Adakah Najib akan terima keadilan 1 Disember ini?
KUALA LUMPUR – Sebutan semula kes tuduhan pengubahan wang haram dana SRC International sebanyak RM27 juta pada 1 Disember ini akan menentukan sama ada bekas Perdana Menteri, Najib Nazak menerima keadilan di bawah Kerajaan Perpaduan atau sebaliknya.
Pentadbir laman Facebook Najib berkata, jika kes itu diteruskan, bekas Presiden UMNO tersebut akan terus diseksa dengan keadaan yang sangat unik serta melanggar perlembagaan dan asas sistem keadilan bahawa seseorang tidak boleh dibicara dua kali untuk kes yang sama.
“Kali terakhir kes ini naik ke mahkamah adalah pada Ogos 2023 di mana hakim bersetuju dengan permintaan pihak pendakwaan untuk meminta satu lagi penangguhan atas alasan Pejabat Peguam Negara (AGC) perlukan masa untuk meneliti dan membuat keputusan sama ada untuk menerima surat representasi Najib atau tidak.
“Namun sehingga kini, pihak pendakwaan masih belum memberi apa-apa jawapan kepada Najib,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Beliau menjelaskan, kes yang didakwa pada 2018 itu sepatutnya dibicarakan bersama kes SRC International melibatkan dana sebanyak RM42 juta.
Walau bagaimanapun, pentadbir laman Facebook Najib Razak memberitahu, ia menjadi kes yang berasingan atas kesilapan besar bekas Peguam Negara, Tommy Thomas dan keengganan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali untuk membicaranya atas alasan tidak mahu melambatkan kes melibatkan dana SRC RM42 juta itu.
“Ia melibatkan saksi yang sama dan dokumen-dokumen yang sama dengan kes SRC RM42 juta.
“Maka timbullah situasi yang amat unik di mana seseorang tertuduh dibicara dua kali atas kes yang sama iaitu satu pelanggaran perlembagaan dan juga asas sistem keadilan,” katanya.
Pada 3 Februari 2019, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta didakwa hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. –
itu pasal madey seksa nuar dulu kot.. kah kah kah
BalasPadamApa la bro isu najib Nuar...terhot hari ni penjaga laut tunjuk pelir kat perempuan...kah kah kah...apa nak jadi mahaldani sekarang
BalasPadam