Covid-19 tetap menjadi ancaman, kata WHO
COVID-19 tetap menjadi ancaman kerana varian virus itu menular ke seluruh dunia, kata Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) semalam.
“Virus ini, SARS-CoV-2, menular di setiap negara pada masa ini dan ia masih membawa ancaman,” kata pakar WHO Maria Van Kerkhove.
“Kita masih perlu berjaga-jaga kerana virus itu masih bergerak, berubah dan bertukar,” katanya.
Pada masa ini ada tiga varian berkepentingan (XBB.1.5, XXB.1.16 dan EG.5) dan enam varian dalam pemantauan – paras kebimbangan lebih rendah.
Satu daripada enam itu, iaitu BA.2.86 kini menjadi varian berkepentingan.
Klasifikasi baharu itu dapat membantu dalam menganjurkan pemantauan dan penyelidikan.
Who turut menerbitkan penilaian risiko baharu untuk EG.5, yang mewakili kira-kira setengah varian yang dialami seluruh dunia.
Pandemik Covid-19 menyebabkan jutaan maut di seluruh dunia dan memusnahkan ekonomi selain mencetuskan huru-hara sosial.
WHO mengisytiharkan darurat kesihatan awam susulan pandemik itu pada 30 Januari, 2020 dan menarik balik darurat itu pada 5 Mei, 2023.
Selain jangkitan dan penyakit yang akut, WHO juga bimbang berkenaan kesan jangka panjang berpunca daripada virus itu, dikenali sebagai long Covid atau keadaan pasca Covid.
Sebanyak 13.5 bilion vaksin Covid-19 diambil seluruh dunia. – AFP, 22 November, 2023.
Sarung getah kurang laku, vaksin tak laku dah, sanitizer pun orang tak ambik pot, jualan semakin kurang kah kah cari virus pulak nanti supaya ketakutan timbul balik, kesan vaksin tak ada siapa ambik pot, yang meniaga vaksin dah kaya, KJ pun dah dapat komisyen lama dah, ubah jadi DJ, kah kah KJ jadi DJ kah kah
BalasPadam