Ahad, 31 Disember 2023

MALAM INI HARI AKHIR


MALAM AKHIR

AKSI KEPONG

AHAD 31 DISEMBER 2023
HARI AKHIR 2023
ESOK SENIN 2024

MALAM INI KE MANA
UNTUK SAMBUT TAHUN BARU?
GAU CADANGAKAN
GUA JEMPUT 
SEMUA KAWAN KAWAN
SEMUA PEMBACA
SEMUA PEMBENCI
TUKAR  TIUB
DATANG KE  AKSI KEPONG

KITA SAMBUT TAHUN BARU
DENGAN BERDEMO
MELAWAN AMERIKA
DAN
BERDEMO SOKONG PALESTIN

ADA MUSIK
ADA NYANYIAN
ADA CERAMAH
BERMULA JAM 6 PETANG

BUKAN SUSAH NAK CARI
JALAN ARAH KE KLCC
ARAH KE TABUNG HAJI
ARAH KE OPIS DUTA AMERIKA
AKAN NAMPAK KHEMAH KEPONG

SILA DATANG 
KITA BUAT SEJARAH
KITA BERSAMA
HIMPUNAN 1 BILION
RAKYAT DUNIA
DARI MELBOURNE
KE TOKYO
KE MUMBAI
KE TEHRAN
KE LONDON
KE PARIS 
KE NEW YORK
UMAT MANUSIA MELAWAN ZIONIS

DATANG JANGAN 
TAK DATANG
CATIT DIRI DAN BUAT SEJARAH
AMIN

UKRAINE
MEMBALAS SERANGAN RUSIA
UKRAINE BOM RUSIA
RAMAI MATI RAMAI CEDERA
PERANG DITERUSKAN

GAZA
AKHIR TAHUN
JUMLAH MATI BERTAMBAH
TAPI JELAS DILIHAT
KEMENANGAN AMAT JAUH
DARI ISRAEL

PAKISTAN
RAYUAN IMRAN KHAN
DI TOLAK
IMRAN TAK DIBENARKAN
BERTANDING DALAM PRU
YANG AKAN BERLANGSUNG
TIDAK LAMA LAGI

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR BASAH
HUJAN SEKEJAP KELMARIN
MATA HARI DAH KELUAR
LANGIT TERBENTANG BIRU

GUA TERDENGAR
AYAM BETINA BERKETAK
MUNGKIN LEPAS BERTELOR
GUA TERDENGAR DARI WILAYAH JAUH
HOW WOW  
BERLAGU

HARI INI
DI AMBANG TAHUN BARU
GUA YAKIN  HARI AKAN PANAS
KETIKA GUA MENGETIK
TAK TAK MENJALAR DI BALKONI
BERJEMUR

GUA HARAP 
TIDAK HUJAN KERANA
MALAM INI GUA 
NAK MENGHASUT
DI AKSI KEPONG
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT AHAD AKHIR
DENGAN SENYUMAN

BUNGA MELOR DI SERI RAMA RAMA
BAJU LICIN KEMAS DISETERIKA
ADIK KAKAK MARI SAMA SAMA
KITA TIBAI ZIONIS AMERIKA

AMERIKA MELANUN ISRAEL MENJARAH
CURI BUAH ZAITON MASUK DALAM TIN
MALAM INI KITA BUAT SEJARAH
SAMBUT TAHUN BARU SOKONG PALESTIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HAR INI

SEAMAT TAHUN BARU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan