segala ajaran sesat
ha ha ha
hanya satu ajaran benar
ha ha ha
yang lainnya adalah sesat

ha ha ha
ketika subuh memecah pagi
ketika selimut tinggal dikaki
ketika sejuk datang sekali lagi
soldadu mula mengganas

ha ha ha
tum tam tum tam
ha ha ha
tum tam tum tam
bedil dilepas
senapang melutup
tum tam tum tam
bom dilempar
dooooom

maka matilah si orang kampong
maka matilah si tuan guru
maka matilah si anak murid

ha ha ha
lalu dilapor di media melayu
soldadu diserang pengganas di memali
ha ha ha
lalu di lapor di media melayu
soldadu diserang pengganas di memali

ha ha ha
ha ha ha
ha ha ha

kau ingin melawan kezaliman
kau ingin menentang kejahatan
kau ingin menegak keadilan

ha ha ha
kau tak perlu belayar jauh
koyak kan mata
luka kan telinga
darahkan hati
dengar dan hayati

gaza berada di hadapan mata
gaza berada di kampung berembang
gaza berada di kampung pelentong
gaza berada di kampung memali
gaza berada di kem kamunting
gaza berada di simpang renggam
gaza berada di mahkamah jalan duta

yang saheed bernama kugan
yang saheed bernama teoh beng hock
yang saheed bernama aminulrashid

ha ha ha
kau masih ingin melawan kejahatan
ha ha ha
kau masih ingin menentang kezaliman
ha ha ha
kau masih ingin menegak keadilan

ha ha ha
bangun bangun bangun
sebaris kita hapuskan zionis tempatan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan