Rabu, 29 November 2023

LANGKAH BAIK WAJIB DI PUJI TAPI....



PDRM rancang tubuh 3 batalion baharu perkasa kawalan sempadan Sabah, Sarawak

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) merancang untuk mewujudkan tiga batalion baharu bagi memperkasakan kawalan keselamatan sempadan di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Shamsul Anuar Nasarah dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara hari ini berkata ia melibatkan dua batalion di Sabah dan satu di Sarawak.

“Tahap kawalan keselamatan di Sabah dan Sarawak, khususnya di sempadan Kalimantan (ketika ini) berada pada tahap maksimum melalui penempatan 73 pos kawalan keselamatan di bawah kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Selain itu, PDRM melalui PGA turut menjalankan operasi secara berterusan seperti Op Taring, Op Awas dan Op Batas,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Paul Igai mengenai langkah kerajaan sekiranya berhasrat mengembalikan semula Pasukan Pengakap Sempadan yang sangat terbilang semasa peristiwa konfrontasi dan ancaman Pasukan Komunis Kalimantan Utara dahulu.

Sementara itu, Shamsul Anuar berkata Rang Undang-Undang Pesara dan Bekas Polis dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun hadapan.

Beliau berkata ketika ini, pegawai undang-undang di Kementerian Dalam Negeri sedang membuat proses semakan dan satu sesi libat urus berkenaan rang undang-undang berkenaan akan dibuat pada awal tahun hadapan sebelum dimajukan kepada Jemaah Menteri.

“Ini komitmen kita untuk membolehkan kawal selia yang baik bagi memastikan kebajikan bekas pegawai (polis) di semua peringkat dapat dibuat,” katanya. – Bernama, 29 November, 2023.


LANGKAH PDRM

AMAT BAIK 

WAJIB DIPUJI

KAWAL SEMPADAN

AMIN

TAPI BOCOR 

DI KLIA 

AMIN

INI BOCOR BESAR 

BUKAN RATUS RATUS

JUTA JUTA MASUK

DENGAN PASPOT

MASUK TERUS

AMIN

MASUK SEBAGAI

PELANCUNG TERUS

JADI PENDATANG

HARAM

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan