Sabtu, 4 Februari 2023
AMERIAK - CHIAN TEGANG KERANA BELON
PBB bimbang ketegangan antara China-AS ekoran insiden belon pengintip
PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak mahu melihat ketegangan semakin memuncak antara China dan Amerika Syarikat (AS) ekoran insiden belon pengintip yang disyaki milik China dikesan di ruang udara Amerika, lapor Agensi Anadolu.
“Kami bimbang apabila terdapat ketegangan yang memuncak antara China dan AS dan ini adalah perkara yang sering dirujuk oleh setiausaha agung dalam banyak ucapannya.
“Khusus mengenai insiden ini, jelas sekali kedua-dua pihak perlu mengatasinya. Tetapi memandangkan peranan kedua-dua negara sebagai peneraju kepimpinan global, saya fikir adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk melakukan apa sahaja yang mereka mampu untuk meredakan ketegangan,” kata jurucakap Stephane Dujarric kepada pemberita.
Setiausaha Negara AS Antony Blinken menangguhkan lawatan ke China susulan insiden “belon pengawasan” itu.
AMERIKA GADUH
DENGAN CHINA
BAIK UNTUK
RAKYAT DUNIA
AMIN
BAIK UNTUK
LAUT SUNDA
AMIN
AKIBAT SEKEEPING APAM
Kantoi hubungan sulit, lelaki India bunuh suami kekasih – Polis
KUALA LUMPUR – Kehilangan seorang lelaki warga India sejak Mei tahun lepas terjawab apabila mayatnya ditemui di lereng bukit, dekat belakang sebuah banglo, di Subang Jaya.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, pembunuhan itu terbongkar selepas seorang lelaki India mengaku telah membunuh rakan senegaranya Mei tahun lepas.
Dia juga mengaku telah menanam mayat mangsa di belakang sebuah banglo yang dijadikan pusat jagaan orang tua di Subang Jaya.
Pengakuan dibuat di Ampang Jaya.
“Susulan pengakuan itu, polis dari IPD Ampang Jaya telah menahan suspek serta seorang wanita warga India yang merupakan isteri mangsa.
“Hasil soal siasat yang dijalankan, suspek itu telah menunjukkan lokasi pembunuhan serta tempat mayat ditanam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kesemua suspek yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 35 tahun itu, terdiri daripada dua wanita warga tempatan, seorang wanita warga Indonesia dan India serta seorang lelaki warga India.
Pemeriksaan di tempat kejadian telah menemukan satu bungkusan plastik yang dipercayai digunakan untuk membalut tubuh mangsa yang berusia 25 tahun yang dibunuh dengan cara dikelar lehernya.
Susulan penemuan mayat itu, katanya polis menahan tiga lagi wanita bagi membantu siasatan.
Wan Azlan berkata siasatan mendapati motif mangsa dibunuh disebabkan suspek lelaki itu mempunyai hubungan sulit dengan isteri mangsa.
”Mangsa yang berusia 25 tahun dibunuh kejam disembelih dengan pisau dan mayatnya dibungkus dalam plastik hitam sebelum ditanam.
”Setakat ini, senjata pembunuhan dalam kejadian ini (pisau) masih belum ditemui dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” tambahnya.
Mayat dihantar ke Forensik Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan polis masih meneruskan siasatan bagi mencari senjata yang digunakan dalam kes itu.
WOIT
APA SPESIAL
APAM INI
KAH KAH KAH
SAMPAI SANGGUP
BUNUH
KAH KAH KAH
MESTI APAM
KEMUT KETAT
KAH KAH KAH
TAK CAYA TANYA
AL - KETATI
WAL AUDI
KAHALAS
BANJIR MELANDA PULAU PINANG
Pulau Pinang pula dilanda banjir
PULAU Pinang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan dua pusat penempatan sementara (PPS) dibuka melibatkan daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS) susulan hujan lebat lebih dua jam di beberapa kawasan bermula kira-kira 3.30 petang semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri Phee Boon Poh berkata setakat pukul 2 pagi tadi, sebuah PPS dibuka di Dewan Komuniti Kubang Menerong, SPU yang menempatkan 38 orang daripada sembilan keluarga manakala di daerah SPS, 21 orang daripada lapan keluarga dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bakap Indah.
“Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di Pulau Pinang sejak 3.30 petang hingga 6.30 petang semalam menyebabkan puluhan rumah terutama di daerah SPU dan SPS dilanda banjir. Keadaan ini diburukkan lagi dengan air laut pasang besar.
“Kebanyakan rumah dinaiki air hingga paras 0.6 meter, namun beberapa kawasan kembali surut malam tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Kedah dan Sarawak menunjukkan peningkatan manakala bilangan mangsa di Johor dan Sabah mencatatkan penurunan pagi ini berbanding malam tadi.
Di Kedah, pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu Abdul Rahim Khairuddin berkata jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ekoran banjir kilat di Relau, Bandar Baharu meningkat kepada 35 mangsa daripada 11 keluarga pagi ini berbanding 14 mangsa daripada tujuh keluarga, semalam dengan kesemua mereka ditempatkan di satu PPS iaitu SK Relau yang dibuka sejak 7 malam semalam.
“Hujan lebat selama dua jam petang semalam menyebabkan tiga kampung terjejas iaitu Kampung Kilang Batu, Kampung 300 Kaki dan Kampung Tengah. Keadaan cuaca hari ini adalah baik dan banjir mulai surut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Di Sarawak, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir di kawasan Serian meningkat kepada 193 orang pagi ini berbanding 180 orang malam tadi yang ditempatkan di PPS SK St Peter dan Dewan Kamoung MUndai.
BULAN DUA
BANJIR MASIH
MENGANCAM
AMIN
BUDAYA POLIS PENCEN
BUDAYA
POLIS PENCEN
KHALAS
Unknown commented on
"MAIL BRA JADI POLIS PENCEN"
Kah kah kah Bera oh Bera, kalau dah pencen kena buat cara pencen, sama macam Polis Pencen, masa ada pakai seragam tak pandai tangkap, tak pandai buat kerja, selepas pencen nak mengajar orang lain buat kerja, komen sini komen sana, kenapa tak buat masa pakai seragam PM? Kah kah masalah utama orang politik ini satu sahaja, ingat terlalu hebat dikelilingi puak penjilat sampai lupa tengok cermin, lupa diri tengok ada kelayakan atau tidak kah kah kah buat lawak setiap hari dalam media, tak ada sapa layan lagi kalau tak keluar komen itu sahaja, nak terus jadi perhatian tapi jadi bekas jadi mantan orang tak layan amin kah kah kah
LOKMAN ADAM GANTI ZAHID
LOKMAN ADAM
GANTI ZAHID
AMIN
Unknown commented on
gua harap lokman adam bertanding presiden umno... malangnya dia umum cuma nak bertanding ketua pemuda... mmg lobak punya lokman adam... kah kah kah
Unknown commented on
"SAPA GANTI ZAHID
BILA ZAHID MASUK JIL"
Hujan banjir tenggelam timbul penyakit kusta semua tak penting, amat penting lawan jawatan, nak pangkat, nak jadi Munke, kah kah perangai apa begini wahai politik tikus, kah kah kah apa pentingnya jawatan kalau negara muflis, kah kah kah, semuanya hilang nanti, nak jawatan kerajaan tarak, nak munke kementerian hilang, kah kah kah
PROJEK BEBASKAN NAJIB
Hak Najib dapat perbicaraan adil terus dinafikan – Puad
KUALA LUMPUR – Puad Zakarshi mendakwa Najib Nazak terus dinafikan untuk mendapat hak perbicaraan yang adil.
Ia kerana, Najib dianggap musuh politik yang kekal digeruni.
Najib tetap popular walaupun cuba dimalukan sebagai kluster mahkamah yang dipenjarakan.
Oleh itu, masalah masalah Najib paling besar sekarang ini ialah perbicaraan adil, sedangkan beliau bukan minta kesnya digugurkan.
Najib seperti juga Zahid tidak pernah mengemis parti membelanya, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.
”Malangnya ada pula bekas pemimpin UMNO mengemis pembelaan musuh supaya tidak didakwa. Sebab itu mereka sanggup tikam parti dari belakang. Kini ramai konspirator yang menghalang Najib dapat perbicaraan adil terkeluar dari sistem.
”Tun M umpama jatuh ditimpa tangga. Hilang jawatan PM. Hilang kerusi Langkawi. Hilang deposit. Dia mengaibkan dirinya sendiri. Tommy Thomas hilang jawatan Peguam Negara. Kepincangannya semakin terdedah. Dia akan disiasat oleh RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja). Rakyat menunggu RCI Tommy Thomas beroperasi.
”Muhyiddin hilang jawatan PM (perdana menteri). Menunggu masa untuk didakwa. Baru dia tahu peritnya bila akaun parti dibekukan. Scheme of things beliau terjejas. Tiada lagi sedekah politik.
”Gopal Seri Ram sudah meninggal dunia. Dia penyiasat, dia juga pendakwa. Dia operator Mahathir. Apandi Ali bekas AG mendedahkan Gopal jumpa dia atas arahan Tun M. Dia mahu Apandi dakwa Najib.
”Dia sudah atur dengan PDRM dan Majistret untuk reman Najib. Ini adalah konspirasi untuk memusnahkan Najib. Memang sukar Najib dapat perbicaraan adil selagi mereka ini ada,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Tambah Puad, perlantikan Ketua Hakim Negara pula amat kontroversi dan terbaharu dalam kes semakan kehakiman, pasukan pembela Najib membantah perlantikan Datuk Abu Bakar Jais sebagai anggota lima panel Hakim.
Abu Bakar adalah Hakim Mahkamah Rayuan, yang mana Seksyen 74 Akta Mahkamah Kehakiman 1974 menyebut komposisi Hakim Mahkamah Persekutuan mestilah terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan.
Soal beliau, mengapa Abu Bakar dilantik sedangkan masih ada Hakim Mahkamah Persekutuan yang layak menjadi panel semakan tersebut.
”Betullah kata Shafie,Peguam Najib: “kadangkala jadi VIP politik tidak bagus ketika tidak ada kuasa. Orang akan terus menerus memijak kepala anda”
”Ini yang berlaku kepada Najib. Dia berterusan dinafikan hak asasi perbicaraan adil. Dia ancaman kepada musuh politik terdahulu dan saki bakinya yang masih menguasai sistem negara,” ujar beliau. –
WOIT
INI PROJEK
NAK BEBASKAN
PENCURI
AMIN
MALAON INI BERI
PADA PMX
AMIN
TUDUH HAKIM
TIDAK TELUS
AMIN
BICARA TAK
BETUL
AMIN
NAJIB TAK
DIBERI KEADILAN
AMIN
PMX AKAN DITEKAN
KERNA PMX
PERLU ZAHID
UNTUK JADI
PM
AMIN
KITA LIHAT
APAKAH PROJEK
INI BERJAYA
AMIN
KHALAS
MAIL BRA JADI POLIS PENCEN
Jangan ambil tugas RoS, kata Ismail Sabri kepada Ahmad Maslan
SETIAUSAHA Agung Umno Ahmad Maslan tidak harus mengambil kuasa pendaftar pertubuhan apabila berkata Umno tidak melanggar perlembagaan atau peraturan mesyuarat pada perhimpunan agungnya baru-baru ini, kata Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob.
Katanya, isu itu – yang diadukan oleh ahli Umno yang mempertikaikan keputusan Perhimpunan Agung Umno 2022 pada 14 Januari menetapkan tiada pemilihan bagi jawaan presiden dan timbalannya – masih disiasat oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
“Jangan mengambil bidang kuasa RoS, kerana jabatan itu baru saja menjawab surat dua pihak yang mengadu perkara itu.
“Saya difahamkan RoS sudah menjawab aduan dua pengadu itu yang mereka sudah menerima aduan itu dan RoS sedang menyiasat, jadi Ahmad Maslan tidak boleh kata begitu.
“Biarkan dulu RoS menyiasat,” katanya, seperti dipetik BH Online.
Semalam, Ahmad dalam satu hantaran di Facebook memberikan bayangan RoS sudah membuat keputusan terhadap aduan yang dikemukakan kepada oleh sekurang-kurangnya dua ahli Umno.
“Tiada pelanggaran Perlembagaan Umno atau Peraturan Mesyuarat ketika Perhimpunan Agung 2022.
“Semua berjalan dengan teratur. Sekitar 90% perwakilan setuju dengan usul tiada pertandingan presiden dan timbalan. Sudah banyak kali dalam sejarah 77 tahun umur Umno jawatan itu tidak dipertanding,” tulisnya.
Menurut Ismail Sabri, Ahmad tidak boleh membuat kenyataan seperti itu.
Seorang ahli Umno yang membuat aduan itu, Aizat Fikri Mohd Nasir, semalam menyifatkan kenyataan Ahmad pramatang.
“Saya berharap Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan tidak mendahului pihak RoS dalam membuat keputusan dan tidak mencampuri siasatan yang sedang dijalankan RoS,” katanya dalam satu kenyataan.
Ahli Umno Kuala Nerus itu mengesahkan beliau menerima surat maklum balas dari RoS yang mengatakan mereka sedang menyemak dan menyiasat aduannya. Surat itu bertarikh 26 Januari, katanya.
“Saya percaya RoS akan menjalankan siasatan yang eksplisit dengan memanggil perwakilan-perwakilan yang berada di Dewan Merdeka termasuklah Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno bagi mendapatkan gambaran yang jelas dan adil,” katanya.
Umno dijadual mengadakan pemilihan parti pada 18 Mac ini. – 4 Februari, 2023.
WOIT
SEKARANG
BARU BERANI
BERSUARA
KAH KAH KAH
MAIL BERA
DAH JADI
POLIS PENCEN
KAH KAH KAH
MASA ADA KUASA
SENYAP DIAM
KAH KAH KAH
DAH PENCEN
BARU NAK CAKAP
HAL RASUAH
KLIM KENAL
TOWKAY JUDI
TOWKAY LENDIR
TOKAN DADAH
KAH KAH KAH
MAIL BERA
MASA PM
DI KELILINGI
OLEH KANG KONG
DAN MAT BEBAL
MAKA IKUT
BEBAL SEKALI
KHALAS
BOLEH KAH SPRM SIASAT AZAM BAKI ?
SPRM belum panggil pemimpin PAS kes sedekah, kata Tuan Ibrahim
AGENSI antirasuah setakat ini masih belum memanggil mana-mana pemimpin PAS untuk siasatan kes merasuah pengundi, kata timbalan presiden parti Islam itu Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim mengesahkan perkara itu kepada The Malaysian Insight selepas agensi itu dilaporkan menyiasat kira-kira 90 individu yang didakwa menerima tunai untuk mengundi PAS di Terengganu.
“Setakat ini tiada lagi pemimpin PAS yang dipanggil SPRM,” katanya ringkas.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis dilaporkan mengenal pasti 90 individu yang menerima wang tunai daripada PAS sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Tindakan itu dijalankan hasil siasatan ke atas video tular yang didakwa menunjukkan orang ramai menerima bayaran untuk mengundi.
SPRM dilaporkan berjaya mengesan penerima wang tunai tersebut berdasarkan dokumen yang dirampas semasa siasatan kes itu.
Ia termasuk dokumen yang perlu ditandatangani oleh penerima apabila ingin mengambil wang, selain perlu mengangkat sumpah.
SPRM menjangka menyelesaikan siasatan kes tersebut yang didakwa berlaku di sebuah daerah di Terengganu itu dalam masa kira-kira dua minggu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki pada minggu lalu mengumumkan badan itu membuka siasatan selepas menerima aduan dan bahan bukti berupa rakaman video.
PAS juga kini ditekan dengan petisyen difailkan Umno Terengganu untuk membatalkan keputusan PRU15 di tiga kawasan yang turut berkait dengan dakwaan pemberian rasuah kepada pengundi.
Petisyen itu difailkan calon Barisan Nasional (BN) yang kalah di kawasan yang ditandingi – Jasmira Othman (Marang), Mohd Zubir Embong (Kuala Terengganu) dan Ahmad Said (Kemaman).
Ahmad yang juga pengerusi Umno Terengganu mendakwa terdapat bukti jelas daripada saksi bahawa mereka menerima wang untuk mengundi PAS.
Tiga petisyen itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Januari lepas sementara keputusan pembatalan petisyen yang dibuat Perikatan Nasional (PN) pula akan didengar pada Februari ini.
Pada Januari, Presiden PAS Abdul Hadi Awang menafikan pemberian wang tersebut sebagai rasuah dan menyalahi peraturan, dan menyifatkannya sebagai sedekah kepada pengundi oleh orang awam.
Semalam naib presiden PAS yang juga Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar berkata parti Islam itu sedia memberi kerjasama kepada SPRM.
PAS melalui gabungan PN berjaya menyapu bersih kerusi Parlimen di Terengganu, Kelantan dan Perlis dalam PRU15.
SPRM mengesahkan siasatan dijalankan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.
Tindakan itu diambil selepas Bersatu mendedahkan penyata akaunnya yang antara lain menyatakan parti itu mengaut pendapatan tahunan berjumlah lebih RM147 juta.
Akaun tahunan bagi tahun 2020 dan 2021 itu didedahkan Marzuki Mohamad, yang merupakan bekas ketua setiausaha sulit kepada perdana menteri kelapan Muhyiddin Yassin.
Isu mengenai sumber kewangan Bersatu dan PN dibangkitkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sewaktu kempen PRU15.
Anwar antara lain mendakwa ratusan bilion dari dana Pakej Rangsangan Ekonomi diselewengkan oleh kerajaan pimpinan PN.
Dakwaan itu dinafikan Muhyiddin yang merupakan pengerusi PN. – 4 Februari 2023.
RAMAI BERTANYA
APA JADI DENGAN
KES AZAM BAKI
AMIN
SPRM SIASAT
ATAU TIDAK
AMIN
SPRM TANYA
APA SUMBER
DANA BERSATU
AMIN
RAKYAT TANYA
APA SUMBER
DANA AZAM BAKI
KHALAS
HANG NADOM ?
HANG NADIM ?
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"KHAIRY TUTUP KEDAI"
hang nadim ke hang parpu ? kah kah kah
SEDEKAH TOK ARAB
SEDEKAH
TOK ARAB
KAH KAH KAH
KHALAS
Unknown commented on
"DUIT GUGUR DARI MANA ?"
Tanya Pak Arab mana donation??? Mesti donations mesti sedekah bukan senang nak dapat berjuta juta beb kah kah kah, selalunya orang sedekah sehinggit Dua, tak pernah sampai 10 hinggit pun, lain lah kalau Jutawan, tapi Jutawan lagi kedekut dari orang biasa, ini lumrah dunia, kah kah kah apa pun nanti ada jawapan ada balas, mesti ada mana ada duit jatuh masuk macam ke akaun Najiba, kah kah kata tak tahu siapa masuk tapi pandai belanja pulak, semua belajar Dari Bossku Amin kah kah kah
SELAMAT MENYAMBUT TAIPUSAM
THAIPUSAM
SABTU 4/2/2023
ESOK AHAD HARI THAIPUSAM
BAYAR NIAT BAWA KAVADI
WEIL WEIL WEIL
PETANG KELMARIN
ACHI DEPAN FLET GUA
NYALAKAN API
DAN BAKAR SETANGGI
UNTUK SAMBUT
THAIPUSAM
WOW
WANGI MASUK
KE FLET GUA
AMIN
KELMARIN GUA
DI PASAR CHOW KIT
BAWANG MASIH 5RM SEKILO
BAWANG PUTIH MASIH 5RM UNTUK 5 BIJI
KAROT DARI AUSTRALIA 11RM SEKILO
KAROT DARI VIETNAM 3RM
PETAI GILA MAHAL
2RM SEPAPAN
BEET ROOT DARI VIETNAM
10RM SEKILO
IKAN NAIK HARGA
TONGKOL DULU
7RM SEKILO
SEKARANG 12RM
KERANG 12RM SEKILO
MAHAL MAHAL MAHAL
GUA BELI 1/2KG UDANG
17RM UNTUK BUAT
UNDANG GORENG TEPUNG
AMIN
AMERIKA
BLINKEN SETIA USAHA
NEGARA AMERIKA
BATAL LAWATAN KE CHINA
KERANA SATU BELON RISIK
DARI CHINA MERAH
MASUK KE RUANG UDARA AMERIKA
NAK TEMBAK
TAKUT JATUH KE BUMI
BAWA BAHAYA
CHINA MINTA MAAF
KATA BELON INI
DITIUP ANGIN
KAH KAH KAH
AMIN
CHILE
PANAS PANAS PANAS
HUTAN TERBAKAR
CANADA
SEJUK SEJUK SEJUK
JALAN JADI BEKU
AMIN
HOKKIEN
PAGI INI SEGAR KERING
LANGIT AGAK MENDUNG
AWAN KELABU SEDANG BERKUMPUL
MATA HARI TAK KELIHATAN
HA HA HA
HOW WOW
BERTENGEK DI ATAS POKOK MENGKUDU
GUA PERHATI TAK NAMPAK
SUARA CUKUP KUAT
LAGI LANTANG
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM
MERAYAKAN HUJUNG MINGGU
BRO
BELAKANG PARANG
KALAU DIASAH AKAN
TAJAM JUGA
BRO
BERAT SAMA DI PIKUL
RINGAN SAMA DI JINJING
KE BUKIT SAMA DI DAKI
KE LURAH SAMA DI TURUNI
HATI GAJAH SAMA DILAPAH
HATI KUMAN SAMA DI CECAH
BRO
BERAKIT RAKIT KE HULU
BERENANG RENANG KE TEPIAN
BERSAKIT SAKIT DULU
BERSENANG SENANG KEMUDIAN
BRO
KITA WAJIB DUDUK
SAMA RENDAH
BERDIRI SAMA TINGGI
BRO
KADANG KADANG
KEBENARAN MENJADIKAN
KITA TERPERANJAT
BRO
PEKARA YANG AMAT BURUK
PADA LU BILA LU
DI NAFIKAN KEBENARAN
BRO
LU DISITU
GUA DISINI
INI ADALAH KEBENARAN
BRO
KEBEBASAN ADALAH
APA YANG KITA LAKUKAN
DAN
APA YANG TELAH DILAKUKAN
KEPADA KITA
BRO
LU PUNYA PENILAIAN
AKAN MENGHAKIMI LU
DAN
AKAN MENDIFINASIKAN DIRI LU
AMIN
SELAMAT MENUNGGU
HARI THAIPUSAM