Khamis, 21 Disember 2023

UBAT MELAYU TAHAN LAMA


UBAT MELAYU

 TAHAN LAMA



Hobat hobatan Melayu. Arwah Ishak Hj Muhammad atau Pak Sako adalah perintis yang meringankan ejaan Jawi: hubat atau hobat dan hudang atau hodang  masing masing ke ubat dan  udang yang   kita terima pakai selama ini.Saya nak olah sikit pasal ubat hari ini....Melayu ni obses dengan ubat.Kalu sakit dia pergi chari ubat.Ubat akar kayu,dedaun, ulam semua ada. Ubatan Melayu semua mujarab..kononnya.   

 Kalau makan tak semboh disuroh tanya bomoh.Tok Bomoh ambik perkataan u.b.a.t......dijampi pusing jadi b.u.a.t....lantas katanya dibuat orang! Kehidopan Melayu itu berpaksikan ubat...   Hinggakan wanita2 muda  sekarang tanpa segan silu mengiklankan ubat keras,ubatan tahan lama.Entah betul entah tidak.Yang saya tahu hanya Dr M  seorang yang simpan rahsia ubat tahan lama( 22 tahun ).Dan DSAI ada rahsia ubat tunggu lama.........Apa saja penyakit, Melayu mesti ada ubatnya.

Ubat ubatan pengaseh,pelembut hati, pelaris,mati puchok, chepat panchot dll.Rakyat ashek  dok chari ubat supaya barang naik, Rafizi dok chari formula supaya barang tak naik,......Akhir kalam,Tiga penyakit  hok Melayu tak dok ubatnya adalah   Penyakit  PhD (Perasaan hasad Dengki),Penyakit Giler Glamor dan  Penyakit Panas Baran!            Kah kah kah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan