Rabu, 29 November 2023

MATI DALAM SIMIN ?





Bomba bimbang 

empat mangsa 

sudah mengeras 

dalam simen
BATU MAUNG – Empat mangsa insiden runtuhan bangunan logistik yang masih tertimbus dipercayai berada dalam timbunan lantai simen yang telah mengeras.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Zulfahmi Sutaji berkata, ia susulan kejadian tersebut telah berlaku lebih 12 jam selain faktor cuaca panas hari ini.

Bagaimanapun, jelas beliau, lantai simen yang telah mengeras itu bukan berada dalam keadaan yang mampat.

“Kami tidak menolak kemungkinan kesemua empat mangsa berada dalam timbunan lantai simen yang mengeras kerana kejadian telah berlalu lebih 12 jam.

“Ini kerana lantai simen tersebut dibancuh kira-kira jam 9 malam semalam dan runtuhan rasuk utama berlaku ketika mereka melakukan kerja-kerja memasang lantai konkrit pada ketinggian 18 meter,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Tambah beliau, ketika ini pihak bomba sedang berusaha mengalihkan rasuk utama seberat 33 tan di lokasi kejadian bagi membolehkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilakukan.

“Setakat jam 2 petang tadi dianggarkan lebih 60 hingga 70 tan sisa konkrit serta besi telah dialihkan dan kita juga melakukan beberapa kaedah untuk mengalihkan rasuk utama seberat 33 tan itu.

“Kita lebih berhati-hati dalam mengalihkan rasuk utama itu kerana bimbang ia menyentuh dan mengganggu struktur lain sekali gus menyebabkan lokasi kejadian tidak selamat untuk pasukan keselamatan meneruskan SAR.

“Ketika ini, sudah masuk percubaan ketiga untuk kita alihkan rasuk tersebut namun ia senget dan berkait antara satu sama lain seterunya memberi risiko kepada pasukan penyelamat,” katanya.

Mengulas lanjut Zulfahmi berkata, keadaan cuaca panas turut membantu dari segi operasi namun pihaknya tidak dapat menjangkakan sama ada kesemua mangsa dapat dikeluarkan hari ini.

“Sekiranya cuaca hujan ia akan menyukarkan operasi mencari mangsa kerana kawasan ini masih dalam tapak pembinaan,” katanya. –


KEMALANGAN

BERLAKU

AMIN

INILAH RISIKO

KAUM BURUH 

YANG GAJI 

SELALU DI KELEPET

AMIN

UNTUK KAYAKAN

KAUM PEMODAL

AMIN

DI HARAPKAN

MEREKA SEMUA

SELAMAT

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan