Jumaat, 17 Februari 2023
DIMANA NAJIB ?
Tarikh rayuan kes bunuh Kevin Morais 3 Mac ini dilapangkan
TARIKH pendengaran kes rayuan enam lelaki yang dihukum hati selepas disabitkan kesalahan membunuh timbalan pendakwa raya Anthony Kevin Morais yang dijadualkan pada 3 Mac ini dilapangkan.
Jasmine Cheong, peguam mewakili bekas pakar patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran, 59, ketika dihubungi hari ini mengesahkan Mahkamah Rayuan melapangkan tarikh pendengaran rayuan tersebut semasa pengurusan kes pada 16 Januari lalu.
Beliau berkata ini berikutan dua perayu, R Dinishwaran, 30, dan S Ravi Chandarasn, 51, masing-masing belum memfailkan petisyen rayuan.
Cheong, berkata Dinishwaran telah melantik peguam baharu yang memerlukan masa untuk meneliti rekod rayuan dan memfailkan petisyen rayuan manakala Ravi Chandaran sedang dalam proses memfailkan petisyen rayuan.
Katanya, mahkamah menetapkan 11 April ini untuk pengurusan kes rayuan tersebut.
Pada 10 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman mati terhadap Dr Kunaseegaran,59, pemberi pinjaman wang Ravi Chandaran dan empat penganggur; Dinishwaran, A K Thinesh Kumar, 29, M Vishwanath, 32, serta S Nimalan, 29; selepas didapati bersalah membunuh Morias yang mayatnya ditemui disimen dalam tong dram, tujuh tahun lalu.
Mereka didakwa membunuh Morais, 55, di satu lokasi di sepanjang Jalan Dutamas Raya Sentul dan No 1, Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya antara 7 pagi hingga 8 malam pada 4 September 2015 .
Mendiang dilaporkan hilang pada 4 September 2015 dan kali terakhir dilihat meninggalkan kondominium di Menara Duta, Kuala Lumpur, untuk ke pejabatnya di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana.
Mayatnya ditemukan dalam tong dram yang diisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, pada 16 September 2015. – Bernama, 17 Februari 2023.
HANYA SATU
SOALAN
AMIN
DIA MANA
NAJIB NAZAK
KHALAS
SERANG TALIBAN
Mahkamah arah bicara petisyen pilihan raya kerusi Kuala Terengganu
MAHKAMAH Pilihan Raya menetapkan perbicaraan penuh bagi petisyen Parlimen Kuala Terengganu berlangsung selama 20 hari bermula April sehingga Jun, menurut biro perundangan PAS.
Seorang setiausaha biro itu Ahmad Lutfi Awang berkata hakim menolak bantahan awal ahli Parlimen Amzad Hashim bagi membatalkan petisyen ke atas keputusan PRU15 bagi kerusi itu.
Katanya, menolak kesemua alasan bantahan awal yang dikemukakan Amzad tanpa sebarang perintah kos perundangan.
Justeru, Hakim Mohd Firruz Jaffril juga menetapkan perbicaraan penuh bagi petisyen Parlimen Kuala Terengganu dilangsungkan, katanya.
Beliau berkata keputusan itu dibacakan oleh hakim melalui sesi aplikasi dalam talian Zoom pagi ini.
Petisyen tersebut difailkan Umno Terengganu pada 3 Januari bagi membatalkan kemenangan PAS di Kuala Terengganu dan juga dua lagi kerusi – Marang dan Kemaman.
Petisyen difailkan oleh calon masing-masing iaitu Jasmira Othman (Marang), Mohd Zubir Embong (Kuala Terengganu) dan Ahmad Said (Kemaman).
Ahmad yang juga pengerusi Umno Terengganu mendakwa ada “bukti jelas” oleh saksi yang mendakwa menerima wang daripada PAS yang memancing undi di tiga kawasan itu.
Bagi kerusi Marang, mahkamah pada Ahad lalu menolak bantahan awal penyandang kerusi itu Abdul Hadi Awang terhadap petisyen tersebut.
Abdul Hadi yang juga presiden PAS diarah membayar kos RM20,000 kepada pempetisyen.
Bagi kerusi Kemaman, hakim menolak petisyen dan mengekalkan keputusan yang memihak ahli Che Alias Hamid dari PAS. – 17 Februari, 2023.
LANGKAH BIJAK
LAGI TEPAT
AMIN
KITA BERSATU
TIBAI TALIBAN
AMIN
TALIBAN BAHAYA
BESAR PADA
GAYA HIDUP
MALAYSIA
AMIN
MELAYU NAK
DIJADIKAN ARAB
KHALAS
AUTA NAK SAMAN
Harumaini mahu saman speaker DUN Selangor
PENYANDANG kerusi Batang Kali Harumaini Omar mengancam mengambil tindakan undang-undang sekiranya speaker DUN Selangor enggan menarik balik pengisytiharan kekosongan kerusi itu.
Beliau mendakwa Speaker Ng Suee Lim membuat kesilapan kerana menganggap beliau tidak menghadiri dewan selama lebih enam bulan.
Jelasnya, tempoh ketidakhadiran beliau ke dewan sepatutnya dikira dari tarikh 23 November tahun lalu dan bukan 27 Julai seperti didakwa Lim.
Oleh itu, Lim perlu menarik balik perisytiharan tersebut dalam tempoh tiga hari bermula hari ini.
“Sekiranya tiada jawapan dan maklum balas positif diterima daripada yang berhormat speaker, maka saya akan mempertimbangkan keputusan perundangan yang sewajarnya,” kata Harumaini. – 17 Februari, 2023.
WOIT
INI GERTAK
RAMASAMY
KAH KAH KAH
AUTA KEELING
MEELING
KAH KAH KAH
KALAU BERANI
SENIN SAMAN
ATAU
SAMAN SELASA
MACAM NAJIB
KHALAS
MINAH LEMBU DATNG KEMBALI
Shahrizat sertai perlawanan rebut jawatan ketua Wanita Umno
SHAHRIZAT Abdul Jalil bakal menyertai pertandingan merebut jawatan ketua Wanita Umno.
Bekas ahli Parlimen Lembah Pantai yang memegang jawatan itu antara 2008 dan 2018, menghantar kertas pencalonannya awal hari ini di ibu pejabat Umno.
Shahrizat memberitahu New Straits Times beliau mahu mengukuhkan Wanita Umno.
“Kita perlu inklusif dan kita perlu ada di situ sebagai ibu kepada negara ini untuk rakyat, seperti yang pernah kita lakukan sebelum ini.
“Wanita perlu jadi pengubah keadaan sekali lagi. Kita perlu menangi hati dan minda negara sekali lagi,” katanya dipetik daripada laporan itu.
Bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu berkata beliau terpanggil untuk bertanding atas desakan penyokongnya supaya beliau kembali.
Dilaporkan sebelum ini kira-kira 147 ketua Wanita Umno bahagian di seluruh negara mendesak Shahrizat kembali mengetuai sayap wanita itu. – 17 Februari, 2023.
KAH KAH KAH
WOIT
MINAH LEMBU
DATANG KEMBALI
KAH KAH KAH
ADAKAH LEMBU
INI AKAN
MENCARI UNTUK
MENANDUK RAFIZI
KAH KAH KAH
KHALAS
MENAKJUBKAN DARI TURKI
MENAKJUBKAN !!!
10 HARI
TERPERANGKAP
DALAM RUNTUHAN
SEJUK SALJI
DITEMUI HIDUP
AMIN
DUIT ABAH DAH BEKU
DUIT ABAH
DAH BEKU
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"MUHYIDIN DARI ABAH
JADI MAT TARAH"
Abah beri amaran, abah nak balas dendam, duit ada lagi tak? Kalau ada duit lagi, boleh isi minyak motor, boleh bagi elaun, boleh sumpah sumpit, boleh menang bergaya, kalau duit dah beku, jangan buang masa, apa kerja tak jalan kalau duit tarak woit kah kah kah
KITA TUNGGU APA TINDAKAN SELANJUTNYA
KITA TUNGGU
APA TINDAKAN
SELANJUTNYA
AMIN
Unknown commented on
"MUHYIDIN DARI ABAH
JADI MAT TARAH"
Oittt bhaiii...ko ingat senang ke nak buktikan tuduhan...semua tu tin kosong untuk tutup kelemahan perintah negara jee...lagipun ko percaya ke bekas banduan kes moral ni....nak tanya ko la bhaiii..mana ko lebih percaya...bekas banduan atau si yusof....kah kah kah...yg pasti bhai..lepas ni ganu..kelantan...perlis..kedah..n.9..selangor..semua dibawah PN...cukuplah pemimpin melayu jadi lembu sukusakat chin peng bhaii..kah kah kah
KENTUT DAN BERAK LEMBU
KENTUT DAN
BERAK LEMBU
Jangan ketawa kalau saya nyatakan disini bahawa kentut, sendawa dan berak lembu adalah salah satu penyebab pemanasan global.
Bunyinya lawak tapi ini adalah fakta.
Saya faham kenapa apa yang saya tulis ini dibaca lawak. Pertama jika memandang di keliling kampung kita nampak 7 ekor lembu milik Lebai Ramli merayau dalam sawah. Atau atau 5 ekor lembu Gurbak Singh yang susunya di jual untuk orang sekampung.
Apakah kentut lembu-lembu ini mengakibatkan dunia semakin panas , cuaca berubah dan mengakibat Taman Seri Muda di landa banjir.
Jawabnya ada betul ada salah.
Lembu-lembu dalam kampung di negara kita ini amat kecil jumlahnya. Ianya tidak ramai berbanding dengan ladang lembu daging di Argentina. Di Argentina ada ratusan ribu lembu meragut dalam satu padang rumput.
Atau, ada ribuan lembu susu di Australia, New Zealand atau di Belanda atau di United Kingdom. Lembu ini bukan sekandang. Ini bukan 5 ekor lembu susu Gurbak Singh. Ini kilang susu untuk pasaran dunia.
Lembu seperti kambing dan zirafah mengunyah daun dan rumput. Proses penghadaman rumput yang dikunyah oleh lembu ini melahirkan gas karbon dan methane.
Fakta kajian menunjukkan industri lembu – kentut dan berak lembu - menyumbang 14.5% jumlah gas yang mewujudkan kepanasan rumah hijau. Gas ini lebih 25% lebih kuat dalam hal pemanasan dari karbon dioksida.
Satu lagi penyumbang kepada gas pemanasan global ialah penanaman padi di Asia Tenggara. Ini termasuk juga Jelapang Padi Malaysia di Kedah. Industri padi menyumbang 10% pengeluaran methane dunia.
Pembakaran jerami dan sekam padi mengeluarkan gas. Cara pembajaan yang menggunakan baja nitrogen mengeluarkan gas nitrous oxide yang masuk ke ruang udara.
Hari ini 50 bilion tan karbon masuk ke atmosfera semenjak 50 tahun ini.
Secara natural karbon muncul dari tumbuhan. Proses fotosintesis di mana cahaya mata hari, karbon dan air mewujudkan oxygen untuk menjadi bahan makan kepada tumbuhan. Bahan-bahan dari tumbuhan ini menjadi makanan untuk umat manusia.
Dari mana tertiba datang 50 bilion tan karbon hingga merosakkan imbangan karbon di dunia ini ? Bagaimana karbon bertambah ?
Hutan ditebang untuk pertanian. Ini pemusnahan gudang oxygen. Proses fotosintesis tidak lagi seimbang bila hutan berkurangan.
Matahari membakar permukaan bumi yang kini tanpa pokok dan hutan. Laut jadi panas dan berwap. Air laut yang panas mencairkan salji.
Dua ratus tahun dahulu sebelum Revolusi Industri bermula salji di Kutub Utara, Selatan dan di pergunungan berperanan menerima pancaran sinar dan menyerap cahaya matahari. Proses ini berjalan dengan baik dan seimbang.
Satu ketika dulu permafrost – lapisan air beku yang nipis wujud di Siberia, di Greenland, di Canada dan di Alaska. Kini telah cair dan lupus.
Ganggu gugat ini pertama datang bila kereta sampai. Asap kereta muncul hasil dari pembakaran minyak. Pembakaran tenaga fosil – ini memanaskan lagi atmosfera.
Asap kereta naik ke atmosfera. Bayangkan berapa bilion kereta bergerak saban hari. Bayangkan berapa tan gas naik ke udara setiap hari tanpa henti-henti.
Manakala di udara pembakaran minyak kapal terbang menambah lagi jumlah karbon.
Untuk menjana kuasa elektrik arang batu telah di bakar. Arang batu adalah tenaga fosil. Minyak petrol ialah tenaga fosil yang cair manakala arang batu adalah tenaga fosil yang beku.
Pembakaran tenaga fosil ini menyumbang 2/3 dari 50 bilion tan gas karbon.
Saya perlu mengulang menulis perkara yang sama beberapa kali. Saya terus berleter menyatakan dampak atau kesan dari perubahan iklim ini kepada pembaca.
Air laut naik, pulau tenggelam, panas terik boleh membakar hutan, malapetaka banjir datang melanda. Ini semua hasil pemanasan global.
Lihat pengalaman banjir tahun lalu di Pakistan. Air belum surut dan belum kering tertiba Pakistan di serang penyakit cholera. Ribuan mati kerana tenggelam dan puluhan mati kerana air minuman kotor.
Kita sendiri telah menyaksikan Taman Sri Muda Tenggelam. Kita telah melihat mayat diangkat keluar dari tanah runtuh di Batang Kali. Semua ini adalah kesan perubahan iklim yang wajib dijadikan pengajaran.
Dari kajian para saintis karbon yang diwujudkan sekarang hasil dari tindak tanduk manusia adalah 250 kali ganda lebih cepat berbanding dari zaman air batu 25,000 tahun dahulu.
Selain dari banjir dan runtuh rantah – ianya juga akan menimbulkan masalah kekurangan makanan. Sawah padi atau ladang gandum tenggelam bila banjir melanda.
Bila kemarau sampai panen gagal. Makanan tidak cukup. Bila makanan tidak cukup masalah politik dan sosial muncul. Kerajaan jatuh. Masyarakat kacau bilau.
Banjir dan kemarau menimbulkan keadaan socio-politik yang menakutkan.
Somalia, Sudan dan Ethiopia adalah contoh terbaik di mana pemanasan global dan perubahan iklim menimbulkan masalah sosial dan politik.
Di wilayah-wilayah dalam negara Afrika ini kumpulan ekstremis agama lahir. Kelaparan dan kebuluran menjadi tangguk yang baik untuk merekrut tenaga untuk melakukan keganasan.
Saya telah menulis penyebab pemanasan global. Saya telah menulis kesan perubahan iklim terhadap kita semua,. Saya telah menulis bahawa kita dalam keadaan amat bahaya.
Dalam masa 3 tahun ini jika kita tidak melakukan atau dapat menahan kenaikan 2C suhu bumi ini maka kita akan menjuju kiamat.
Ini tajuk berita dari laporan Associated Press pada 16/2/2023 : Rising seas are a ‘death sentence’ for some nations and will shake ‘mega-cities on every continent,’ UN chief says.
“Our world is hurtling past the 1.5-degree warming limit that a livable future requires, ...........” Guterres said. The consequences are unthinkable, Guterres said.
Ini isi berita : ‘ Dunia kita semakin melepasi had pemanasan 1.5 darjah yang diperlukan oleh masa depan yang membolehkan manusia hidup dalam dunia , dan dengan dasar semasa, semakin meningkat ke arah 2.8 darjah - hukuman mati bagi negara yang terdedah," Akibatnya tidak dapat difikirkan, kata Guterres
Ini amaran Antonio Guterres Setia Usaha Agong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Ini bukan kali pertama Guterres berkata perkara yang sama.
Dalam Perdiangan COP26 di Sham el-Sheikh di Mesir pada 6-18 November 2022 yang lalu Ketua PBB ini telah memberi amaran yang sama
Sama seperti saya Setia Usaha PBB ini terus mengulang ingatan dan memberi amaran agar kita semua – umat manusia - sedar bahawa dari sekarang kita wajib bertindak dan melakukan sesuatu.
Kata-kata bijak berfalsafah dari Chief Seattle ( 1766-1866) suku bangsa Suquamish Dayak Amerika wajib menjadi pegangan kita.
Chief Seattle berkata : Kita bukan mewarisi bumi ini – kita meminjam dari anak cucuk kita.
Hishamuddin Rais ingin menambah : Kita hanya ada satu bumi yang kita pinjam justeru jagalah baik-baik.
Saya menulis dan menggambarkan perubahan iklim ini yang akan membawa dunia ke alam yang maha gelap.
Banjir dan kemarau disana sini. Binatang ternakan mati, ayam lembu itik mati tak cukup air. Tumbuhan , kayu kayan, ulat serangga makin pupus. Kebakaran dan keruntuhan di sana sini. Penyakit berjangkit merebak luas kerana air kotor atau kerana tidak berair.
Kota, pekan , kampung dan pulau mula tenggelam. Projek seperti menambak pantai di Pulau Pinang dan projek Forest City di Johor akan tenggelam.
Apakah tidak ada jalan keluar ?
Untuk saya pasti ada jalan keluar kerana kita manusia. Manusia ada fikiran. Sebelum berfikir untuk bertindak perlu ada pencerahan. Perlu faham apa yang sedang dihadapi.
Apa yang sedang saya lakukan ini ialah memberi pencerahan. Memberi kesedaran kepada seramai yang mungkin. Tujuannya untuk meminta pembaca sedar agar mengambil tindakan.
Pertama : ganti bal lampu biasa rumah kita ke lampu kalimantang yang canggih. Ini menyelamat 150 pound karbon setahun.
Ke dua : kurangkan berkereta. Mana boleh naik bas kita naik bas atau LRT. Budayakan penggunaan pengangkutan awam. Pengangkutan awam bas, LRT bukan hanya untuk Bangla.
Jika boleh berbasikal kita berbasikal. Mengurang karbon dan menambah sihat.
Ketiga : selalu pastikan tayar kereta kita dalam keadaan baik. Tayar yang baik mengurangkan pembakaran petrol.
Ke empat : Kurangkan mandi air panas. Mandi air sejuk. Kurang pembakaran gas.
Ke lima : Kurangkan mengguna beg plastik. Ke pasar bawa beg sendiri. Bawa mangkuk tingkat sendiri. Bawa uncang sendiri.
Ke enam : Nampak tanah lapang tanam pokok. Bila melintas kawasan hutan taburkan benih durian, rambutan atau benih apa saja di tepi jalan raya ketika memandu pulang ke kampung dan agar pokok-pokok tumbuh.
Apa yang saya tulis ini mungkin dilihat romantik. Membaling biji ke hutan akan dianggap kurang akal.
Kalau Hishamuddin Rais menyembah pokok besar di tepi jalan seorang diri saya akan dianggap gila. Tapi kalau ribuan dan jutaan orang berbuat sama maka ianya dipanggil agama.
Apakah ini sahaja akan dapat menyelesaikan masalah perubahan iklim. Kalau ini sahaja semua boleh kau tim – sap sap sui. Enteng dan mudah.
Sabar dulu ini hanya permulaan. Ini kuliah 101. Ada lagi tahap yang lebih tinggi. Tahap kolektif kita sesama kita. Sila tunggu. Amin. (TT)
TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIAN INSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/428584
KAUM MANA DI BELAKANG KERAJAAN
AWAS !!!
Belanjawan 2023 mesti untungkan B40, bukan golongan kaya, kata pakar ekonomi
BELANJAWAN 2023 yang akan dibentang semula hari ini tidak harus mengulangi kesilapan belanjawan yang dibentang oleh kerajaan terdahulu pada Oktober tahun lepas yang hanya menguntungkan golongan kaya, kata pakar ekonomi Dr Muhammed Abdul Khalid.
Belanjawan asal yang dibentang oleh kerajaan bekas perdana menteri Ismai Sabri Yaakob itu tidak bertanggungjawab kerana ia tidak mengutamakan golongan B40, tambahnya.
“Bajet ini jangan buat macam bajet tahun dulu. Bajet tahun dulu adalah bajet tidak bertanggungajwab, itu adalah bajet pilihan raya.
“Ini tidak patut diulang. Bajet tahun lepas adalah untuk bajet orang kaya,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Muhammed menyenaraikan beberapa kelemahan belanjawan yang dibentang beberapa hari sebelum Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), termasuk subsisi minyak dan kenaikan had caruman sukarela Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada RM60,000 kepada RM100,000 setahun.
“Berapa ramai ada RM100,000 ribu ini? Hanya 15% ada RM100,000. Majoriti tak ada duit.
“Dividen tinggi dan ada jaminan minimum – itu manfaat simpanan KWSP. Manfaat hanya untuk orang kaya.
Beliau selain itu mempersoalkan langkah kerajaan terdahulu untuk menaikkan had maksimum pelaburan individu bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan ASB2 daripada RM00,000 kepada RM300,000 bermula tahun ini.
“Berapa ramai orang melayu ada RM20,000 dalam ASB? Daripada 100 orang Melayu mungkin ada 4 orang.
“Kenaikan ini untuk rakyat yang ramai atau untuk si kaya?” soalnya.
Muhammed pernah berkhidmat sebagai penasihat ekonomi bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad juga berkata insentif cukai yang diumum kerajaan Ismail Sabri tahun lalu tidak membantu golongan miskin negara ini.
“Bajet pun kata pengecualian duti import dan eksais ke kenderaan elektrik (EV) dilanjutkan. You beli Myvi, you bayar cukai. Orang susah pakai Myvi bayar berapa? You beli Porsche EV you bayar cukai berapa? Kosong.
“Pada masa yang sama, cukai sebanyak 10% untuk barangan berharga bawah RM500 yang dibeli dalam talian akan dikenakan mulai 1 April. Orang susah beli online masih nak kutip cukai 10%. Kerajaan dijangka boleh kutip lebih kurang RM200 juta setahun.
“Kerajaan tak kutip cukai daripada penjualan EV lebih kurang RM400 juta. Daripada rakyat miskin yang ramai kerajaan nak kutip RM200 juta. Masuk akal tak? Tak masuk akal,” katanya.
Melalui Belanjawan 2023 yang dibentangkan Oktober tahun lalu, kerajaan melanjutkan pengecualian duti import dan eksais ke atas kenderaan elektrik (EV) sehingga 31 Disember 2024.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) juga mengesahkan kerajaan akan mula melaksanakan cukai jualan sebanyak 10% ke atas barangan import bernilai rendah (LVG) yang dibeli secara dalam talian berkuat kuasa 1 April 2023 dan seterusnya.
Belanjawan 2023 yang disediakan kerajaan Ismail Sabri tidak sempat dibahas dan diluluskan sebelumParlimen dibubarkan pada 10 Oktober tahun lalu bagi memberi laluan untuk PRU15 diadakan.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan akan membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani petang ini.
Ia merupakan belanjawan pertama yang dibentang di bawah kerajaan perpaduan pimpinan Anwar.
Beliau sebelum ini berkata belanjawan tersebut prihatin terhadap kebajikan setiap lapisan masyarakat khususnya golongan B40.
Belanjawan yang berkesan
Muhammed berkata belanjawan yang berkesan memerlukan kerajaan melakukan pembaharuan dari segi perlindungan sosial dan bantuan sosial yang memberi manfaat kepada golongan miskin.
Memberi bantuan kepada golongan miskin katanya adalah pelaburan untuk masa depan.
“Contohnya, bantuan tunai daripada duit subsidi minyak tidak boleh dibuat sekali gus. Kita salurkan kepada golongan susah.
“Anak yang baru lahir 100 hari, kita beri bantuan. Orang yang tiada kerja, orang tua kita bagi bantuan. Ini bukan bantuan, ini adalah pelaburan untuk masa hadapan,” katanya. – 24 Februari 2023.
PAKATAN MEMIKUL BIAWAK HIDUP
Jangan serang sesama sendiri ketika kempen pemilihan UMNO – Isham Jalil
KUALA LUMPUR – Kempen semasa pemilihan UMNO perlu berjalan positif dan tidak menjerumus kepada serangan antara calon yang bertanding.
Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, kempen yang negatif hanya akan memberi persepsi buruk kepada parti lawan.
Lokman kembali
jadi ahli MKT UMNO
KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi telah membatalkan pemecatan Lokman Noor Adam sebagai ahli parti tersebut.
Lokman menerima maklumat pembatalan berkenaan melalui panggilan telefon daripada Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan.