Selasa, 10 Januari 2023
PROJEK BEBAS NAJIB
Permohonan Najib bagi semakan sabitan kes SRC ditetapkan sehari
MAHKAMAH Persekutuan menetapkan sehari pada 19 Januari untuk mendengar permohonan semakan Najib Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.
Sebelum ini mahkamah menetapkan tiga hari iaitu pada 19, 20 dan 26 Januari untuk mendengar permohonan semakan bekas perdana menteri itu.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul berkata mereka menerima e-mel pada Jumaat (6 Januari) daripada Mahkamah Persekutuan memaklumkan dua hari bagi pendengaran itu dilapangkan kerana beberapa hakim yang menganggotai panel untuk mendengar semakan Najib terlibat dengan kes lain.
Bekas perdana menteri berusia 69 tahun itu kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas beliau gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos tahun lepas untuk mengetepikan sabitan, hukuman penjara dan denda RM210 juta.
Najib, melalui Tetuan Shafee & Co memfailkan permohonannya pada 6 September tahun lepas, memohon untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan dalam mengesahkan sabitan, hukuman dan denda terhadapnya.
Dalam permohonannya Najib juga mahu menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 Ogos tahun lepas yang menolak permohonannya untuk mengemukakan keterangan lanjut berkaitan Mohd Nazlan Mohd Ghazali, hakim perbicaraan dalam kes SRC International itu.
Pada 28 Julai 2020 Hakim Mohd Nazlan mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan—tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa.
Mohd Nazlan yang kini hakim Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau lima tahun penjara ke atas Najib dan keputusannya itu dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember tahun lepas.
Najib turut memohon agar rayuan itu didengar semula oleh panel Mahkamah Persekutuan yang baharu yang terdiri daripada sekurang-kurangnya tujuh hakim dan beliau diberi penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu pendengaran permohonan semakannya.
Pihak pendakwaan dalam menjawab afidavit Najib menyatakan permohonan semakan Najib tidak mempunyai merit dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.
Pihak pendakwaan juga berkata Najib diberi perbicaraan yang adil dan tiada prapenghakiman dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan. – Bernama, 10 Januari, 2023.
INI HAK NAJIB
UNTUK SEMAK
AMIN
KITA LIHAT
DAN DENGAR
APA YANG AKAN
BERLAKU
JENG JENG JENG
KHALAS
YAN AMPOON - RAMAI MELELEH AIR LIUR
Kapal TLDM berusia, perlu ditukar, titah Sultan Selangor
SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan baginda terhadap aset keselamatan negara khususnya kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berusia dan perlu ditukar.
Kebimbangan itu dizahirkan baginda ketika pertemuan dengan Panglima Tentera Laut (PTL) Laksamana Mohd Reza Mohd Sany, Khamis lepas.
Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda selaku Kapten Yang Dipertua TLDM bertitah semasa pertemuan tersebut bahawa pertukaran aset yang berusia itu perlu dilakukan demi memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara dan dalam keadaan siap siaga.
Khamis lepas, Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Mohd Reza sempena persaraan beliau di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam.
Beliau dilantik sebagai PTL pada 30 November 2018 dan akan menyerahkan tugas kepada penggantinya pada 23 Januari ini.
Mohd Reza turut merafak sembah memperkenalkan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Abdul Rahman Ayob yang bakal menggantikan beliau sebagai panglima Tentera Laut ke-18. – Bernama, 10 Januari 2023.
WOIT
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
YA AMPOON
YA MAULANA
KAH KAH KAH
RAMAI MELELEH
AIR LIUR
BILA DENGAR
TITAH SULTAN
KAH KAH KAH
BANYAK SYARIKAT
DUA RINGGIT
AKAN MUNCUL
NAK KAU TIM
DENGAN PERANCHIS
KAH KAH KAH
HISHAM LIDAH
KONTOT
RAZAK BAGINDA
NAK CARI
ALTANTUYA BARU
UNTUK DAPAT
KONTREK
KHALAS
PERIKATAN BERSEDIA AWAL
Agihan kerusi PN 80% siap untuk hadapi PRN, kata Hadi
Persediaan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) termasuk pengagihan kerusi telah siap 80 peratus.
Timbalan Pengerusi PN Abdul Hadi Awang berkata perbincangan berkenaan telah diadakan bersama parti-parti komponen dalam gabungan semasa menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lepas.
"Persediaan untuk menghadapi PRN serta pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadi asas perbincangan kami pada masa itu.
WOIT
TALIBAN DAH
BERSEDIA
PARTI LAIN
MACAM MANA
KAH KAH KAH
KEMAH BESAR
DAH ADA
JADI SAPA
NAK MASUK
AMIN
NAJIB BEBAS KERAJAAN RUNTUH
NAJIB BEBAS
KERAJAAN
RUNTUH
KHALAS
Unknown commented on
"MAKLUMAT BARU MASUK"
Inilah sebabnya tun nak bungkus terus umno ikat tepi tapi abam dgn midin sengal nak mampuih!! Dua2 ingat boleh berkuasa tanpa pengaruh umno. Midin dah kena. Abam? Sedang diatur. Ironinya bukan melalui Zahid tapi melalui Najib. Aiyakkkkkk Opssds gwa lupa tt duduk Le chateau. Kalau duduk kodiang mcm gwa ,tt mungkin dah naik semak dok dengaq ketua kampung,ajk masjid,pak2 lebai ulang2 ckp Najib dianiaya oleh mahathir dan Zahid !!
PMX TAK AKAN BEBASKAN NAJIB
PMX TIDAK
AKAN BEBAKAN
NAJIB
KHALAS
Hudbenseman commented on
"APAKAH INI
PROJEK BEBASKAN NAJIB ?"
Separuh team TPM akan packing beralih pada bossskurrr, team2 kj,team2 mail,team2 lidah kontot, dah memang orang Najib. Lingkup Zahid, lingkuplah bang non. Persoalannya... siapa cui bono kalau Najib bebas? kenapa lembu sangat orang yang ingat bang non nk bebaskan Najib ni??
MENUNGGU POLITIK JALAN RAYA
MENUNGGU
POLITIK
JALAN RAYA
KHALAS
Unknown commented on
"POLITIK SABAH - RAKYAT MUAL"
Rakyat ditipu siang malam cuti umum cuti perayaan , Russia komunis bagus sikit 7hb gencat senjata satu hari.. pkr ka umno ka pn ka warisan ka apa semua haramlah jadah. Tengah tidur pun pikir camna nak sambung menipu rakyat. Aku tak pandai nak gerakkan rakyat ke jalan tapi kalau ada yang gerakkan, aku pastikan walaupun anak aku 2 tahun, aku bawak jugak turun. Letih bro, kos hidup meningkat, hidup dah mcam robot. memang patutlah Kartel kekal kuat di mexico tu...kurang2 dia tak menipu penyokong dia.
AKAN SLIM MACAM ZIANA
AKAN SLIM
MELIM MECAM
ZIANA ZAIN
KHALAS
Unknown commented on
"ADA MOTIF TERSEMBUNYI -
KETUA HAKIM NEGARA"
Bro, cuba ko bayangan najib bebas Kak Ros kedalam.
PROJEK BEBASKAN PENCURI
NGO serah memorandum minta siasat Hakim bicara kes Najib
KUALA LUMPUR: Sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali Gabungan Gerakan Keadilan Untuk Najib hari ini menghantar memorandum memohon semakan dan nyahklasifikasi laporan siasatan SPRM terhadap hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Ketika membaca memorandum mereka di luar pintu Parlimen, jurucakap NGO itu Lokman Noor Adam mendakwa Nazlan mempunyai 'konflik kepentingan' ketika mengadili perbicaraan kes SRC International membabitkan Najib. Dia mendakwa sabitan bersalah terhadap Najib adalah 'dirancang'.
Dengan itu katanya, kerajaan digesa segera melaksanakan tindakan sewajarnya ke atas Mohd Nazlan yang didakwa mencabuli beberapa peruntukan perundangan dan Kod Etika Hakim 2009.
Dokumen itu diserahkan Lokman kepada Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Gan Wen Shen di pekarangan luar bangunan Parlimen.
Bercakap pada sidang media, Lokman menggesa, Peguam Negara, Idrus Harun segera mengambil tindakan ke atas Mohd Nazlan, berpandukan cadangan kertas siasatan SPRM.
INI SATU
RANCANGAN
NAK BEBASKAN
PENCURI
AMIN
SOALAN APAKAH
SEMUA INI
TEKANAN
POLITIK
JENG JENG JENG
KHALAS
KES RASUAH PERIKATAN BELUM DIBUKA
Pengundi Pasir Salak pilih Perikatan kerana jenama segar, bebas rasuah
RATA-RATA pengundi Melayu yang memilih Perikatan Nasional (PN) pada November lalu melihat jenama itu lebih segar dan bebas daripada rasuah serta penyalahgunaan kuasa.
Selain itu, tawaran baharu seperti usaha membangunkan tanaman ketum dan kepercayaan ke atas PN sebagai pembela Melayu dan Islam juga menarik sokongan mereka.
Sentimen ini antara faktor yang membentuk gelombang besar sehingga membolehkan PN merampas 29 kerusi Barisan Nasional (BN) dan 17 kerusi Pakatan Harapan (PH) dalam PRU15.
Fenomena ini dapat dikesan di salah satu kawasan Parlimen dengan majoriti besar Melayu di semenanjung – Pasir Salak di Perak yang dikunjungi The Malaysian Insight.
Kubu BN itu tidak pernah dimenangi mana-mana parti selain gabungan itu sejak kerusi itu ditubuhkan sebelum PRU7 pada 1986 namun dipecahkan PN dalam PRU15.
Seorang pengundi Pasir Salak yang mahu dikenali sebagai Salleh berkata beliau menyokong PN dalam PRU15 kerana gabungan itu membawa mesej membela Melayu dan Islam.
Pengundi Chenderong Balai itu berkata beliau sebelum ini mengundi BN tetapi memilih PN pada kali ini kerana melihat gabungan itu bebas dari penyalahgunaan kuasa.
Ketika ditemui, Salleh berkata beliau percaya akan mendapat keberkatan hidup dan jaminan di akhirat apabila mengundi PN selepas hilang kepercayaan ke atas BN.
Walaupun BN masih dipimpin orang Melayu dan Islam, pemimpinnya didapati melakukan salah guna kuasa dan dijatuhi hukuman penjara seperti bekas perdana menteri Najib Razak, kata beliau.
“Kita nak tengok kerajaan Islam dan Melayu ditegakkan. Dengan itu kita nak mengundi kumpulan ulama. Itu dah tentulah, seeloknya undi ulama.
“Najib juga dah dijatuhi hukuman, sebab itu orang kurang berminat mengikut BN lagi, itu pun satu faktor juga, tidak dinafikan (salah guna kuasa) itu juga punca (tolak BN).
“Kita kalau dah tak percaya kat pemimpin pasti akan beralih arah. PN itu Islam, kita nak kerajaan Islam dan Melayu, sebab itu kita sokong PN,” kata juruteknik swasta itu lagi.
Malah, calon PH Nik Omar Nik Abdul Aziz yang merupakan anak kepada bekas mursyidul am PAS juga tidak dapat menyaingi calon PN yang kesemuanya terdiri dari anak jati Pasir Salak, katanya.
“Nik Omar itu pun ulama juga tapi dia bukan anak tempatan, sebab itu kita lagi suka pilih PN,” katanya.
Seorang lagi pengundi yang hanya mahu dikenali sebagai Khairul berkata, beliau juga tertarik dengan tawaran PN selain imej gabungan itu dilihatnya bersih dan bebas rasuah.
Tambahnya, dia berminat untuk mengundi PN kerana perwatakan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang menurutnya berani memperjuangkan sektor pertanian berasaskan ketum.
Katanya, Sanusi satu-satunya pemimpin yang berani bersuara untuk menjadikan tanaman itu sebagai sumber pendapatan tambahan penduduk kampung.
“Ketum mampu menjana duit sampingan, tapi PN berani janji untuk bantu pertanian menggalakkan pertanian ketum, untuk eksport ke luar negara.
“Kedah, Perlis kita nampak semua sokong PN. Sebab itulah menteri besar mereka sokong (cadangan benarkan eksport ketum),” katanya.
Kawasan tanaman ketum itu jelas kelihatan di sepanjang jalan dari Teluk Intan ke Pasir Salak dan menurutnya mampu menjadi sumber pendapatan baharu kepada masyarakat tempatan, katanya.
“(Ketum juga dijadikan teh. Itu sudah janakan ekonomi. Kita boleh jadikan ketum sebagai sumber ekonomi baharu, seperti kita jadikan kelapa sawit sebagai salah satu sumber negara dahulu.
“Sebab itu di Kedah, dan Perlis semua sokong PN. Mereka sokong perkara macam ini, sebabnya ekonomi orang Melayu. Itu yang buatkan orang seperti saya berminat,” katanya.
Sanusi dalam kempen PRU15 lalu membayangkan beliau akan berusaha membolehkan ketum menjadi sumber eksport negara sekiranya PN berjaya menubuhkan kerajaan.
Katanya, langkah itu dijangka mampu membantu menjadikan tanaman itu sebagai sumber pendapatan tambahan petani kawasan tersebut.
Kelebihan calon PN sebagai anak tempatan turut diakui anggota jentera BN yang melihat calon parti tersebut banyak menyampaikan ceramah agama di surau dan masjid sekitar Pasir Salak.
Anggota jenteria itu, Kamaruzzaman Kamaruddin berkata, Jamaluddin Yahya yang menang kerusi Pasir Salak merupakan guru di sebuah sekolah di Pasir Salak dan ketua Pemuda PAS kawasan.
Seorang lagi, Zafarul Azhan Zan yang menang kerusi DUN Kampung Gajah dalam PRU15 juga sering berceramah di masjid, katanya.
“Ceramahnya tidak menyentuh isu politik, dia mengajar agama tetapi masyarakat setempat kenal dengan mereka,” katanya yang menambah, kedua-dua berkelebihan sebagai anak tempatan.
Zafarul mula mencabar penyandang kerusi DUN Kampung Gajah Tajuddin Abdul Rahman dalam PRU14 dan kemudian menang kerusi itu pada November lalu dengan majoriti 3,757 undi.
PN juga menang kerusi Sungai Manik, salah satu DUN dalam Parlimen Pasir Salak apabila calon penyandang Zainol Fadzi Paharuddin mengekalkan kemenangannya.
Zainol menang kerusi itu dalam PRU14 namun menyertai Bersatu dan kekal mempertahankan kerusi itu dalam PRU15.
Mengulas lanjut, Kamaruzzaman tidak menolak pengguguran Tajuddin yang menyandang kerusi Pasir Salak sejak 2004 juga antara faktor pengundi BN tidak memilih calon ganti.
Tajuddin gagal mengekalkan kerusi itu selepas digugurkan dari senarai calon BN dan turut digantung keahlian Umno selama enam tahun.
Ia dipercayai berkait dengan krisis beliau dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada tahun lalu kerana menyokong Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob, perdana menteri waktu itu.
“Mungkin ada pengundi yang kecewa Tajuddin tidak dicalonkan, mereka tidak mengundi,” katanya.
Sokongan ke atas BN dilihat mulai surut sewaktu kempen PRU15 walaupun Tajuddin yang lantang bersuara terus membantu kempen Khairul Azwan, kata Kamaruzzaman.
“Waktu itu kita nampak suasana tidak ada masalah, tetapi ada beberapa kawasan yang (sokongannya) sayup-sayup. Mungkin itu petandanya,” katanya.
Selain itu, rekod buruk BN di Pasir Salak dalam PRU15 juga disebabkan kegagalan gabungan itu memastikan pengundi putih mereka keluar mengundi.
Beliau memerhatikan demikian kerana melihat BN tewas di Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang mempunyai bilangan pengundi melebihi 1,000 orang di Pasir Salak.
“Kita boleh menang setakat di PDM yang mempunyai pengundi sekitar 700 hingga 800 orang sahaja seperti di Chenderong Kelubi dan Paloh Pacat, yang pengundinya sekitar 800 orang.
“Kawasan PDM besar seperti Kampung Gajah, Seberang Perak, kita kalah,” katanya, merujuk kawasan penduduk di sekitar Changkat Lada, yang dihuni pengundi tanah rancangan Felcra.
“Apabila peti undi dari kawasan itu masuk, BN bungkus. Ibaratnya kalau kita menang di 10 PDM lain pun, takkan mampu menyaingi bilangan undi di kawasan berkenaan,” katanya lagi.
Tambahnya, PDM Chenderong Kelubi yang merupakan kawasan penduduk Orang Asli juga pada kebiasaannya menjadi pengimbang undi untuk BN dalam setiap PRU.
“Kalau ada PDM yang kurang, setakat 100 hingga 200, undi mereka boleh tampung. Tetapi kali ini habis,” kata Kamaruzzaman yang turut membantu kempen BN dalam PRU15 lalu.
BN pada awalnya dikatakan mendapat sokongan 40,000 pengundi putih daripada sekitar 74,000 keseluruhan pengundi Pasir Salak yang majoritinya merupakan pengundi Melayu.
Namun begitu, calon BN Khairul Azwan Harun yang juga timbalan ketua Umno Pasir Salak tewas di tangan calon PN Jamaluddin Yahya yang merampas kerusi itu dengan majoriti sekitar 5,000 undi.
Dalam pertandingan empat penjuru itu, Jamaluddin meraih kira-kira 24,800 undi diikuti Azwan dengan sekitar 19,800 undi dan calon PH Nik Omar Nik Abdul Aziz dengan kira-kira 11,600 undi.
Calon Pejuang Zairol Hizam Zakaria pula sekadar menang 549 undi.
Seorang lagi pengundi yang ditemui mengakui BN hanya mampu menang di saluran satu, iaitu saluran pengundi berumur, yang dikenali sebagai penyokong kuat mereka.
Saluran dua dan seterusnya pula terdiri dari kumpulan pengundi yang berusia lebih muda.
“Kita menang saluran satu, saluran dua dan tiga banyak yang kalah,” katanya yang menjadi petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam PRU15.
Walaupun BN tewas seluruhnya di Pasir Salak, wakil rakyat PN kekal menjadi pembangkang di Parlimen dan negeri Perak, yang melegakan penyokong Umno seperti Kamaruzzaman.
“Kami reda kami kalah, tapi dalam kalah itu kita BN masih lagi memerintah. Allah Maha kaya.
Di kawasan sini memang kita memang pembangkang tapi di peringkat pusat masih ada Umno (dalam kerajaan).
“Keadaannya menang jadi pembangkang, yang kalah jadi kerajaan, peruntukan juga masih turun melalui penyelaras Parlimen dan DUN.
“Apa yang berlaku sebenarnya adalah gelombang, bukan kita tak buat kerja. Saya buat kerja, memang tak pernah gagal, kita buat kerja tapi nampak ketara gelombang terlalu besar,” katanya.
Walaupun hanya menang 30 kerusi Parlimen, BN masih menjadi sebahagian daripada kerajaan campuran bersama PH pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. – 10 Januari, 2023.
GEROMBOLAN
DITOLAK
KERANA RASUAH
AMIN
ZAHID HAMPIR
KALAH
AMIN
INI TANDA
YANG BAIK
AMIN
RAKYAT PILIH
PERIKATAN
AMIN
INI KERANA
MEREKA BELUM
TAHU KES
RASUAH ULAMAK
PEMIMPIN PAS
DAN BERSATU
AMIN
KHALAS
ADA KONSPIRASI NAK BEBASKAN NAJIB
ADA KONSPIRASI
NAK BEBASKAN
NAJIB
KHALAS
Unknown commented on
"KETUA HAKIM NEGARA DAN NAJIB"
Ada eloknya jugak bebas. Boleh kita semua tengok apa jadi dekat Pas dekat Midin dekat Anwar dekat ph. Siapa yang untung siapa yang rugi. Siapa yang tentang siapa yang berkerjasama.
Jamil commented on
"KETUA HAKIM NEGARA DAN NAJIB"
Brader sham, aku nak tanya...siapa yang nak sangat bebaskan bosskurap? Pm10 atau pembangkang? Yang aku pasti, Zahid memang taknak.
Unknown commented on
"KETUA HAKIM NEGARA DAN NAJIB"
Ironinya ada geng tu melangkah sampai ke London? Jumpa peguam diraja tak? Tanya saja , jangan marah pulak. Kahkahkah
Unknown commented on
"KETUA HAKIM NEGARA DAN NAJIB"
Gwa layan ceramah ustaz pn, kononnya Zahid akan bebas kalau undi PH.... Pointnya ialah Zahid dengan Anwar ada pakatan.... Jadi gwa pun turun undi,benamkan izzah....gwa taknak penyamun bebas....tapi sekarang gwa baru terpikiaq,,kenapa nama Najib langsung tak disebut? Dan kenapa jugak takdak sorang pun yb ulas kes Najib dan bik mama selain Anwar? Ada apa apa kah yang gwa tertinggal??
GUNA AGAMA UNTUK MENIPU
GUNA AGAMA
UNTUK MENIPU
AMIN
Unknown commented on
"KES RASUAH
MENTERI BESAR SELANGOR !!!"
Buat kajian kenapa orang suka rasuah? Apa salah yang berlaku atau kerana peluang, atau kuasa ? Kenapa orang kita minat rasuah? Adakah kerana ada petanda taubat, maaf zikir zakat cuci dosa rasuah sehingga berulangkali berlaku, bukan semua dapat rasuah, cuma siapa ada kuasa jawatan pangkat pingat yang boleh meminta rasuah betul tak? Ini masalah negara, kerana rasuah sebagai barah menular menjangkau semua, etnik mana suka sangat rasuah, kenapa tiada vaksin untuk cegah rasuah?
Ajaran agama sempurna atau tidak atau asyik jilat puki, bulu ketiak jadi fokus para alim sekarang? Kenapa tiada fatwa kafirkan orang rasuah ini? Saja tanya tanya mohon pencerahan wahai TT? Asyik cerita pasal MCKK perjalanan hidup lama dah tak guna, cuba cerita visi negara kerana majoriti rasuahnya orang kita saja, yang tangkap sedikit rasuah setiap hari atas bawah tepi kiri kanan amin, jangan lupa kah kah kah selalu ya