Sabtu, 2 Disember 2023

KES WAHAB MAKIN PELIK


Polis siasat dakwaan gangguan seksual Agus pada Wahab di Bintulu


KUALA LUMPUR: Polis menyiasat dakwaan gangguan seksual membabitkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM),  Dr Mohammad Agus Yusoff yang dikatakan berlaku di Bintulu, Sarawak.

Dakwaan itu dinyatakan dalam laporan dibuat Pembantu Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, di Balai Polis Kajang, semalam.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata pihaknya mengesahkan kes itu berdasarkan laporan Abdul Wahab.

"Berdasarkan laporan itu, Abdul Wahab mendakwa kejadian berlaku pada 21 Oktober lalu di sebuah hotel di Bintulu.'

"Polis telah membuka siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D atas kesalahan melanggar kesopanan," katanya kepada BH hari ini.

Razarudin berkata, Abdul Wahab tampil membuat laporan polis bagi melindungi diri selain menafikan terbabit dalam komplot menjatuhkan dan mereka-reka cerita terhadap Mohammad Agus.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan mengenai kes ini dan akan memanggil beberapa individu untuk direkod keterangan.

Semalam, Abdul Wahab, bersama peguamnya Faizal Abd Rahman, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, bagi membuat laporan polis selain mendakwa tindakannya itu bagi membersihkan namanya dalam isu rakaman video perbualan lucah.

Abdul Wahab mengakui beliau tertekan dengan apa yang berlaku membabitkan dirinya dengan Mohammad Agus.

Sebelum itu, Razarudin dilaporkan berkata, kertas siasatan berkaitan dakwaan video fitnah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

WOIT

CERITA WAHAB

MAKIN MENARIK

KAH KAH KAH

DARI BANGI

KE BINTULU

KAH KAH KAH

DULU WAHAB

CAKAP BARU MASUK

KERJA  2 MINGGU

KAH KAH KAH

DI BINTULU

BUKAN OKTOBER

KAH KAH KAH

KERAS JANGAN

TAK KERAS

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan