Agus dipanggil beri keterangan terhadap dakwaan gangguan seksual
Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini..
Polis ketika ini sedang menyiasat bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) selepas laporan yang dibuat oleh Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, sebelum ini terhadapnya semasa insiden di Bintulu, Sarawak pada Oktober lalu.
Laporan Utusan Malaysia memetik satu sumber mengesahkan, Agus akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bersama peguamnya, Zaflee Pakwanteh pukul 10 pagi ini.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain mengesahkan pihaknya melakukan siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan Mohammad Agus terhadap Wahab yang dipercayai berlaku di sebuah hotel di Bintulu pada 21 Oktober lalu.
Susulan itu, beliau memaklumkan pihak polis membuka siasatan kes terbabit mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D atas kesalahan melanggar kesopanan.
Sebelum ini, media melaporkan Wahab tampil membuat laporan di Balai Polis Kajang bersama peguamnya pada 30 November lalu.
Pada 29 November lalu, peguamnya mengesahkan bahawa Wahab hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi proses rakaman percakapan berhubung kes fitnah membabitkan Agus.
Terdahulu, Polis Selangor menerima laporan berhubung rakaman video tular mengenai perbualan lucah didakwa membabitkan dua individu termasuk seorang yang mirip Agus.
Rakaman video berdurasi tiga minit yang tular pada 17 November lalu menjadi topik hangat di media sosial, berikutan individu berkenaan dikenali umum.
Susulan itu, Agus meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM mendakwa video perbualan yang mengaitkan dirinya adalah palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab.
Pada sidang media khas berhubung isu itu, pegawai J-KOM yang dikaitkan dengan video tular itu, Wahab mendakwa dirinya dijadikan kambing hitam untuk menjatuhkan Mohammad Agus oleh individu bernama Mr H.
TT, popesar gajuih ni ado bini dgn anak² ke tak? Den cari² gak info. Mcm ado, bini eh popesar gak.. ado 3 anak. Tapi tak tau la boto ke tak. Di buek pangai cegini, kalau ado anak bini.. tak ke malu bosa anak² bini tu sumo eh. Duit, ghoto buleh cari kek dunio ni.. tapi kalau maruah dipijak².. haduih laaa. Selegho bosa kemain, utara selatan sumo ngap. Nak buek hal buleh, pepandai la simpan.. doso memasing tanggung. Tapi bilo maruah dah togadai cegini, tak nampak ko muko anak².. bini, omak apak. Muko sedagho magho.. kaum kerabat adik bradik. Tuo bangko dah, kok mudo takdo sapo heghan...
BalasPadamMalu lah woit, bukan setakat dalam dalam negara tapi luar negara sekali, kalau keluar ke luar negara malu nak cakap orang Malaysia, kah kah kah popular tahi busuk, popular Taliban, popular kerana rasuah terbesar popular kerana pencuri terhebat kah kah kah tak akan lah tak ada sedikit pun malu Maan tahi rasuah setiap hari atau tak ada ayat-ayat mengharamkan kah kah kah
BalasPadam