Selasa, 26 Disember 2023

SYABAS PDRM !!!


Penaung NGO bergelar Datuk ketuai sindiket dadah terbesar di Sabah diberkas polis

KUALA LUMPUR – Sebuah kumpulan sindiket dadah terbesar di Sabah yang aktif sejak lapan tahun lalu dan mempunyai rangkaian penyeludupan antarabangsa ditumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.

Seorang penaung badan bukan kerajaan (NGO) bergelar Datuk yang berperanan sebagai ketua sindiket dadah syabu itu menggunakan segala wang yang diraih secara haram dengan berlagak menjadi dermawan diberkas bersama sembilan lagi ahli sindiket tersebut.

Timbalan Ketua Polis Negara,  Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, salah seorang suspek ahli sindiket yang ditahan itu merupakan seorang anggota agensi penguat kuasa.

Katanya, Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman telah melancarkan serbuan tergempar pada 2.30 pagi pada Hari Krismas semalam dengan kerjasama ESSCOM Sabah bagi membanteras satu sindiket dadah syabu terbesar di negeri itu.

“Hasil serbuan sekitar Kota Kinabalu dan Pantai Timur Sabah melibatkan daerah Tawau dan Semporna, seramai 10 lelaki termasuk ketua sindiket serta ahlinya berjaya diberkas polis,” katanya pada sidang media hari ini.

Siasatan mendapati ketua sindiket yang merupakan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk berusia 40 tahun pernah ditangkap dan diambil tindakan di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

“Sementara itu, sembilan suspek lain terdiri daripada dua individu masing-masing seorang peniaga berusia 36 tahun dan pembantu peribadi ketua sindiket yang juga ahli kanan sindiket berkenaan berumur 48 tahun turut ditahan dalam operasi tersebut,” katanya.

Tambah Ayob Khan, turut ditahan seorang penjawat awam berusia 44 tahun merupakan seorang warga agensi penguat kuasa yang memainkan peranan sebagai transporter atau peghantar bekalan dadah.

Selain itu, seorang buruh berusia 34 tahun yang menjadi keldai dadah, dua individu berusia 32 tahun yang merupakan penyelia tapak dan pengarah urusan rangkaian restoran makanan laut yang menguruskan aspek kewangan sindiket dadah itu turut ditahan.

Katanya, lagi dua lagi suspek merupakan penganggur berusia 30 dan 31 tahun merupakan pengedar dadah dan suspek terakhir merupakan penganggur berusia 48 tahun dan menjadi tonto memantau keselamatan segala aktiviti pengedaran sindiket.

“Mereka memperoleh bekalan dadah berkenaan dari negara jiran di Semenanjung untuk diseludup ke pasaran Sabah terutama ke Pantai Timur dan Filipina serta Indonesia.

“Sindiket ini menggunakan modus operandi dengan mendapatkan bekalan dari sebuah negara jiran dan seterusnya membawa ke Sabah menerusi keldai yang menggunakan penerbangan komersil dan kargo laut sebelum disimpan dan diedarkan untuk kegunaan pusat-pusat hiburan kemudian diseludup kepada pembeli di Indonesia dan Filipina.

“PDRM juga berjaya mengesan ahli-ahli sindiket ini memiliki pelbagai aset seperti kenderaan mewah, rumah banglo dan 12 syarikat perniagaan dalam bidang pelancongan, pembinaan, petrokimia minyak dan gas, pembuatan serta memiliki sebuah feri selain rangkaian restoran makanan di Sabah.

“Kita juga menerusi siasatan mendapati tahu ketua sindiket berkenaan berperanan sebagai penaung NGO menjadi dermawan seorang mencerminkan dirinya seorang baik tetapi menggunakan hasil haram itu bagi melindungi aktiviti najis ini dari mata umum serta pihak berkuasa.

“Kita juga akan memaklumkan negeri yang menganugerahkan pingat kebesaran diraja yang membawa gelaran datuk kepada ketua sindiket ini untuk tindakan lanjut selain siasatan akan menjurus kepada sama ada dia mempunyai sebarang kaitan dengan ahli politik,” ujarnya lagi.

Justeru kata Ayob Khan, ini kali pertama pihaknya menggunakan Seksyen 130V Kanun Keseksaan (Kesalahan Jenayah Terancang) dan prosedur pula adalah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi membolehkan pembanterasan kegiatan jenayah berkaitan sindiket dadah secara menyeluruh dan holistik.

Siasatan juga diteruskan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“Pada masa yang sama, PDRM turut menyiasat penglibatan sindiket dadah terbesar Sabah yang ditumpaskan ini dalam aktiviti kontraban serta barangan bersubsidi dari Malaysia ke Indonesia dan Filipina selain saki baki anggota sindiket berkenaan juga sedang disiasat dan dipergiatkan pengesanannya.

“Kita juga menumpukan siasatan ke arah usaha merampas segala aset-aset mereka hasil kegiatan haram yang dimiliki sindiket ini,” katanya.

Menurut Ayob, sebelum ini, pihaknya pernah menggunakan SOSMA ke atas tangkapan ketua sindiket terlibat gangster bersama kegiatan dadah namun buat julung kali SOSMA digunakan untuk pembanterasan sindiket dadah dan juga ketua sindiket.

“Kita ada undang-undang dan Akta Dadah Berbahaya 1952 tetapi jelas dalam 40 tahun undang-undang sedia ada ini kurang berkesan menangani pengedaran dadah.

“Lagi pun, yang kita tangkap adalah penyalahgunaan dadah di bawah tapi ketua-ketua sindiket memang sukar untuk kita tangkap dan ambil tindakan sebab sedia maklum bagi kes 39B pembuktian dari segi pemilikannya begitu tinggi kawalan dan penjagaan ini sukar dibuktikan di mahkamah.

“JUsteru penglibatan ketua sindiket secara tidak langsung menyukarkan polis untuk membuktikan penglibatannya dalam kegiatan pengedaran dan pemilikannya selain modus operandi sentiasa berubah-ubah merumitkan lagi siasatan dadah,” kata beliau. 



INI BARU BETUL

TANGKAP KEPALA

AMIN

DATUK ATAU

TAN SERI KEPALA

DADAH

AMIN

SELAMA INI

YANG DI GASAK

MAT PET

AMIN

YANG KAYA RAYA

TAIKON DADAH

HIDUP MEWAH

 SELAAMAT DARI

 DI TANGKAP

AMIN

DAN AWAS

TAIKON INI AKAN

CARI LINE POLITIK

SEPERTI BERLAKU

DI AMERIKA LATIN

AMIN

MALAYSIA BELUM

SAMPAI TAHAP

NARCO POLITIK

AMIN

DANA KEMPEN

POLITIK  DATANG

DARI

JUAL VISA

JUAL LESEN

JUAL TANAH

JUAL LENDIR

JUAL ARAK

JUAL JUDI

MAJORITI BANGSA

CHINA

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

  1. Kalau kepala betul ekor akan jadi betul jugak woit, senang cerita, kalau kepala bengkok ekor lagi belit kah kah kah buang semua kepala kepala yang tak betul, rasuah curi semuanya sekali baru ekornya betul kerja kah kah kah

    BalasPadam