Rabu, 1 Februari 2023

SAPA GANTI ZAHID BILA ZAHID MASUK JIL


Jawatan naib presiden Umno jadi rebutan, menurut laporan

SEKURANG-KURANGNYA tujuh calon dijangka mencabar tiga jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti akan datang, menurut laporan New Straits Times hari ini.

Selain penyandangnya Mohamed Khaled Nordin, yang akan bertanding jawatan itu termasuk ahli majlis tertinggi Zambry Abdul Kadir, Azalina Othman Said, Johari Abdul Ghani dan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Bekas menteri besar Johor Hasni Mohammad dan Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin juga dikatakan akan bertanding merebut jawatan itu.

Laporan itu juga mengatakan dua lagi penyandang Ismail Sabri Yaakob dan Mahdzir Khalid menyatakan hasrat untuk mempertahankan jawatan mereka.

Pemilihan Umno dijangka diadakan pada 18 Mac. Parti itu juga memutuskan tidak akan ada cabaran untuk jawatan presiden dan timbalan presiden.

Ini bermakna Ahmad Zahid Hamidi dan Mohammad Hassan mengekalkan jawatan tersebut untuk penggal akan datang.

Johari dalam pada itu disifatkan sebagai calon ‘bidan terjun’ yang mendapat sokongan padu dalam parti terutama selepas memenangi kerusi Parlimen Titiwangsa pada pilihan raya umum lalu.

“Zambry, Azalina dan Asyraf adalah satu-satunya calon pro presiden dalam parti. Khaled dijangka dapat mempertahankan jawatannya dengan jayanya memandangkan hubungan baiknya dengan pemimpin dan penyokong parti.

“Johari rapat dengan presiden parti. Beliau antara pemimpin yang Zahid akan ambil nasihat. Lebih penting, Johari teliti dalam meraih sokongan di lapangan.

“Beliau memberitahu penyokongnya bahawa perubahan (ke arah kebaikan) akan berlaku dalam Umno dan beliau sedang bersiap sedia untuk itu,” kata sumber yang dipetik sebagai berkata. – 1 Februari, 2023.

WOIT

SAPA BANYAK

DUIT AKAN

MENANG

KAH KAH KAH

SAPA MENANG

AKAN GANTI

ZAHID BILA

ZAHID MASUK JIL

AMIN

REBUT LAWAN

JANGAN TAK

BERGOCOH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hujan banjir tenggelam timbul penyakit kusta semua tak penting, amat penting lawan jawatan, nak pangkat, nak jadi Munke, kah kah perangai apa begini wahai politik tikus, kah kah kah apa pentingnya jawatan kalau negara muflis, kah kah kah, semuanya hilang nanti, nak jawatan kerajaan tarak, nak munke kementerian hilang, kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

gua harap lokman adam bertanding presiden umno... malangnya dia umum cuma nak bertanding ketua pemuda... mmg lobak punya lokman adam... kah kah kah