Khamis, 7 Disember 2023

BUKAN SEMUA POLIS TAK BAIK !!!


Ayob sedia disiasat jika ada dakwaan salah laku

TIMBALAN Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay berkata beliau bersedia untuk disiasat jika terdapat sebarang dakwaan salah laku yang membabitkan dirinya.

Katanya beliau sedar terdapat pelbagai tomahan dan tuduhan dilemparkan ke atas dirinya berikutan pendirian tegas beliau dalam melaksanakan tugas sebagai ‘orang nombor dua’ dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sila siasat (saya) dan siasat juga semua anggota keluarga saya, saya tiada masalah,” katanya ketika menjadi ahli panel dalam forum integriti sempena sambutan Hari Integriti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 2023 di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai tuduhan dan tohmahan berkenaan.

Beliau bersama Pencetus Ummah (PU) Amin, atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Amin Lokman Hakim merupakan panel jemputan forum berkenaan yang dikendalikan oleh Shamsul Azahar Aliddin sebagai moderator.

Ayob Khan berkata setiap pemimpin perlu ada keberanian untuk menegur atau mengambil tindakan ke atas petugas di bawah seliaannya, dan jangan hanya kerana mahu disanjung atau kekal popular, tanggungjawab sebenar diketepikan.

“Jika ada salah laku melibatkan pegawai atau anggota terutama rasuah, saya tidak akan bertolak ansur dan tindakan pasti akan diambil. Selagi saya diamanahkan dengan tanggungjawab sedia ada, saya akan tunaikan,” katanya. – Bernama, 7 Disember, 2023.

TABIK HORMAT

INI LANGKAH

BAIK

AMIN

BERANI DISIASAT

TAKDA SOROK

AMIN

SELALU DIHEBOH

POLIS LAGI BESAR

LAGI GEMOK

AMIN

BUKAN SEMUA

POLIS TAK BETUL

RAMAI YANG JUJUR

AMIN

PALING JUJUR

POLIS DALAM

DRAMA TV

AMAT BAIK

AMIN

KHALAS

3 ulasan:

  1. Bagilah Ustaz Sopian jadi Pengarah Imigresen senang cerita, nampak gaya dia lagi pandai buat kerja, terjah sini terjah sana buat video, kalau harap orang kita makan kenyang kentutnya busuk dengan rasuah kah kah kah, bagi orang-orang biasa saja jadi pengarah mungkin lebih ikhlas buat kerja kah kah kah

    BalasPadam
  2. Hahahahahahahahahaha

    BalasPadam
  3. Sedara gwa kojo polis kek Balai Ghomeh(Gemas) .. satu balai kono chokop. Hookom nyo sangat boghek .. kono tukar balai oooo. Ekau bayangkang kok Inchik Ayob Khan Kutti ni kono hookom dio nak di hantar kek balai mano lak .. ghugi den tak kojo polis.

    BalasPadam