Ahad, 3 Disember 2023

PENGUNDI MELAYU TAK SUKA DAP !!!



Pengundi Melayu tolak kerjasama Pakatan-BN, kata Muhyiddin

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menyifatkan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman sebagai petanda jelas pengundi Melayu menolak kerjasama Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).

Presiden Bersatu itu berkata pertambahn majoriti tersebut adalah petanda jelas peningkatan sokongan kepada PAS khususnya, dan PN amnya.

“Pada masa yang sama, keputusan PRK Kemaman ini juga mengesahkan populariti kerajaan PH-BN yang semakin merudum.

“Rakyat, khususnya orang Melayu, menolak kerjasama antara kedua-kedua parti ini,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook hari ini.

“Keputusan PRK Kemaman adalah rentetan trend penolakan pengundi BN terhadap kerjasama parti itu dengan PH seperti yang dapat diperhatikan dalam semua PRK sebelum ini.

“Ini adalah suatu amaran berterusan daripada pengundi kepada BN, khususnya Umno, supaya menilai semula kerjasama mereka dengan PH,” kata Muhyiddin meskipun lima ahli Parlimen daripada partinya sendiri menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Pada PRK semalam, Samsuri memperoleh 64,998 undi, menewaskan calon BN Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang mendapat 27,778 undi.

Samsuri, yang menang dengan majoriti 37,220 undi, memperoleh 70% undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias ​​Hamid pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November tahun lepas.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata undi yang diperoleh calon BN pada PRK ini jauh lebih rendah berbanding semasa PRU15 lalu.

Bagaimanapun, peratusan keluar mengundi semalam sebanyak 93,289 adalah 18.5% lebih rendah berbanding PRU15 sebanyak 114,553 pengundi.

“Ini petanda penyokong BN sendiri beralih arah menyokong PAS,” kata Muhyiddin dalam kenyataan itu. – 3 Disember, 2023.



WOIT

KAH KAH KAH

BILA LAGI

NAK TUNGGU APA?

KAH KAH KAH

CALON PM

DAH ADA

AMIN

10 YB UMNO

NAK CABUT LARI

KAH KAH KAH

AMIN 

LAMA LAMA TUNGGU DISAPU ORANG 

KAH KAH KAH

KHALAS 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan