Isnin, 20 November 2023

PAS MASUK SETAKUK


Adakah wang pembayar cukai digunakan J-KOM untuk sunting video jahat? soal PAS

Pelbagai persoalan lain timbul ekoran kontroversi video tular mirip bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Dr Mohammad Agus Yusof baru-baru ini.

Agus semasa sidang media semalam mendakwa penularan video disunting itu didalangi individu bernama “H” dalam J-KOM sendiri dan secara tidak langsung menimbulkan persoalan adakah wang pembayar cukai digunakan untuk tujuan jahat agensi kerajaan itu, menurut Ahmad Fadhli Shaari.

Ketua Penerangan PAS itu membangkitkan isu berhubung pengakuan pelaku dalam individu bersama Agus itu bernama Abdul Wahab Abdul Kadir yang mendedahkan diarah untuk merekod perbualan oleh individu “H” yang juga bekerja dalam J-KOM.

“Adakah wang pembayar cukai untuk membayar gaji dan elaun lantikan politik di dalam kerajaan (seperti dalam J-KOM ini) sedang digunakan untuk membiayai aktiviti-aktiviti jahat seperti ini?

“Berapa banyakkah lagi ‘video-video’ yang sedang dalam pembikinan menunggu masa untuk disebar bagi menjatuhkan sesama sendiri dalam Kerajaan Pakatan Harapan- Barisan Nasional (PH-BN)?” soalnya.

Beliau turut melahirkan rasa kesal apabila sidang media mereka terbabit itu juga didapati bertindak menyalahkan pembangkang dalam hal tersebut padahal tidak ada langsung keterlibatan di dalamnya.

Tegas Ahmad Fadhli, pihak pembangkang telah dikaitkan dan didakwa menyebabkan peletakan jawatan Ketua Pengarah J-KOM tersebut, sedangkan perkara yang berlaku adalah mereka berbalah sesama sendiri.

“Tiba-tiba disalahkan pihak lain. Kes ini hanya akan dua kemungkinan; jika Wahab berkata benar, ia membuktikan bahawa ada elemen permainan kotor dalam agensi kerajaan khususnya lantikan politik.

“Manakala jika sebaliknya, satu tindakan wajib diambil oleh kerajaan bagi membersihkan agensi berkenaan dari tuduhan ini. Saya menggesa siasatan segera dan telus perlu dilaksanakan segera bagi menjernihkan isu ini.

“Walaupun kerajaan biasanya lambat bertindak, dalam hal ini mohon percepatkan,” ujarnya lagi.

Ujarnya lagi, isu tersebut perlu ditangani secara tertutup bagi mengelak membuka aib individu tertentu.

Saya pada mulanya tidak berminat untuk mengulas berhubung penyebaran satu video jelik membabitkan bekas Ketua Pengarah J-KOM dua hari lepas kerana menganggapnya sebagai satu ‘isu peribadi’.

“Dan (kerana) wajar ditangani secara tertutup sahaja bagi mengelakkan tersebarnya aib individu-individu tertentu,” katanya lagi.

WOIT

ISU PELIR KERAS

INI ISU

ORANG KELANTAN

KAH KAH KAH

TIKUS INI DARI

SERAMBI MEKAH

KAH KAH KAH

KEJU DARI MANA?

MISTER H

 DARI MANA?

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan