Khamis, 21 Disember 2023

KL MASIH PANAS


MetMalaysia: Amaran ribut sehingga petang ini


KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan dikeluarkan 1.10 tengah hari memaklumkan, kawasan terlibat ialah Kedah (Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak) dan Pahang (Bentong dan Temerloh).

Sementara itu, Selangor, Wilayah Persekutuan WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu) serta Johor (Batu Pahat dan Pontian) turut dijangka cuaca yang sama.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – MalaysiaGazette


SETAKAT 

JAM 6 PETANG

KL MASIH PANAS

BERANGIN

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan