Jumaat, 29 Disember 2023

PENDATANG HARAM CHINA MERAH DIMANA ?



Polis kenal pasti lebih 10 kawasan penempatan utama Pati, kata Ayob Khan

POLIS Diraja Malaysia Malaysia (PDRM) mengenal pasti lebih 10 kawasan yang menjadi “perkampungan” utama pendatang tanpa izin (Pati) di seluruh negara.

Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay berkata antara kawasan yang menjadi sarang mereka ialah di sekitar Lembah Klang, Johor, Kedah dan Kelantan.

“Fokus polis (untuk lakukan serbuan) selepas ini adalah di kawasan yang melibatkan premis di tempat itu yang dikuasai warga asing dan operasi bersepadu membanteras lambakan warga asing ini akan dilakukan dari semasa ke semasa secara konsisten.

“Namun masyarakat juga perlu memahami kadang-kadang kami mempunyai kekangan dari segi penempatan (depot tahanan imigresen) tetapi kita akan terus merancang (operasi) dengan teliti bagi membanteras warga asing (yang tiada dokumen sah),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas antara Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Aidi Ismail dengan penggantinya, Wan Hassan Wan Ahmad di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini sejumlah 1,101 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen dalam operasi bersepadu melibatkan hampir satu batalion pegawai dan anggota beberapa agensi penguatkuasaan yang dijalankan di sekitar Jalan Silang di Kuala Lumpur 21 Disember lepas.

Operasi terbabit dijalankan bagi tujuan membanteras kegiatan jenayah yang berlaku di sekitar kawasan itu dan Kompleks Kota Raya selain membendung lambakan warga asing tanpa izin.

Sementara itu Ayob Khan berkata dalam usaha menumpaskan kegiatan pengedaran dadah di negara ini polis akan memburu ketua sindiket untuk dikenakan tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) serta Seksyen 130V Kanun Keseksaan (Kesalahan Jenayah Terancang).

Sebelum ini katanya polis lebih menyasarkan kepada soal rampasan dengan berat bertan-tan dan nilai berjuta namun operasi di Sabah baru-baru ini ia lebih memfokuskan usaha menahan seluruh anggota sindiket, orang kanan serta dalang.

“Jika tidak mungkin kami perlukan masa yang lama untuk selesaikan isu berkaitan dadah, jadi sebab itulah kami lebih fokus terhadap membanteras sindiket ketika ini,” katanya sambil menegaskan polis masih menyiasat penglibatan orang kenamaan yang berselindung di sebalik badan bukan kerajaan (NGO) dalam kes berkenaan.

Dalam serbuan pada Isnin Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu terbesar di Sabah yang disyaki mula beroperasi sejak 2015.

Serbuan dilakukan pada 2.45 pagi di sekitar Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna itu berjaya menahan 10 lelaki termasuk dalang utama sindiket yang juga penaung sebuah NGO berusia 40 tahun. – Bernama, 29 Disember, 2023.


PENDATANG

HARAM 

CHINA MERAH

SARANG DI MANA?

AMIN

DI PUTAR JAYA KE?

ATAU DALAM

OPIS MENTERI

PELANCUNGAN

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KHALAS


2 ulasan:

  1. Mereka tahu sarang mana, tebuan mana saja mahu atau tidak saja lah, tak payah wayang media selalu, orang biasa rakyat tak ada uniform tahu, tak akan imigresen makan kenyang berak senang tak tahu pulak? Tak ada malu kah? Sedikit pun tidak malukah? Makan duit rasuah setiap hari jual kedaulatan negara tidak sakit kah? Apa punya bangsat ini? Sampai orang asing hina Melayu sebagai pemalas pun tarak malu susah kah kah kah

    BalasPadam
  2. Serbu condo condo mewah akan jumpa warga China Merah? Serbu tempat mewah rumah kediaman mewah tak ramai orang-orang tempatan mampu, siap ada security siapa ada jaga siapa ada tukang bagi tahu kalau operasi sindiket warga asing begitu hebat sampailah orang-orang kita uniform pun sanggup jual demi duit, macam Mahathir cakap money is king tapi dia lupa dia pun sama perangai jugak kerana duit sanggup jual bangsa sendiri selama 22 tahun kah kah kah

    BalasPadam