Sabtu, 25 November 2023

TEATER MALIKUL



Muhyiddin buat u-turn, bertanding lagi jawatan presiden

MUHYIDDIN Yassin membatalkan rancangannya untuk tidak mempertahankan jawatan presiden pada pemilihan Bersatu tahun hadapan.

Presiden Bersatu itu berkata beliau bersetuju untuk kekal satu penggal lagi susulan pelbagai desakan perwakilan yang membahaskan ucapan presiden pagi ini.

“Saya mahu nyatakan di sini yang disebabkan hasrat ahli parti dan rakan pemimpin parti, saya dengan ini mengumumkan keputusan saya untuk menawarkan diri sebagai presiden parti,” umumnya yang disambut sorakan perwakilan.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata beliau sebenarnya memang bertekad untuk tidak bertanding untuk penggal akan datang.

“Sebenarnya isteri saya meminta saya untuk kekal menerajui parti untuk satu penggal lagi dan jangan kecewakan mereka. Dia kata teruskan, Bersatu masih perlukan saya, dan saya kata: I will stay for the last term,”katanya kepada perwakilan perhimpunan. 

Perhimpunan Agung Bersatu pagi ini menolak keputusan Muhyiddin untuk tidak bertanding jawatan presiden pada pemilihan tahun hadapan.

Pengerusi Tetap Bersatu Suhaimi Abdullah berkata keputusan dibuat selepas perwakilan yang membahaskan ucapan presiden berulang kali mendesak Muhyiddin menarik balik keputusannya itu.

Suhaimi berkata penolakan itu selaras dengan Perkara 123,124 dan 124 perlembagaan parti yang membolehkan perwakilan berbuat demikian.

Malam tadi, Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu turut menolak keputusan Muhyiddin untuk tidak mempertahankan jawatannya.

Penolakan itu dibuat selepas mesyuarat tergempar MPT dipengerusikan Timbalan Presiden Ahmad Faizal Azumu.

Muhyiddin yang juga pengasas bersama Bersatu mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti tahun hadapan pada ucapannya kepada perwakilan, pagi semalam.

“Ini adalah Perhimpunan Agung kali terakhir saya berdiri di pentas ini sebagai presiden parti.

“Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua barisan pimpinan dan ahli Bersatu sekiranya saya melakukan sebarang kesalahan atau kesilapan sepanjang memimpin parti. Pesan saya, jagalah parti ini baik-baik,” katanya. – 25 November, 2023.

 

WOIT

KAH KAH KAH

HANYA SATU

TEATER

KAH KAH KAH

TEST SUARA

TEST SUARA

SATU DAU TIGA

ALLAH HUAKBAR

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan