Runding cara baik tanpa belakangkan Perlembagaan, kata PM
SETIAP pandangan dan cadangan boleh dirunding dengan baik tanpa membelakangkan Perlembagaan Persekutuan, sistem demokrasi berparlimen dan prinsip Raja Berperlembagaan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Anwar berkata ini termasuk pandangan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mencadangkan agar lebih banyak tanggungjawab diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong termasuk pemantauan secara terus terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
“Kita boleh runding dengan baik tetapi prinsip Perlembagaan, (sistem) demokrasi berparlimen, Raja Berperlembagaan itu tetap dipertahankan dan kita junjung prinsip yang sama.
“Jadi tidak harus ada kebimbangan kalau ada kenyataan dan pandangan termasuk daripada Sultan Johor. Pandangan ini boleh dibawa bincang tetapi tidak akan mempengaruhi dasar negara dan prinsip kita tentang Raja Berperlembagaan,” katanya.
Anwar berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas cadangan Sultan Johor dan kenyataan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengenai perkara itu kepada pemberita.
Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata titah cadangan Sultan Ibrahim supaya SPRM dan Petronas dipantau secara langsung oleh Yang di-Pertuan Agong tidak boleh diambil ringan.
Anwar juga berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan pandangan yang dilontarkan Dr Mahathir.
“Dia (Dr Mahathir) hanya melontarkan pandangan dan kita bincang. Bagi saya tiada masalah. Pandangannya tidak langsung akan menggugat kuasa dan peruntukan Perlembagaan negara kita,” kata perdana menteri. – Bernama, 12 Disember, 2023.
jangan lupa satu lagi
BalasPadamAG Chamber Jabatan Peguam Negara
Mesti bebas seperti Hakim Mahkamah yang boleh dakwa dakwi tanpa ada
campurtangan daripada pihak Eksekutif atau PM.
Boleh elak kes salahguna kuasa/campurtangan PDRM yang Menterinya dari Eksekutif atau PM itu sendiri.
Amin
Ramai simpan harapan sekiranya Anwar jadi PM semua akan jadi elok belaka, tak ada rasuah tak ada warga asing tak ada barang mahal semua lah sampai dewa langit turun bawah tanah tapi sayang sekali Anwar seorang tidak mampu buat apa apa dia mahu, negara hutang 1.5 trillion, kekayaan negara sudah disorokkan oleh sebahagian pemimpin United Gerombolan Sdn Bhd sejak merdeka, semuanya bawa lari ke luar negara, senyap menyap bising lama pun tak jadi apa apa, anak beranak Mahathir Daim Zainuddin ramai lagi terus senyap menyap sahaja, apa tindakan boleh buat? Akhirnya dunia semakin sama juga tak kira siapa perintah kah kah kah harapan tinggal harapan selama nya saja kah kah kah jadi diam diam biarkan saja asal bangsa kita asal agama kita semuanya halal amin
BalasPadamBagi Panadol atau tak bagi Panadol pun pmx akan mampus jugak. Sama lah dengan pembenci pmx akan mampus jugak. Bergaduh lah nanti walau dah jadi bangkai. Kita tengok nanti sapa masuk neraka kena sula lubang jubur dengan tembaga panas.
BalasPadam