Selasa, 14 Februari 2023
SELAMATKAN NEGARA - MASUKKAN KLUSTER MAHKAMAH KE DALAM PENJARA
Akar umbi sudah muak pemimpin kayangan UMNO – Dendera Billah
KUALA LUMPUR – Akar umbi UMNO didakwa sudah muak dengan kumpulan kayangan yang wujud dalam kalangan kepimpinan bahagian dan cawangan parti itu.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Mohd Dendera Billah Zamzuri berkata, sifat itu kini dirasai rakyat hingga menyebabkan parti itu terus berdepan dengan defisit kepercayaan pengundi.
“Kegagalan UMNO dan Barisan Nasional (BN) PRU15 lepas bukan hanya kerana drama pergaduhan dalaman yang ditayangkan kepada umum.
“Bahkan ia disebabkan oleh wujudnya sifat elitis dalam kalangan pemimpin cawangan dan bahagian (UMNO),” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Bagaimanapun Mohd Dendera Billah berkata, akar umbi UMNO diingatkan perlu kembali menjuarai permasalahan rakyat selepas diberi peluang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.
“UMNO ketika ini berpeluang untuk meningkatkan keupayaannya bagi menjadi teraju utama dalam memperjuangkan isu-isu asas rakyat.
“Untuk menambat semula hati rakyat, UMNO harus kembali kepada fungsi asal iaitu menjadi tempat mengadu rakyat dan berupaya menyelesaikan setiap permasalahan mereka,” katanya lagi.
Tambahnya, perkara itu tidak boleh dicapai sekiranya akar umbi UMNO terus berpecah-belah dan terus bermain dengan pelbagai sentimen.
“Hal ini tidak akan dapat dicapai sekiranya ahli-ahli UMNO sendiri tidak bersatu padu dalam mengendalikan hal-hal dalaman parti ini,” jelasnya.
Dalam pada itu, UMNO perlu menggunakan peluang kedua dalam Kerajaan Perpaduan untuk melakukan muhasabah diri dan menilai langkah-langkah pembaharuan bagi memastikan parti itu tidak lagi ditolak rakyat.
“Kita perlu giat memperjuangkan isu rakyat dan memberi tumpuan kepada kebajikan ahli UMNO terutamanya golongan B40 yang masih lagi setia dengan perjuangan parti ini.
“Kita perlu memulakan langkah rekonsiliasi dengan niat yang ikhlas iaitu perjuangan UMNO perlu berlandaskan kepentingan rakyat,” katanya lagi.
SELAGI KLUSTER
MAHKAMAH
BELUM MASUK JIL
SELAGI ITU
GEROMBOLAN
AKAN DITOLAK
AMIN
CARA TERBAIK
UNTUK SELAMATKAN
GEROMBOLAN
IALAH SIMPAN
SEMUA KLUSTER
MAHKAMAH
KE DALAM JIL
KHALAS
BUAT KERJA YANG SAMA
Saya ada bukti kerajaan guna kuasa ‘tutup mulut’ pengkritiknya – Wan Saiful
KUALA LUMPUR – Pembangkang sukar mempercayai kenyataan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bahawa kerajaan tidak akan meminta mana-mana penyedia platform media sosial untuk menyekat akaun penggunanya.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan mempunyai bukti yang kerajaan menggunakan kuasa untuk ‘menutup mulut’ pengkritiknya di media sosial.
Katanya, terdapat aktivis media sosial menerima notis daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk disiasat pada 19 Januari lalu dan notis yang meminta kata laluan bagi telefon pintar dan media sosial.
Beliau turut mendakwa terdapat seorang ahli Parlimen yang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kandungan yang dikongsi di media sosial.
“Saya sukar nak percaya jawapan menteri. Saya ada bukti kerajaan PH-BN ini menggunakan kuasa dan agensi bukan nak jaga rakyat tetapi diri sendiri dan kerajaan sendiri
“Ada notis diberikan kepada aktivis media sosial yang memihak Perikatan Nasional,” kata Wan Saiful dalam sidang media di lobi Parlimen.
Dakwaan yang sama dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.
“Terbaharu satu notis yang dikeluarkan terhadap Mohd. Hanif yang diminta untuk hadir oleh SKMM hari ini pada 1.30 di Bandar Hilir.
“Ini merupakan satu tindakan yang saya kira usaha untuk menyekat kebebasan terhadap anak-anak muda.
“Saya ingin bertanya kepada kerajaan, adakah mereka sedang menyekat kebebasan bersuara terhadap anak muda yang telah diperjuangkan oleh PH sendiri dalam manifesto mereka?” soalnya.
Terdahulu, Fahmi hari ini memberitahu Dewan Rakyat yang kerajaan tidak akan meminta mana-mana penyedia platform media sosial untuk menyekat akaun penggunanya.
Sebaliknya perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk platform media sosial membawa kepada sekatan ke atas kandungan tertentu bukannya pemilik akaun secara individu.
Fahmi juga berkata, sebanyak 197 kandungan – termasuk 101 di TikTok – telah diturunkan dari platform media sosial sepanjang bulan lalu.-
WOIT
SEKARANG
HANG BARU
SEDAR
AMIN
DULU HANG
BUAT KERJA
YANG SAMA
AMIN
SEKARANG HANG
RASA MACAM
MANA DULU
RAMAI KENA TUTUP
LAWAN ABAH
AMIN
KALAU TAK BUAT
KERAJAN DILIHAT
BODOH
AMIN
PADAN MUKA
SEKARANG ZAMAN
HANG KENA TIBAI
KAH KAH KAH
KHALAS
DUIT SEDEKAH
NAJIB DAPAT
DUIT SEDEKAH
DARI ARAB
AMIN
MUHYIDIN SAPA
SEDEKAH
AMIN
Unknown commented on
"PUNCA DANA
BERSATU DISIASAT"
Mungkin penderma politik ikhlas bagi sedekah kpd Bersatu tanpa dijanjikan sebarang balasan projek sebagai imbuhan krn menghargai kepimpinan mahiaddin mcm putera Arab bg kat bossku dulu?
SABOTAJ PAKATAN
SAMI
SABOTAJ PAKATAN
KHALAS
Unknown commented on
"MENGENAL AUTA KEEELING"
Sami ini bagi bola tanggung kepada pembangkang, semua taji kiri kanan, lagi senang hasut orang Melayu, Sami ini buat kacau kerajaan perpaduan sekarang, orang macam ini senang saja, pecat lucut tamatkan segala jawatan, kah kah padan muka, jangan nak layan, Sami ini pun bukan popular di Pulau Pinang pun, nasib baik saja, selamat kan negara lagi penting dari selamatkan Sami ini kah kah kah, sokong pecat tapi biar adil, jangan macam dapat kacang bagi penonton bola, senang kunyah senang tembak kaki sendiri, kah kah kah
MELAYU MALAS
Hina Islam: Lucutkan kewarganegaraan Guang Yik
JASIN – Pemuda UMNO Bahagian Jasin menggesa kerajaan segera melucutkan kewarganegaraan bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik yang secara terbuka menghina kesucian agama Islam dan orang-orang Melayu di negara ini.
Ketuanya Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, keharmonian rakyat yang hidup dalam kepelbagaian kepercayaan agama dan budaya untuk sekian lama akan binasa sekiranya petualang sepertinya terlepas tanpa sebarangan hukuman yang tidak cukup sekadar memohon maaf.
Menurutnya, tindakan atlet itu menghina kesucian agama Islam dan kaum Melayu di negara ini adalah sangat biadap, melampaui batas dan terlalu sukar untuk dimaafkan.
“Kenyataan sebegini bukan sahaja mengguris hati dan perasaan tetapi mampu membawa kepada permulaan ketegangan kaum yang jika tidak dihentikan segera, mampu mengakibatkan malapetaka yang kita semua tidak inginkan.
“Pemuda UMNO Bahagian Jasin mengutuk keras hal ini dan mendesak kerajaan melucutkan hak kerakyatan Guang Yik dengan segera untuk memastikan kedaulatan agama Islam dan kehormatan bangsa Melayu tidak sewenangnya dicabul oleh sesiapa pada bila-bila masa,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata demikian ketika ditemui media selepas membuat laporan polis terhadap perbuatan Guang Yik itu di Balai Polis Merlimau di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut Dr Akmal berkata, sebagai seorang atlet yang pernah mewakili negara, dia sudah pastinya sedar hal berkaitan agama Islam dan bangsa Melayu bukanlah sesuatu yang boleh dipertikaikan apatah lagi menjadi bahan cacian walau apapun alasannya.
“Hal-hal ini menjadi ilmu asas bagi seluruh warganegara kerana ianya bukan sahaja termaktub di dalam Perlembagaan serta Rukun Negara, tetapi telah diajar sejak bangku sekolah lagi.
“Tidak cukup hanya dengan peringatan dan permohonan maaf, perlaksanaan hukuman perlu segera dilaksanakan untuk dijadikan iktibar serta tauladan kepada mereka yang cuba mencabar kedaulatan serta kesabaran umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini,” katanya.
Beliau turut memberikan contoh apakah tindakan diambil dalam isu hampir sama terhadap pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn yang digantung daripada menyertai mana-mana aksi antarabangsa, termasuk temasya Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini.
Ia selepas Hanis didapati bersalah kerana memuat naik ciapan di Twitter yang berbaur perkauman berhubung konsert artis dan komposer dari India, AR Rahman pada 28 Januari lalu.
“Jadi jika dengan satu muat naik ‘nakal’ di media sosial oleh seorang atlet kita baru-baru ini menyebabkan beliau telah digantung dari menyertai skuad negara, maka apa yang telah dilakukan oleh Guang Yik perlu dihukum dengan hukuman yang lebih berat.
“Walaupun pernah diberikan peluang menyumbang bakti kepada negara, jasa Guang Yik langsung tidak setanding dengan tingkah peribadinya,” tegasnya.
Sebelum itu, tular di media sosial video Guang Yik yang mendakwa pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) adalah teruk disebabkan diuruskan oleh kaum Melayu yang dianggapnya sebagai pemalas.
Beliau yang bercakap dalam bahasa Cina turut mendakwa, sembahyang yang dilakukan oleh umat Islam selama lima kali sehari menunjukkan kaum itu tidak mempunyai niat untuk menguruskan BAM.
WOIT
MELAYU MALAS
BUKAN PEKARA
BARU
AMIN
TAK CAYA
TANYA HADI WENG
BERAPA KALI
HADI HADIR
KE PARLIMEN
KHALAS
PERANGAI
PENGANUT ISLAM
NI PUN BUKAN
BETUL
LU TAK CAYA
LU TANYA TUAN HAJI
MOKHTAR SENIK
AMIN
KALAU LU
KURANG YAKIN
LU TENGOK
PERANGAI ANAK
RAJA ARAB
AMIN
KAKI RASUAH
PUN BANYAK MELAYU
AMIN
HAJI HADI KATA
TERIMA RASUAH
ADALAH TERIMA
SEDEKAH
AMIN
KENAPA TAK
TARIK KERAKYATAN
HADI YG HINA
MELAYU ISLAM
KHALAS
APA MAKNA SERBUAN INI ?
5 'doktor' antara 12 ditahan proses, edar dadah
LIMA ‘doktor’ antara 12 yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan memproses dan mengedar dadah di pusat hiburan sekitar ibu negara baru-baru ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim berkata suspek terdiri yang daripada 10 lelaki tempatan, seorang wanita tempatan serta seorang wanita warga asing ditahan sekitar Lembah Klang oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur dan Bukit Aman menerusi tiga operasi dari 7 hingga 9 Februari lepas.
Beliau berkata ‘doktor’ terbabit bertanggungjawab mencampurkan serbuk dan cecair dadah jenis ketamin ke dalam minuman sebelum ahli sindiket yang lain mengedarkannya ke pusat-pusat hiburan di ibu negara pada harga RM300 sebotol.
“Dalam operasi pertama (yang diberi nama) `Devon Rex,’ polis menahan enam lelaki tempatan berusia 22 hingga 39 tahun dan merampas 21 kilogram (kg) dadah ketamin dianggarkan berjumlah RM1.2 juta dan 2kg syabu bernilai RM72,000,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
“Susulan penahanan itu, polis menjalankan operasi kedua iaitu ‘Breadnut’ pada 8 Februari lepas dan menahan lima ‘doktor’ iaitu tiga lelaki tempatan, seorang wanita tempatan dan seorang wanita warga asing berusia 24 hingga 34 tahun.
“Hasil serbuan itu polis merampas pelbagai jenis dadah dan rokok mengandungi cendawan sintetik dengan kesemuanya dianggarkan bernilai RM340,000,” katanya
Azmi berkata ia seterusnya membawa polis kepada operasi ketiga ‘Catclaw’ yang menyaksikan rampasan dadah jenis ketamin seberat satu kilogram bernilai RM55,000 dan menahan seorang lagi suspek iaitu seorang lelaki tempatan berumur 37 tahun.
Beliau berkata ketiga-tiga sindiket yang aktif sejak enam bulan lepas itu menjalankan aktiviti pengedaran dadah secara berasingan namun percaya mereka saling berkaitan.
“Kebanyakan pengguna kenal ‘doktor’ masing-masing mengikut keperluan mereka. Doktor ini kononnya ada resepi tersendiri. Mereka akan beli dadah berkenaan di premis hiburan dan polis percaya selepas ini, ia mungkin boleh dibeli di luar premis hiburan pula.
“Keseluruhannya, polis telah merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM2.1 juta yang dipercayai boleh digunakan oleh 253,000 penagih,” katanya.
Azmi berkata 11 daripada individu ditahan memiliki rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – Bernama, 13 Februari, 2023.
SERBUAN INI
ADA MAKNA
AMIN
PERTAMA POLIS
JALANKAN TUGAS
MIN
KEDUA
ADA PERLALIHAN
ADA KERAJAAN
ADA BOS BARU
AMIN
DARI HAMZAH
KE SAIFUDIN
KHALAS
MULUT CELUPAR
Kenyataan Ramasamy boleh jejaskan Pakatan dalam pilihan raya Pulau Pinang
KENYATAAN Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy berkaitan sektor awam dikhuatiri menjejaskan sokongan pengundi khususnya orang Melayu kepada Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata pemimpin muda PH dan juga Umno yang kini bekerjasama dengan gabungan itu.
Mereka menggesa pimpinan PH dan juga DAP khususnya untuk mengambil tindakan ke atas Ramasamy sebagai satu peringatan.
Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang Amir H Ghazali berkata sekiranya kenyataan Ramasamy itu tidak dikenakan tindakan, sokongan pengundi terutamanya dalam kalangan anak muda kepada PH akan terjejas.
“Sekiranya kita biarkan isu ini tergantung tanpa tindakan terhadap Ramasamy, dikhuatiri ia membantu mengurangkan sokongan kepada PH, terutamanya daripada pengundi muda.
“Jadi perlu ditangani secara dalaman, secara keluarga PH,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Amir yang juga timbalan ketua cabang PKR Permatang Pauh berkata, sebagai rakan komponen PH mereka sudah sekian lama makan hati dengan Ramasamy khususnya PKR Pulau Pinang.
Ini berikutan kenyataan beliau seringkali menyentuh isu melibatkan perkauman.
“Kita tak puas hati lama dah, sebelum ini banyak yang tidak senang dengan kenyataan Ramasamy, dia seolah-olah sendirian dalam menyatakan pendirian, sedangkan dia pimpinan kanan.
“Tidak sepatutnya (keluar kenyataan berunsur perkauman), dia juga profesor… sepatutnya bijak tangani politik kaum ini,” katanya.
Dalam satu tulisan minggu lalu, Ramasamy menggesa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim melakukan reformasi sektor perkhidmatan supaya tidak dikuasai oleh hanya satu kaum iaitu Melayu.
Beliau mahu rombakan dalam perkhidmatan awam mencerminkan komposisi etnik di Malaysia yang pelbagai kaum.
Dalam respon balasnya Anwar berkata, kerajaan bagaimanapun tidak akan mempertimbangkan cadangan supaya reformasi dilakukan untuk mengurangkan dominasi orang Melayu dalam sektor perkhidmatan awam.
Menurut Amir PKR Pulau Pinang mengusulkan DAP segera mengambil tindakan terhadap Ramasamy kerana beliau “tidak pandai menguruskan isu kaum” di negeri itu.
“Kita sebagai rakan PH, kita usulkan pimpinan DAP kebangsaan dan negeri ambil tindakan sewajarnya secara dalaman kerana isu yang dia selalu ungkapkan bukan dasar PH.
“Ramasamy tidak mewakili pendirian PH. Pengundi baru akan melihat sebagai satu persoalan adakah ini polisi DAP… sebagai rakan (DAP) perlu ambil tindakan tegas,” katanya lagi.
Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Tasek Gelugor, Muhammad Yusuf Abdul Ghani juga bimbang kenyataan yang dibuat oleh Ramasamy akan semakin menjauhkan pengundi Melayu daripada Umno yang kini sebahagian daripada kerajaan perpaduan.
Beliau khuatir pengundi Melayu di Pulau Pinang akan beralih arah kepada parti Melayu lain pada pilihan raya negeri tidak lama lagi sekiranya tiada tindakan diambil terhadap kenyataan Ramasamy itu.
“Kenyataan macam ini akan beri kesan langsung kepada Umno kerana Umno duduk bersama dalam kerajaan perpaduan,” katanya ketika dihubungi.
Yusuf menjelaskan pemimpin Umno perlu tampil menangkis kenyataan Ramasamy untuk menegaskan parti itu masih kekal dengan prinsip mempertahan hak Melayu dan Islam walaupun ia kini sebahagian daripada kerajaan bersama PH.
“Saya harap ada pimpinan Umno berani tampil kemuka kenyataan balas. Kita tidak pernah lari daripada perjuangan, kita sentiasa bangkitkan dalam perjuangan kita. Tetapi hanya Melayu dalam lingkungan Umno sahaja yang tahu, mereka di luar tidak tahu.
“Jadi, sedikit sebanyak orang Melayu bukan ahli Umno akan rasa Umno sudah lari daripada perjuangannya. Kita takkan nak biarkan sahaja, kerana sudah tentu akan beri kesan kepada Umno,” tambahnya.
Dalam penjelasannya, Ramasamy berkata kenyataannya adalah pendirian peribadi dan mendakwa diputarbelitkan oleh media.
Kenyataan Ramasamy bukan sahaja membangkitkan kemarahan parti lawan tetapi juga rakan komponen PH.
Pemimpin Amanah, Mohd Sany Hamzan menggesa Ramasamy dipecat daripada jawatan ketua menteri Pulau Pinang atas kenyataan yang disifatkannya menyusahkan PH.
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata DAP akan menggunakan saluran dalaman parti untuk menangani pelbagai pandangan terhadap kenyataan Ramasamy.
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) turut tampil membantah Ramasamy, mengatakan tiada sebarang kuota ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi pengambilan ke perkhidmatan awam. – 14 Februari, 2023.