Khamis, 14 Disember 2023

JANGAN LUPA CARA MEMBACA MEDIA KITA

 



Fahmi nafi minta platform X padam hantaran kecam beliau

MENTERI Komunikasi Fahmi Fadzil, menafikan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengarahkan platform X memadam hantaran berkaitan kecaman terhadap beliau, berhubung rombakan Kabinet baru-baru ini. 

Fahmi berkata beliau sendiri, serta pejabat dan kakitangannya, tidak pernah membuat laporan berhubung perkara itu, malah suruhanjaya itu bebas untuk membuat apa-apa tindakan tanpa perlu merujuk beliau.

“Saya hanya mahu jelaskan SKMM menerima laporan dari sesiapa sahaja, orang awam, saya belum berbincang dengan SKMM mengenai perkara tersebut, tetapi secara amnya SKMM tidak merujuk kepada saya sebelum mengambil tindakan, mereka bebas untuk ambil tindakan. Jadi kadang-kadang mungkin orang awam yang melaporkannya.

“Saya tidak terkesan dengan hantaran ini, saya tiada masalah dia nak cakap macam itu dan saya dan pejabat saya tiada membuat laporan kepada SKMM berhubung isu tersebut, jadi ada yang menuduh seolah-olah saya (buat laporan), saya sahkan saya tak tahu pun,” katanya mengulas laporan sebuah portal yang menyatakan kerajaan didakwa melapor kepada platform X, untuk meminta hantaran yang mengecam seorang menteri diturunkan. Bernama, 14 Disember 2023.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

AMIN

HANYA SATU

INGATAN 

KAH KAH KAH

JANGAN LUPA

CARA MEMBACA

MEDIA MALAYSIA

KAH KAH KAH

NAFI ERTNYA

APA?

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan