Selasa, 3 Januari 2023
FERI ADA BERAPA ?
GUA TAK BIJAK
LU BERI JAWAB
AMIN
Unknown commented on
"JANGAN MUSNAHKAN SEJARAH"
Isham, Feri PULAU PINANG ada berapa? Kalau lu bijak lu jawab
AWAS - MUSIM HUJAN BELUM TAMAT
Hujan berterusan diramal di Kelantan, Terengganu mulai Jumaat
JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu yang dijangka bermula Jumaat ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran yang berkuat kuasa hingga Sabtu itu melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan.
Di Terengganu pula, kawasan yang terlibat ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu.
Dalam kenyataan sama, MetMalaysia turut memaklumkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan sebelum ini bagi beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak kini ditamatkan.
Di Sarawak, amaran tersebut ditamatkan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah termasuk kawasan Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat.
Di Sabah pula melibatkan kawasan Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat. – Bernama, 4 Januari, 2023.
WOIT
WASPADA
HATI HATI
MUSIM HUJAN
BELUM TAMAT
AMIN
MUSIM TENGKUJUH
MASIH BERJALAN
KHALAS
JABATAN PEJAGA BURIT
Wanita 56 tahun ditahan berkhalwat dengan lelaki bujang
SEBERANG PERAI – Singgah sekejap susulan penat baru pulang berjalan-jalan.
Itu alasan diberikan seorang wanita berusia 56 tahun ketika ditahan atas kesalahan berkhalwat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) di sebuah hotel di Butterworth di sini, awal pagi tadi.
Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP, Mohd Azizon Noordin berkata, wanita ditahan bersama seorang lelaki berusia 25 tahun yang berstatus bujang.
“Hasil siasatan lanjut mendapati wanita tersebut berstatus isteri orang dan dia memberi alasan singgah sekejap di hotel tersebut susulan baru pulang meronda,” katanya kepada pemberita.
Mengulas lanjut Mohd Azizon berkata, pasangan itu antara tiga pasangan yang ditahan pihaknya menerusi Ops Bersepadu Tahun Baharu yang dilakukan dengan kerjasama daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara.
Jelas beliau, mereka yang ditahan berusia lingkungan 25 hingga 56 tahun dan masing-masing memberi alasan datang untuk berjalan-jalan sempena tahun baharu.
“Sebahagian daripada tiga pasangan yang ditahan itu merupakan penduduk negeri ini manakala sebahagian lagi datang dari Kedah.
“Masing-masing mereka yang merupakan pekerja kilang serta penganggur itu ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu berkhalwat,” kata beliau. –
BUAT LAH
KERJA YG
BERFAEDAH
AMIN
JAGA BURIT
ORANG
JAGA AIR MANI
KERJA BANGANG
AMIN
KALAU NAK SANGAT
BUAT AMAL
BUAT KEBUN SAYUR
BERI ORANG
MISKIN SAYUR
KHALAS
ATAU PILIHARA
AYAM & SEDEKAH
TELOR AYAM
YANG SEKARANG
SUSAH NAK BELI
AMIN
KHALAS
ROGOL DI ALOR STAR
Tuduhan polis rogol remaja bawah umur kes serius, kata Azalina
MENTERI undang-undang Azalina Othman berkata ada prosedur khusus dalam mengendalikan saksi kanak-kanak, terutama bawah umur yang menjadi mangsa kesalahan seksual.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata ia termasuk penggunaan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 dan Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan Kes Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.
Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan berkenaan tuduhan seorang remaja perempuan 16 tahun dirogol pegawai polis yang menyiasat kes rogol membabitkan dirinya.
“Saya melihat kes ini dengan serius dan ingin saya tekankan ada prosedur khusus untuk mengendalikan saksi kanak-kanak,” katanya di media sosial.
Dilaporkan seorang remaja perempuan membuat laporan mendakwa beliau dirogol seorang inspektor polis di ibu pejabat polis Alor Setar pada Rabu lalu.
Mangsa mendakwa dibawa oleh inspektor terbabit ke pejabatnya kira-kira 6.30 petang.
New Straits Times memetik sumber melaporkan mangsa pada mulanya dihubungi oleh inspektor berusia 30 tahun itu untuk memberikan keterangan berhubung tuduhannya dirogol bapa tirinya.
Menurut sumber, pegawai polis berkenaan kemudian meminta mangsa berbaring tanpa berpakaian di atas katil di bilik itu dengan tujuan memeriksanya untuk mencari bukti. Pegawai kemudian merogol mangsa.
Mangsa mendakwa kejadian itu berlaku 30 minit, di mana selepas itu beliau diarahkan oleh pegawai polis terbabit memakai semula pakaiannya.
Mangsa membuat laporan polis terhadap pegawai polis terbabit pada Sabtu.
Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan laporan itu dan inspektor terbabit ditahan untuk membantu siasatan. – 3 Januari, 2023.
ROGOL
DI ALOR STAR
AMIN
ALOR STAR INI
DI MANA ?
AMIN
INI PEKAN YANG
TAKDA JUDI
TAKDA JUAL BEER
KE ??
KAH KAH KAH
TIKAM EKOR
TAKDA TAPI
ROGOL RAMAI
KAH KAH KAH
LAGI HEBAT
KAH KAH KAH
ROGOL DALAM
BALAI LAGI
KHALAS
LAGI FAKE NEWS
LAGI
FAKE NEWS
KHALAS
Unknown commented on
"SAPA HARAMKAM ARAK ?"
bro..kalo lu ada belajar ilmu2 tauhid yg kritikal, lu ada dgr satu ayat yakni apabila sampai suatu tahap yg tinggi maka yg haram itu menjadi halal la bagi kamu.ayat ni ramai yg guna terutama ahli2 agama islam yg mahir dan hafaz segala kitab.cthnya bila rasuah yg haram itu mejadi halal bagi mrk kerana mrk ada nas2 bukti dalil2 yg bole digunakan utk menghalalkan yg haram. seperti majlis syura PAS, bole menhalal dan mengharamkan sesuatu perkara mengikut keperluan mereka.
dan haji hadi pernah bersabda yakni wajib berbohong demi kemaslahatan..mrk fikir sekonyong2nya tuhan itu seperti mereka. mrk berfantasi dgn wang hasil penipuan itu bole membeli syurga.sekiranya tidak bole membeli syurga maka mereka membina syurga mereka sendiri.seramai mana yg menyokong seramai itu la dosa yg ketua2 atau tok guru ini tanggung.
JANGAN SEBAR FAKES NEWS
JANGAN SEBAR
FAKES NEWS
AMIN
Unknown commented on
"PROJEK REMBAT HUTAN BALAK"
apa yg gua jangkakan dari PAS ialah org asal ni agama animisme, sembah pokok sembahan yg syirik.maka kerana itu tuhan PAS marah kerana org2 asal ni masih belum diberi hidayah mengenai agama baru nusantara yakni agama PAS.elok la pokok2 itu ditebang agar tidak mjadikan org asal ini syirik kpd wang dan fuluspussykom..ops silap..syirik kpd tuhan agama PAS.
tunduk dan tawaduk kpd tuhan PAS , dgn izinnya akan dikurniakan jawatan dan bidadari dialam hayat ini.dunia hanya sementara yg kekal abadi itu akhirat.dunia akan kiamat maka utk apa dunia perlu dijagai dan ditanam pokok. dunia tempat permainan azazil.syurga adalah tempat selayaknya dan syurga PAS adalah syurga paling tinggi dlm ranking terkini..
JANGAN PAKSA UNTUK PERCAYA
LU NAK CAYA
BULAN LONJONG
BULAN TERBELAH
ITU HAK LU
KHALAS
JANGAN PAKSA
ORANG LAIN
UNTUK PERCAYA
AMIN
JANGAN PAKSA
JIRAN SEBELAH
TENTANG JIN
DAN POLONG
KAH KAH KAH
KHALAS
Unknown commented on
"KERAJAAN ZINA"
Kerajaan negara barat Tak baguih,kt sekolah depa ajor budak2 tadika gender ada byk,mak bapak depa yg straight dilabel conservative bigots,ekonomi jahanam, rights parent kene tarik,polisi favour pd elit2 Dan minoriti elite.apa yg baguih negara barat tu?? Kt France muslimah nun2 catholik xleh pakai tudung xleh pakai rantai Salib,dah xde kebebassn beragama,bukak negara pd immigrant smpai dah jadik social problem. Kalu TT bebas jadik atheist x caya pd agama,pasei apa org2 pas x bebas pakai serban,bila pro agama truih Hilang hak2???Kt German has elektrik kene catu,cer ceta tang Mana baguih kerajaan barat? Rasuah pun depa rasuah jugak,x caya tanya Snowden.
PENIPU BIJAK BERSELINDUNG
PENIPU BIJAK
BERSELINDUNG
KHALAS
Unknown commented on
"MATA BERAIR
MINTA MAKAN"
anjing itu makan sekadar perlu, bukan seperti ahli2 syurga keahlian PAS. makannya tidak pernah kenyang, makin kurang makan making berhambur caci maki lain agama dan bangsa.mengapa la mrk tidak dijadikan haiwan seperti kata pramlee dlm filem ibu mertuaku..pada gua, tanpa sosok2 seperti haji hadi dan walaun PAS, kita tidak dpt melihat dgn nyata sifat2 penipuan dan pembohongan mrk yg disaluti dgn kitab2 suci quran dan hadis.manusia juga bersifat binatang.manusia juga makan org seperti menekan dgn penat jerit air kencing dan peluhnya..
SELAMAT TINGGAL 2022 - SELAMAT SAMPAI MALAPETAKA CUACA
SELAMAT TINGGAL
2022
SELAMAT SAMPAI
MALAPETAKA
CUACA
Bahaya pertama : Bahaya perang nuklear
Bahaya ke dua : Bahaya kekalutan peralihan teknologi.
Bahaya ke tiga : Bahaya malapetaka cuaca.
Bahaya malapetaka cuaca inilah yang ingin saya garap. Ini usaha kecil saya untuk menyebar pencerahan agar kita sesama sedar dan boleh melakukan sesuatu. Amin.
Tahun 2022 telah berlalu. Warga dunia mengalu-alukan kesampaian tahun baru. Ibu kota dan kota-kota besar pesta-pestaan untuk menyambut tahun baru.
Kuala Lumpur berkabung. Banjir baru reda. Tanah runtuh di Batang Kali baru berlaku. Mayat bergelimpangan. Seramai 31 menjadi korban, 54 dapat diselamatkan, 7 masuk ke hospital. Dua anjing terkorban bersama tuannya. Dan seekor lagi dilaporkan masih hilang.
Selain dari tanah runtuh di Batang Kali kita juga mengalami banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah.
Di laporkan ada wilayah-wilayah yang tidak pernah di landa banjir tapi kali ini air datang melimpah.
Juga dilaporkan keganasan banjir kali ini belum pernah dialami. Ketinggian air yang melimpah juga dilaporkan mencecah tahap baru.
Lamanya hari air bertakung atau banjir termenung juga bertambah.
Musim panas di India dan Pakistan sampai pada bulan Mei 2022. Cuaca panas amat terik. Panas terik ini menjemput salji di pergunungan Himalaya menjadi cair. Air cairan salji ini merempuh masuk ke sungai Ganges dan Indus.
Musim hujan monsoon tahunan sampai ke Pakistan. Pada 14 Jun 2022 hujan lebat turun untuk beberapa hari. Sungai Indus di Pakistan yang dipenuhi oleh air salji cair dari Pergunungan Himalaya kini di tambah dengan air hujan dari sawah dan ladang.
Akibatnya banjir mengganas. Seramai 33 juta dari 225 juta warga Pakistan menjadi mangsa bencana banjir. Seramai 1,739 warga Pakistan mati. Hampir 3 juta keluarga kehilangan rumah. Lebih dari 2 juta ekor lembu, kerbau dan kambing mati. Kerugian lebih dari 14 bilion dolar. Angka dan data ini dipungut dari Wikipedia,
Tiga bulan sesudah banjir masih ada lagi kawasan yang ditenggelami air.
Pakistan memerlukan 30 bilion dolar untuk memperbaiki kerosakan akibat banjir tahun 2022.
Ketika Pakistan banjir India dan Bangladesh juga mengalami bencana banjir yang sama. Sungai Ganges melimpah. Malah di India hampir setiap minggu adalah sahaja banjir, ada tanah runtuh dan angin taufan yang melanda.
Ketika hujan sampai dan tanah runtuh di Father’s Organic Farm di Batang Kali Somalia dilanda musim kemarau.
Somalia terletak di Timur Afrika – di wilayah yang dikenali sebagai Tanduk Afrika telah mengalami kemarau selama empat musim. Tahun 2022 adalah musim ke lima hujan tidak sampai.
Badan UNICEF ( United Nation Children Fund ) – telah melaporkan akibat kemarau berpanjangan 8.1 juta penduduk wilayah Tanduk Afrika tidak ada bahan makan yang mencukupi. Seramai 6.4 juta warga tanpa bekalan air. Seramai 3.5 juta kebuluran. Seramai 1.3 juta ibu dan anak kecil kekurangan makanan. Suasana ini ditambah bala serangan penyakit kolera.
Ketika warga Afrika Timur bulur menjadi orang pelarian mencari air dan makan lembah Yangtze Kiang dari Shanghai ke Sichuan berhadapan dengan kemarau. Sungai Yangtze kering. Suhu panas naik ke 40 darjah Centigrade.
Kemarau musim panas di China ini melibatkan 900 juta penduduk di 27 buah provinsi.
Apa sebenarnya berlaku ?
Semua ini akibat pemanasan dunia.
Apa itu pemanasan dunia atau global warming ?
Dari fakta sejarah peribadi saya sendiri telah mendengar istilah ini pada tahun 1976. Ketika itu saya berkelana di Melbourne Australia.
Saya ternampak cakaran di tembok bangunan kedai : Beware of Ozone Layer – Waspada pada Ozone Layer. Saya yang bukan dari jurusan sains tidak memahami apakah itu ozone layer.
Hari ini saya cuba memperbaiki kebebalan saya itu. Hari ini saya mencari dan membaca kitab. Saya berniat untuk menjadi seorang alim yang warak agar dapat saya menjadi pendakwah pemanasan dunia dan malapetaka cuaca.
Dari apa yang saya baca - bumi kita ini terbentuk 46 bilion tahun dahulu.. Cuaca dunia ini kompleks, bergerak berubah mengikut masa. Cuaca inilah yang menjadi penentu tamadun umat manusia. Cuaca menentukan tegak dan runtuhnya tamadun manusia.
Cuaca dunia ini bergantung kepada tenaga yang datang dari pancaran sinar matahari. Tenaga matahari ini juga bergantung pada gerak laku matahari yang berlegar.
Pemanasan dan suhu sinar matahari ini bergantung kepada beberapa fakta : atmosfera, letak benua bumi , air lautan dan pergerakan air laut. Semua ini bantu membantu menjadikan cuaca yang kita fahami sebagai cuaca.
Jutaan tahun yang lalu ada variasi pusingan yang mempengaruhi berapa banyak tenaga cahaya mata hari yang sampai ke bumi.
Justeru warga Mesir kuno telah memahami peranan cahaya matahari. Sebelum wujudnya Allah warga Arab Mesir telah mewujudkan Ra. Ini tuhan pertama. Mesir kuno menyembah Ra yang diwakili oleh matahari.
Ra inilah yang menjaga langit , bumi dan semua yang wujud dalam bumi dan alam semesta.
Arab Mesir memahami matahari yang menjaga cuaca.
Arab Mesir kuno percaya Ra membentuk musim , mewujudkan tanaman, hidupan binatang termasuk umat manusia.
Pertama edaran bumi mengelilingi matahari berubah dalam masa 100,000 tahun. Ke dua kedudukan Kutub Utara dan Selatan juga ada variasi 60,000 tahun sekali. Ada peningkatan setiap 15,000 tahun hemisfera akan merapati matahari.
Tiga fakta ini mempengaruhi pusingan cuaca di zaman Quaternary dan di zaman Geoloji yang bermula dua juta setengah tahun dahulu.
Justeru dunia mengalami zaman air batu selama 100,000 tahun. Kemudian zaman yang agak panas sampai selama 10,000 ke 20,000 tahun.
Peralihan antara zaman air batu dan zaman panas ini berlaku 1 juta tahun. Peralihan ini mengubah rupa betuk permukaan bumi kita ini.
Di laut Tengah ada penguin dan anjing laut. Air laut ketika itu hanya 400 kaki dalamnya.
Kemudian 11,000 tahun dahulu dunia makin panas, hutan muncul, binatang muncul. Manusia mula duduk setempat. Manusia mula mengubah kawasan tempat mereka hidup.
Umat manusia mula bercucuk tanam dan memelihara bintang ternakan.
Perbezaan cuaca bumi di zaman air batu dengan cuaca hari ini hanya 5 darjah centigrade.
Cuaca bumi kita ini berubah ubah sepanjang zaman. Maka ada sepesi haiwan yang pupus.
Semenjak 100,000 tahun yang berlalu cuaca bumi kita ini agak stabil. Ada variasi ketika zaman-zaman ini yang memberi kesan pada manusia. Tapi kesanya tidak mengancam berbanding degan zaman seperi zaman air batu.
Bila cuaca stabil maka tamadun manusia lahir.
Tamadun manusia pertama bercucuk tanam bermula di wilayah Turki dan Iraq. Ini tamadun Mesepotamian di lembah sungai Dajlah dan Tigris.
Dari wilayah inilah lahir tamadun Sumerian, Assyrian, Akkadian dan Babylonian.
Bukti menunjukkan tamadun ini ada teknologi , ada seni sastera, ada hukum hakam, ada konsep agama dan perkembangan reka bentuk bangunan.
Saya menuliskan perkara ini sebagai perjalanan tamadun manusia yang baru berumur 10,000. Ini semenjak datuk nenek moyang manusia mula bangun dan berjalan. Dari beruk di atas pokok turun ke bumi - bangun tegak berdiri menggunakan kaki untuk berjalan.
Memahami sejarah tamadun manusia ini penting dalam usaha kita untuk berhadapan dengan malapetaka cuaca yang sedang melanda kita.
Melihat ke belakang untuk memahami apa di hadapan kita.
Ini sejarah manusia dari kajian ilmiah dan wujud bahan bukti. Semua ini bukan ‘fake news - berita palsu ‘ dari Hikayat Seribu Satu Malam.
Memahami perjalanan manusia beribu ribu tahun ini secara tuntas amat penting untuk kita memahami pemanasan dunia yang sedang berlaku hari ini.
Dunia kita telah mengalami pelbagai malapetaka. Letupan gunung berapi yang menghasilkan debu mengelilingi dunia. Juga mengakibatkan cuaca menjadi sejuk kerana debu menghalang sinar matahari.
Pantulan cahaya matahari dari kutub utara dan selatan memainkan peranan mengawal suhu bumi kita.
Atmosfera yang kita lihat dilangit yang mengelilingi bumi kita ini agak nipis. Hanya beberapa batu tebalnya. Atmosfera ini terdiri dari oxygen dan nitrogen. Ada juga gas yang lain tapi amat sedikit untuk mengubah keadaan.
Gas inilah yang menjadi penapis sinaran cahaya matahari. Gas ini juga menjadi penapis wap yang naik dari bumi kita.
Gas di Rumah Hijau ini terdiri dari wap air, karbon dioksida, methane, nitrous oxide dan ozone.
Semua ini tersusun dengan stabil. Panas cahaya dari matahari ditapis. Panas wap dari bumi naik ke udara juga di tapis. Bila kestabilan ini terganggu maka atmosfera dalam atmosfera yang mengelilingi bumi terganggu.
Gangguan ini mewujudkan efek Rumah Hijau.
Apa yang menganggu? Siapa yang menganggu ?
Perlukah saya menjawabnya. Sila tunggu pencerahan seterusnya. Amin . (TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL BERITA
MALAYSIANINSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/421029
TEKNIK BARU SELUDUP GANJA
Ganja terapung di Yan bernilai hampir setengah juta ringgit, kata polis
POLIS merampas dadah jenis ganja dengan anggaran bernilai hampir RM500,000, yang ditemukan terapung di satu tali air di Kampung Makau di Yan pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Yan DSP Shahnaz Akhtar Haji berkata sebanyak 158 ketulan mampat ganja seberat 180.17 kilogram itu, ditemui terapung oleh penduduk yang melalui kawasan berkenaan pada pukul 9.35 pagi.
“Pihak polis menerima panggilan orang awam berhubung penemuan dadah yang dibalut plastik lutsinar dan foil berwarna emas terapung di sekitar kawasan tali air itu.
“Pemeriksaan lanjut mendapati dadah tersebut diletakkan di dalam guni, namun terkoyak menyebabkan ia terapung di permukaan air,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan sini hari ini.
Shahnaz berkata siasatan awal mendapati dipercayai kegiatan sindiket itu dilakukan pada awal pagi, bagi mengelak daripada dikesan penduduk dan pihak berkuasa manakala dadah yang dirampas itu disyaki untuk pasaran luar dari negeri Kedah.
“Setakat ini tiada tangkapan dilakukan, namun pihak kami akan terus menjalankan siasatan bagi mengenal pasti dalang di sebalik penemuan dadah berkenaan. Kemungkinan juga lokasi tersebut dijadikan sebagai transit sebelum ia dibawa ke tempat lain,” katanya.
Beliau berkata pihaknya akan terus menjalankan kerjasama dengan melibatkan penyertaan masyarakat setempat dalam usaha memastikan aktiviti penyeludupan, pengedaran dan penagihan dadah dapat dikekang sebaik mungkin. – Bernama, 2 Januari, 2023.