Isnin, 11 Disember 2023

PERANG SAMPAI ZIONIS HANCUR




Hamas beri amaran tiada tebusan dilepaskan selagi tuntutan tak dipenuhi

HAMAS semalam memberi amaran tiada tebusan akan dilepaskan melainkan tuntutan mereka untuk pembebasan tahanan Palestin dari penjara Israel dipenuhi.

Hamas melakukan serangan mengejut ke atas Israel pada 7 Oktober menyebabkan kira-kira 1,200 orang terbunuh manakala kira-kira 240 orang ditahan, menurut angka Israel.

Israel bertindak balas dengan serangan tentera tanpa henti yang menyebabkan sebahagian besar Gaza musnah dan membunuh sekurang-kurangnya 17,997 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan yang dikendalikan Hamas.

Ketika kumpulan bantuan memberi amaran wilayah itu berada di ambang ditimpa penyakit dan kebuluran, ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam Majlis Keselamatan yang berpecah dan “lumpuh” kerana gagal bersetuju dengan gencatan senjata.

“Sistem kesihatan Gaza semakin tenat dan sedang lumpuh,” kata ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Tambahnya hanya 14 daripada 36 hospital berfungsi pada sebarang kapasiti.

Lembaga eksekutif WHO semalam menerima pakai resolusi menggesa penghantaran bantuan segera tanpa halangan.

PBB menganggarkan 1.9 juta daripada 2.4 juta penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di mana kira-kira separuh daripada mereka ialah kanak-kanak terpaksa ke selatan dan tiada tempat selamat untuk berlindung.

AFP melawat runtuhan hospital Al-Shifa di Gaza yang dibom dan mendapati sekurang-kurangnya 30,000 orang berlindung di tengah-tengah runtuhan selepas tentera Israel menyerbu kemudahan perubatan itu bulan lalu.

“Hidup kami menjadi neraka yang hidup, tiada elektrik, tiada air, tiada tepung, tiada roti, tiada ubat untuk kanak-kanak yang semuanya sakit,” kata Mohammed Daloul, 38, yang melarikan diri ke sana bersama isteri dan tiga anaknya. – AFP, 11 Disember, 2023.



TIDAK PERLU

KOMPROMI DGN

ZIONIS

AMIN

LUASKAN PERANG

SEKALI PERANG

BIAR BAWA HASIL

AMIN 

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan