Rabu, 22 November 2023

LANGKAH BAIK DARI PILIPINA


Filipina cadang kod tatalaku baharu bagi Laut China Selatan


FILIPINA mencadangkan kod tatalaku baharu di Laut China Selatan bagi menjamin kestabilan dan keamanannya.

Pembentangan idea oleh Manila itu dibuat selepas Presiden Ferdinand Marcos menyatakan kebimbangannya mengenai rundingan berpanjangan antara negara Asia Tenggara dan China berhubung Kod Tatalaku (CoC) Laut China Selatan, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Filipina.

“Kami sedang merundingkan kod tatalaku kami sendiri, contohnya dengan Vietnam memandangkan kemajuan proses kod tatalaku antara China dan Asean yang agak perlahan.

“Oleh itu, kami telah mengambil inisiatif untuk berunding dengan negara-negara lain di sekitar Asean yang terlibat dalam konflik wilayah sedia ada,” kata Marcos pada satu acara di Pusat Kajian Keselamatan Asia-Pasifik di Honolulu, Hawaii pada Isnin.

Laporan itu menyebut Marcos juga sedang mendapatkan sokongan daripada negara seperti Vietnam dan Malaysia untuk mewujudkan kod baharu bagi mengekalkan keamanan di Laut China Selatan.

Pertikaian wilayah di Laut China Selatan membabitkan tuntutan bertindih ke atas pulau dan maritim antara beberapa negara termasuk China, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Vietnam.

Deklarasi Laut China Selatan mengenai Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) ialah perjanjian tatalaku Laut China Selatan yang ditandatangani oleh Asean dan China pada November 2002. – Bernama, 22 November, 2023.


SATU LANGKAH

SATU CADANGAN

BAIK DARI

PILIPINA

AMIN

UNTUK HELAK

DARI DIJAJAH

CHINA MERAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan