Khamis, 16 Mac 2023
KRISIS EKONOMI BERULANG LAGI ???
AWAS !!!
KRISIS EKONOMI
AMIN
APAKAH AKAN
TERJADI MACAM
TAHUN 1998
SAMA SEPERTI
TAHUN 2008
KHALAS
IMRAN KHAN ADA DI TERENGGANU
Mahkamah keluar waran tangkap ke atas exco Terengganu
MAHKAMAH mengeluarkan perintah waran tangkap ke atas Exco Terengganu Mohd Nor Hamzah yang gagal hadir memberi keterangan bagi petisyen pilihan raya kerusi Marang hari ini.
Peguam Amin Othman berkata Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengeluarkan arahan pada Selasa lalu supaya Mohd Nor hadir ke mahkamah pada hari ini.
“Namun begitu, pada pagi ini Yang Berhormat Mohd Nor gagal untuk menghadirkan diri ke mahkamah,” kata Amin.
Atas permohonan beliau, Hakim Hassan Ghani seterusnya mengeluarkan perintah waran tangkap terhadap Mohd Nor, katanya.
Beliau berkata petisyen pilihan raya bagi kerusi itu akan disambung semula pada Ahad.
Umno Terengganu memfailkan petisyen pada 3 Januari bagi membatalkan kemenangan di tiga kerusi – Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman.
Selain Jasmira bagi kerusi Marang, petisyen difailkan oleh calon Mohd Zubir Embong bagi kerusi Kuala Terengganu dan Ahmad Said bagi Kemaman.
Ahmad yang juga pengerusi Umno Terengganu mendakwa ada “bukti jelas” oleh saksi yang mendakwa menerima wang daripada PAS yang memancing undi di tiga kawasan itu.
Pada bulan lalu, hakim memerintahkan perbicaraan penuh bagi petisyen Parlimen Marang selepas menolak permohonan Perikatan Nasional (PN) untuk membatalkan petisyen tersebut. – 16 Mac, 2023.
POLITIK KITA
MACAM PAKISTAN
KAH KAH KAH
DI PAKISTAN
POLIS CARI
IMRAN KHAN
TAK DATANG
KE MAHKAMAH
AMIN
DI GANU
MAT NOR CUNT
TAK DATANG
KE MAHKAMAH
JENG JENG JENG
KHALAS
PAS LARANG LAWAANY GEREJA
Hentikan program ziarah gereja Impact Malaysia, kata PAS
PAS menggesa Kementerian Belia dan Sukan tidak meneruskan program Impact Malaysia yang membabitkan lawatan ke rumah ibadat, kerana ia boleh meluaskan lagi jurang antara umat Islam dan bukan Islam.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata program itu akan bermasalah jika ia tidak mencapai matlamatnya, di mana ia dikatakan bertujuan memberi pendedahan tentang aspek agama berbeza di negara ini.
“Program itu tidak sewajarnya diteruskan oleh pihak berkenaan andainya ia dibayangkan bukan saja tidak dapat mencapai hasrat dinyatakan malah berkemungkinan meluaskan lagi jurang perbezaan sedia ada selain boleh mengundang bantahan terbuka yang lebih membimbangkan,” katanya.
Di Dewan Rakyat semalam, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata inisiatif itu dijalankan oleh Impact Integrated, iaitu satu agensi yang berkaitan dengan kementeriannya, untuk melawat rumah ibadat, dan belia Islam tidak terbabit.
Beliau berkata demikian susulan tuduhan di media sosial yang beliau menggunakan program itu untuk mendedahkan belia Islam kepada Kristianiti.
“Bagi isu yang dibangkitkan berkenaan pendaftaran Program Jom Ziarah gereja, kementerian menerusi Impact Malaysia sememangnya tidak akan melibatkan penyertaan belia Muslim dan tiada belia Muslim memasuki gereja menerusi program ini,” katanya di Dewan Rakyat.
Hannah berkata Bersatu yang memfitnahnya, bukan PAS.
Ahli Bersatu Badrul Hisham Shaharin dilaporkan berkata akan membuat laporan polis terhadap Yeoh kerana didakwa cuba berdakwah kepada belia Muslim menerusi program berkenaan.
Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, Badrul atau lebih dikenali dengan nama Chegubard, mendakwa Yeoh menipu ketika memberi penjelasan berkenaan program Impact Malaysia itu di Dewan Rakyat.
Sementara itu, Takiyuddin berkata PAS tidak bersetuju dengan tindakan Yeoh yang memetik pemimpin PAS untuk menyokong ucapannya berhubung isu itu.
Ahli Parlimen Kota Baru itu berkata Yeo memetik Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan timbalannya Tuan Ibrahim Tuan Man dalam cara yang tidak adil.
Yeoh dilaporkan berkata Tuan Ibrahim pernah berkata pada 2 Oktober, 2018 yang tidak salah untuk umat Islam masuk kuil dan terima kalungan bunga.
Beliau turut menyebut Hadi melawat sebuah gereja di Miri pada 2015 dan mengulas yang perbincangan dua pihak dan bertukar idea sangat menarik serta bertujuan untuk mengukuhkan hukuman dalam masyarakat berbilang bangsa.
Takiyuddin berkata Yeoh menggunakan kenyataan daripada presiden dan timbalan presiden PAS secara tidak adil untuk dijadikan “senjata politik” dan mencipta konflik antara PAS dan Bersatu, di mana kedua-duanya adalah parti komponen dalam Perikatan Nasional.
“Motifnya jelas bila beliau tidak beri ruang kepada wakil PAS atau Bersatu untuk memberi respons kepada kenyataannya,” kata Takiyuddin. – 16 Mac, 2023.
GLC UNTUK HABUAN POLITIK
GLC UNTUK
HABUAN POLITIK
KHALAS
Unknown commented on
"NGO TAK FAHAM POLITIK"
Inikah perks dalam bidang politik negara, semua jawatan GLC mesti supaya sokong tetap ada kalau tak bagi mula meritip titip ke hulu ke hilir, nanti kacau semua, ini sudah berlaku selama ini, tak ada masalah pun, NGO ini semua bingai tak ada akal masih tak faham politik bangsa agama negara kah kah kah buat kelas 101 kepada mereka wajar TT, bagi faham bagaimana politik negara berjalan kalau tidak NGO hampeh kah kah kah ingat semua telus adil saksama kah? Negara ketiga memang begitulah nak capai kesaksamaan macam Amerika kah kah kah, Amerika pun belum bebas dengan warna kulit, ada hitam ada putih, kalau tak pandai baik diam diam duduk, NGO ini buat apa sumbangan kepada negara? Saja tanya jangan marah marah nanti cepat tua kah kah kah
MAT REMPIT DAN POLITIKUS
MAT REMPIT
DAN
POLITIKUS
Saya amat yakin Mat Rempit dan Politikus dalam Malaysia ini sama. Tidak ada beza antara Politikus dari PKR, BERSATU, PAS, United Malaya National Organisation atau pun DAP dengan Mat Rempit. Semua sama.
Mat Rempit dan Politikus adalah sama?
Apakah tulisan ini berniat untuk menghina Mat Rempit dengan menyamakan mereka dengan sepesi yang di kenali sebagai Politikus.
Sabar dahulu. Ini bukan satu penghinaan. Ini hanya sebagai contoh perbandingan. Justeru jangan gopoh. Saya ada hujah yang tuntas.
Kenyataan saya ini saya pasak dengan hujah yang munasabah. Hujah saya lebih meyakinkan dari hujah peguam Najib yang cuba menutup kes Najib mencuri duit 1MDB.
Hujah saya ini berasaskan dari pemerhatian yang rapi. Dalam jargon akademik : ini kajian empirikal. Sang Penulis memerhati dan mengalami perkara itu berlaku.
Saya selalu nampak polis dan JPJ mengadakan sekatan jalan raya. Beberapa kali saya ternampak sekatan dijalankan di bawah laluan LRT Bangsar. Kadang-kadang saya ternampak sekatan polis di Jalan Syed Putra tidak jauh dari Istana Negara lama.
‘ Ini cari duit kopi...’ Ini komen yang saya dengar dari pemandu Grab yang saya langgan. Tapi tulisan ini bukan hal mata-mata cari duit kopi. Itu dalam kitab lain.
Sekatan jalan raya ini saya perhatikan menumpukan kepada yang bermotosikal. Yang berMercedez, yang berJaguar atau yang berHonda amat jarang di tahan. Mereka meluncur pergi.
Yang sangkut dan di periksa rapi oleh polis, polis trafik atau pegawai JPJ hanyalah yang menunggang motor. Majoritinya Mat Rempit.
Saya cukup yakin pihak polis akhirnya akan menemui satu kesalahan dari Mat Rempit ini.
Kalau pun ada lesen sah tapi cermin belakang tak ada. Ini salah. Kalau lesen ada, cermin belakang ada didapati tayar motor sudah licin. Ini satu kesalahan. Kalau tayar motor baru bertukar di dapati pula asap hitam keluar. Kalau asap bukan masalah tertiba lubang asap pula telah diubah suai.
Hakikatnya : kalau nak di cari salah pasti akan ditemui kesalahan. Mat Rempit ini akan bersalah. Ada seribu satu macam kesalahan yang boleh diwujudkan.
Ini sama dengan apa yang telah, sedang dan akan dihadapi oleh Sang Politikus. Ini sama dengan para YB. Ini sama dengan pemimpin parti atau dengan para Menteri.
Mat Rempit berhadapan dengan Polis dan JPJ. Manakala para politikus berhadapan dengan SPRM.
Peganglah mana-mana YB. SPRM siasatlah mana-mana menteri. Lakukan sama seperti Mat Rempit dengan polis pasti akan ditemui kesalahan.
Bila Menteri atau bekas Menteri dipegang oleh SPRM pasti ada kes. Pasti boleh di dakwa di mahkamah. Ada kes rasuah. Ada kes ubah wang haram. Dan ada kes salah guna kuasa.
Peganglah Hadi, peganglah Anwar, pegang To Mat, pegang Mat Sabu, pegang Hamzah, pegang Saifudin , pegang Daim, pegang Mahathir, pegang Sanusi, pegang Azmin , pegang Tony Loke, pegang Nga Kor Ming, pegang Zafrul, Takiyudin dan Tuan Ibrahim dan dan dan... -pasti boleh dicari kesalahan mereka.
Kalau hendak seribu dalil.
Kalau tak hendak seribu dalih.
Cabut bulu sehelai helai pasti akan terjumpa kesalahan. Macam motor Mat Rempit ada seribu satu macam boleh di dakwa.
Zahid, Syed Siddiq, Guan Eng, Bung Mokhtar dan Isa Samad adalah bukti terbaik untuk memperkukuh hujah saya. Semua sedang menunggu jatuh hukum.
Najib adalah bukti tersohor yang kini dalam penjara. Najib masih menghadapi banyak kes mengubah wang haram , salah guna kuasa dan menerima rasuah.
Ini hakikat.
Apa yang sedang berlaku dan sedang kita saksikan ialah kes Muhyidin. Untuk saya pada hemat saya apa yang sedang berlaku ini adalah watak dan ciri politik mengundi. Atau dalam Bahasa Inggeris : electoral poilitic.
Pada pandangan saya politik pilihan raya amat susah dan mungkin tidak akan dapat di pisahkan dari aktiviti salah guna kuasa, rasuah atau tumbuk rusuk.
Saya telah pernah menulis bab dalam portal ini.
Untuk memahami hujah Mat Rempit ini saya bawa kembali kepada sejarah kes Datuk Harun – bekas Menteri Besar Selangor yang ditahan pada tahun 1977. Datuk Harun didapati bersalah menerima rasuah dan a salah guna kuasa dari Hong Kong Shanghai Bank.
Dalam kes Datuk Harun ini saya terlibat secara tidak di rancang. Ini kerana pada tahun 1974 saya ialah Setiausaha Agong Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM).
PMUM menganjurkan debat dengan Datuk Harun tentang tanah balak di Bangi.
Ketika itu hutan dara tapak Universiti Kebangsaan di Bangi baru di buka. Pembalakan di Bangi ini dikatakan telah diberikan kepada kroni Datuk Harun.
Maka kes membalak di Bangi di besar-besarkan di media. Malah saya kali pertama di beri muka hadapan tajuk berita oleh Mingguan Malaysia – menduku Datuk Harun.
Saya yang anti United Malays National Organisation terus menabur minyak pada api yang sedang membakar. Saya lakukan ini secara sedar.
Tun Razak melihat Datuk Harun sebagai pencabar dan musuh politik. Dia membenarkan media membuat laporan terbuka mengutuk Datuk Harun.
Apa yang hendak apa sampaikan disini ialah kuasa politik, kuasa daulah – state and political power - dan jentera daulah boleh digunakan untuk memukul mati lawan politik.
Pemisahan antara YB pembuat hukum dengan pihak yang mengendalikan hukuman selalu diwarwarkan sebagai dua badan bebas.
Bebas tahik kucing.
Malaysia negara semi feudal maka semua boleh diatur - semua boleh di susun. Sudah masuk penjara boleh keluar dari penjara untuk mengentot kekasih atau jumpa bini muda . Semua boleh di susun.
Tidak yakin dengan apa yang saya tulis maka sila rujuk dengan Lebai Google kes Abdullah Ang. Ini bukan penglipur lara dari Hishamuddin Rais. Ini fakta bukan auta.
Kemudian kita tengok pula babak sejarah bagaimana kuasa daulah telah digunakan oleh Ghazali Shafie Menteri Dalam Negeri – di zaman Tun Razak.
Lihat bagaimana ISA telah digunakan untuk menangkap Abdullah Majid, Abdullah Ahmad dan Abdul Samad Ismail pada tahun 1976.
Tiga Abdul ini adalah sosok yang amat setia kepada Tun Razak.
Menteri KDN Ghazali Shafie ini bernafsu besar. Dia memasang niat untuk menjadi Perdana Menteri. Penyokong dan panglima setia Tun Razak wajib di ISAkan untuk memastikan kuasa datang ke pangkuan.
Jangan lupa satu lagi kes klasik di mana kuasa daulah dan jentera kerajaan boleh digunakan untuk membunuh musuh politik.
Kes ini : pada bulan Julai 1981 tiga hari sebelum 16 Julai – hari Mahathir mengangkat sumpah untuk menjadi Perdana Menteri ke 4. Pada hari itu Ghazali Shafie telah menangkap Siddiq Ghouse Setia Usaha Politik Mahathir atas tuduhan ajen kepada Rusia.
Kes-kes yang saya paparkan disini memperlihatkan bagaimana kuasa dan jentera daulah boleh dan telah digunakan untuk memukul musnah musuh politik.
Jangan sesekali lupa bahawa Zimbabwe di eja dengan Z. Manakala Malaysia di eja dengan M. Dua-dua ini adalah sama - Negara Dunia Ke Tiga.
Penangkapan dan pendakwaan ke atas kes rasuah Muhyidin ini wajib di sokong. Melawan rasuah adalah wajib dan betul.
Langkah kerajaan Pakatan Harapan melawan rasuah ini wajib dialu-alukan. Kalau tak sekarang bila lagi. Ketika berkuasa sila gunakan kuasa untuk melawan rasuah.
Ciss. Buat kerja lawan rasuah bila ada kuasa. Sudah takda kuasa shut the fuck-up.
Apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim ini betul. Saya tidak tahu sama ada dia pernah membaca buku The Art of War oleh Sun Tzu (594-496 BC ). Walau apa pun dari apa yang Anwar lakukan dalam kes tangkapan Muhyidin ini betul-betul mengikut ajaran dan taktik perang Sun Tzu.
Sun Tzu mengajar : cara terbaik untuk bertahan ialah menyerang.
Maka Anwar telah menyerang Muhyidin dulu. Anwar tahu kerajaan Pakatan hari ini adalah kerajaan Titah Raja-Raja Melayu. Anwar tahu tanpa Raja Melayu kerajaan PMX ini akan runtuh.
Justeru bukan Muhyidin saja di serang. Awal wahid Wan Saiful gedebe Bersatu dan orang kuat Muhyidin juga di serang. Malah Haji Hadi juga di takut-takutkan dengan siasatan mata-mata.
Saya beri A1 kepada Anwar Ibrahim. Orang Belgium kata ‘ chapeau! ’.
Tuan Haji Hadi dari apa yang saya difahamkan tidak begitu fasih dalam bahasa Inggeris. Saya tidak tahu sama ada Hadi ada keupayaan membaca kitab Sun Tzu ini atau tidak.
Hadi dengan bangga lagi angkuh telah berlabun bahawa PMX ini akan jadi XPM. ‘...kerajaan ini boleh dijatuhkan dalam masa terdekat...’ Hadi berkata. Amin.
Sebenarnya ini satu kesilapan taktik.
Sun Tzu mengajar : Serang musuh ketika musuh tidak menyedari.
Hadi yang telah berlabun awal. Ini telah memberi masa untuk Anwar menggerakkan persediaan. Kini Anwar tahu apa yang tersirat dalam kata-kata Hadi.
Dari ucapan Muhyidin ketika di dakwa umum diberi tahu bahawa SPRM telah diarah dengan segera untuk melakukan pendakwaan ke atas Muhyidin.
Dipercepatkan siasatan, cepat tahan dan cepat dakwa.
Siapa beri arahan ini tak perlu saya tuliskan. Tahu sama tauge sudah memadai.
Malah kata-kata Muhyidin ini terbukti betul apa bila ada beberapa pegawai SPRM yang tidak bersedia malah di rasuah untuk tidak menyiasat kes Muhyidin.
Jangan lupa satu ketika dulu Azam Baki kepala SPRM telah diduku oleh Rafizi. Malah Pakatan Harapan ketika pembangkang mahu Azam Baki di lucutkan dari jawatan
Kini pastilah Azam akan menjadi pegawai yang amat setia kepada kerajaan Pakatan.
Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah semua yang berlaku di hadapan mata kita semua ini sedang mewujudkan persepsi.
Politik ialah persepsi.
Umum dan orang ramai membaca bahawa Anwar melakukan tidakkan menahan Muhyidin kerana Hadi sedang merancang untuk menggulingkan kerajaan.
Langkah Hadi sedang diatur.
Malah untuk menambah cuka pada lawak : Hadi telah dipanggil ke Bukit Aman.
Tuan Haji Hadi Tok Guru pemimpin parti Islam PAS akan dipanggil kerana dilaporkan sedang merancang projek menggulingkan kerajaan PMX.
Kah kah kah.
Disini saya wajib ketawa hingga terkentut kerana PDRM terlupa bahawa tugas suci parti pembangkang. ialah untuk menggulingkan kerajaan. Semua pembangkang kiri atau kanan mahu menjatuhkan kerajaan.
Anwar nak jatuhkan Mahathir. Lim Kit Sing nak jatuhkan Hussein Onn. Jaffar Onn opps.. silap Onn Jaafar nak gulingkan Tengku. Datuk Asri Muda nak jatuhkan Tun Razak. Syed Husin Ali nak jatuhkan Razak, Husin Onn dan Mahathir.
Menggulingkan kerajaan adalah tugas utama parti pembangkang. Jika tidak lebih baik YB dari parti pembangkang ini menjual rangka ayam goreng di pasar malam. Kah Kah Kah.
Jelas politikus ini sama macam Mat Rempit. Motor yang ditunggang oleh Mat Rempit pasti akan membawa kesalahan.
Apa akan jadi dengan Muhyidin? Apakah Hadi akan jadi takut dan Langkah Hadi akan di batal?
Politikus juga memiliki perangai seperti Mat Rempit. Lihat Mat Rempit meniarap di atas motor. Perbuatan berani mati.
Politikus tidak meniarap atas motor tapi akan terus berani menerima duit sogokan. Kalau tidak ada duit akan mati kering tak ada modal untuk berkempen. Amin.
Politikus yang tak terima rasuah, yang tidak salah guna kuasa hanya politikus yang sudah wafat.. Amin (TT)
TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
THE MALAYSIANINSIGHT
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/433111
MUHYIDIN ADA PENYOKONG
Lebih 20 pemimpin Bersatu dipanggil polis selepas beri sokongan kepada Muhyiddin
Lebih 20 pemimpin Bersatu dipanggil polis berhubung himpunan menyokong presiden parti itu Muhyiddin Yassin di hadapan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
MalaysiaNow difahamkan beberapa pemimpin utama parti sudah pun dipanggil untuk mengambil keterangan oleh pihak berkuasa kuasa di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya bermula hari ini.
Mereka termasuk Timbalan Presiden Ahmad Faizal Azumu, Naib Presiden Radzi Jidin, Setiausaha Agung Hamzah Zainuddin dan bekas ketua penerangan Wan Saiful Wan Jan.
"Datuk Li (Razali) antara pemimpin yang sudah selesai diambil keterangan hari ini," kata sumber kepada MalaysiaNow, merujuk kepada Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris.
Pada 13 Mac, seorang pembantu Perdana Menteri Anwar Ibrahim membuat laporan polis terhadap Muhyiddin, berhubung kenyataan mengenai perancangan pendakwaan terhadapnya serta campur tangan pihak atasan menggunakan agensi penguat kuasa bagi mencapai tujuan politik.
Menurut Muhammad Kamil Abdul Munim yang merupakan setiausaha politik kepada menteri kewangan itu, kenyataan Muhyiddin bersifat fitnah dan boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap kepimpinan Anwar.
Kumpulan hak asasi manusia Lawyers for Liberty (LFL) hari ini mengkritik laporan polis yang dibuat terhadap Muhyiddin berhubung kenyataan berunsur fitnah terhadap perdana menteri, menyifatkannya menyalahi undang-undang dan tidak berperlembagaan untuk pemimpin kerajaan menggunakan pihak berkuasa bagi mempertahankan reputasi mereka.
Pengarah LFL Zaid Malek berkata pemimpin kerajaan yang merasakan mereka difitnah boleh memfailkan saman kepada mahkamah sivil untuk membersihkan nama mereka.
“Dalam demokrasi kita, perdana menteri tidak mempunyai status istimewa di bawah undang-undang berbeza dengan rakyat biasa,” tambahnya.
Terdahulu, Muhyiddin mengecam pertuduhan terpilih yang dikenakan terhadapnya menyifatkan ia sebagai satu penganiayaan oleh musuh politik yang rakus, menamakan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai dalang utama pendakwaannya.
Muhyiddin didakwa atas enam pertuduhan berkaitan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, dengan pertuduhan ketujuh dibacakan di Mahkamah Shah Alam, semalam.
Kes akan dibicarakan pada 26 Mei depan.
WOIT
KAH KAH KAH
TAK SANGKA
BERSATU ADA
LEBIH 20 PEMIMPIN
KAH KAH KAH
TAK SANGKA
ABAH ADA 20++
PENYOKONG
AMIN
INI HEBAT
INI BOLEH BUAT
DEMO
AMIN
KHALAS
WAK MUSTAR CAKAP BETUL
Tender terbuka tetap boleh diseleweng, kata Tuan Ibrahim
PENYELEWENGAN tetap akan berlaku dalam sistem tender terbuka sekiranya tidak dilaksana secara telus dan jujur, kata timbalan presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata demikian bagi mempertahan projek tebatan banjir berjumlah RM15 bilion yang dianugerahkan secara rundingan terus sewaktu beliau menjadi menteri bertanggungjawab.
Beliau juga percaya isu itu sengaja dimainkan kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan waktu ini bagi merosakkan integriti parti Islam itu.
Walhal, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang dipimpinnya sebelum ini hanyalah agensi pelaksana dalam projek tersebut, kata ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
Beliau mendakwa tidak terlibat langsung dalam pemilihan kontraktor dan menambah segala keputusan penganugerahan rundingan terus bagi projek itu dibuat oleh Kementerian Kewangan.
Peruntukan RM15 bilion bagi projek tebatan banjir yang akan bermula pada 2023 hingga 2030 diumumkan oleh perdana menteri ketika itu, Ismail Sabri pada Mac tahun lalu.
Perolehan projek bagi menangani musibah banjir buruk itu menjadi kontroversi apabila dipersoal PKR sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke-15 PRU15 (PRU15).
Selepas PRU15, perdana menteri baharu yang juga menteri kewangan Anwar Ibrahim mengarahkan beberapa kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion tidak diteruskan.
Anwar mengecam perolehan rundingan secara terus yang dibuat secara tergesa-gesa tanpa penelitian dan menurutnya hanya membazirkan wang rakyat.
Beliau kemudiannya mengarahkan projek tersebut ditender semula selewat-lewatnya pada Jun dan dipercepat atas alasan keperluan mendesak dalam menangani masalah banjir di beberapa negeri.
Ia antaranya membabitkan projek Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Johor di Kota Tinggi dan pembinaan kolam takungan dwifungsi di Sungai Rasau serta Sungai Klang di Selangor.
Turut terlibat, projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa Tiga di Kelantan.
The Malaysian Insight memberi peluang kepada Tuan Ibrahim menjelaskan perolehan projek tebatan banjir yang dianugerahkan secara rundingan terus itu dalam satu wawancara:
Boleh Datuk jelaskan apa sebenarnya yang berlaku dalam kes projek tebatan banjir ini?
Isu banjir ini sudah lama. Apabila saya duduk di kementerian, para pegawai kata tiap-tiap tahun pantai barat dan pantai timur ini tunggu banjir – Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Jadi saya bincang dengan perdana menteri ketika itu Ismail Sabri Yaakob dan beliau setuju bahawa kita perlu segerakan projek tersebut.
Maka diperuntukkan RM15 billion peruntukan khas untuk selesaikan isu banjir yang tertunggak daripada Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9).
Tiga kali RMK projek tak boleh jalan sebab duit tak ada. Jadi kalau kita tunggu, setiap tahun kita rugi RM6 atau R7 billion. Maka dengan anggaran peruntukan RM15 bilion perdana menteri beri tugasan kepada KASA untuk tengok keutamaan projek. Mana projek perlu diutamakan.
Jadi, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS ) buat bengkel. Kita bahagi zon, tengok semua perincian. Daripada itu, kita dapat 38 projek yang sangat perlu disegerakan.
Jadi projek ini kita buat penilaian nilai berapa kos anggaran, kemudian pemilihan kontraktor semua diurus oleh Kementerian Kewangan. Mereka ada data kontraktor, rekod prestasi semua mereka tahu.
KASA hanya agensi pelaksana. Pemilihan kontraktor saya pun tak terlibat. Walaubagaimanapun, ia baru di peringkat cadangan dan Parlimen dibubar.
Jadi projek ini tak berjalan kecuali satu, iaitu projek pembelian alat-alat untuk sistem amaran awal banjir. Itu dah dipasang di seluruh negara.
Yang kedua, di bawah peruntukan yang sama, kita luluskan projek tebatan banjir membina dua empangan – Sabo di Baling susulan banjir dan tanah runtuh berlaku di Gunung Jerai pada Ogos 2021.
Ini projek segera dan itu sahaja. Yang selain daripada itu, semua projek belum berjalan. Pemilihan kontraktor pun belum, cuma cadangan kontraktor saya difahamkan Kementerian Kewangan ada beberapa cadangan.
Tetapi perlantikan belum dibuat, perbincangan dengan kontraktor pun belum dibuat kerana Parlimen bubar.
Apa pandangan Datuk apabila projek tebatan banjir yang disegerakan ini dibatalkan perdana menteri kesepuluh?
Jadi apabila perdana menteri umum batal projek itu saya rasa pelik sebab memang belum bermula. Sebagai contoh, Projek Tebatan Banjir Sungai Golok Fasa 3.
Projek Fasa 2 pun baru dalam pemilihan kontraktor. Projek Fasa 3, lakaran pun belum ada lagi. Macam mana boleh batal. Itulah saya pertikai. Macam mana batal projek belum mula.
Yang kedua, Anwar kata dengan pembatalan itu boleh jimat RM2 billion. Saya sebut dalam Parlimen. Pengalaman saya, apabila projek batal kita tangguh projek jadi akan naik kos.
Katalah projek itu tertangguh selama setahun dan kemudian banjir… Berapa kos itu? Maksudnya kita ada dua kerugian.
Kerugian pertama kerana kelewatan mula projek dan kerugian kedua disebabkan bencana alam dalam tempoh projek belum dilaksana. Jadi kita bukan untung. Kita akan bertambah rugi.
Bagi saya, saya tak kisah nak pilih kontraktor mana sebab saya tak kenal kontraktor. Saya tak terlibat langsung. Anwar kata nak buat tender terbuka. OK. Tiada masalah.
Tapi apa isu perolehan tender terbuka?
Cuma bila tender terbuka, akan akan ambil masa paling lama setahun. Itulah isunya. Mungkin Anwar kata kalau kita beri runding terus, akan ada penyelewengan.
Saya fikir penyelewengan itu ada kalau orang tak jujur. Apa sistem pun, kalau kita tak jujur, kita boleh menyeleweng. Dia ada kelompongan. Mesti ada.
Contoh, kita buat tender terbuka, akan ada kartel. Kartel akan masuk. Kalau kita buat tender terpilih mungkin syarikat itu nama berbeza tetapi orang sama.
Sebenarnya, ruang untuk menyeleweng itu akan ada kalau kita tak jujur. Kalau kita jujur, pilih yang terlayak dengan syarat yang cukup, prestasi cemerlang, saya fikir tiada isu.
Bagi saya bukan sistem tapi diri kita. Menteri, timbalan atau pegawai, mesti jujur dengan pemilihan kontraktor. Jangan berlaku penyelewengan. Jangan ambil kesempatan projek itu.
Kalau kita jujur, apa sistem pun bagus. Sebab tiga-tiga sistem ini dibenarkan oleh perbendaharaan.
Bukan salah pun bahkan perdana menteri sebut di Johor, projek tebatan banjir di Segamat, kata disegerakan. Disegerakan nak buat selewat-lewatnya bulan tujuh (Julai).
Jika tiada kesalahan, kenapa isu projek tebatan banjir ini dibangkitkan dan dibatalkan?
Bagi saya isu ini dimainkan sebab nak rosakkan integriti. Sebab saya pegang kementerian itu seolah saya yang memilih kontraktor tersebut. Sebenarnya, KASA hanya agensi pelaksana.
Peruntukan RM15 billion dan pemilihan kontraktor betul-betul duduk Kementerian Kewangan sepenuhnya. Cuma KASA adalah agensi menyediakan semua dokumentasi pemilihan projek.
Semua, keputusan rundingan terus dibuat Kementerian Kewangan dan saya tidak terlibat. Bahkan sepanjang tiga tahun saya duduk di KASA, saya tak pernah terlibat dengan meluluskan apa-apa projek atau tender projek.Saya serahkan kepada jawatankuasa sepenuhnya.
Saya beritahu Kementerian Setiausaha Kementerian (KSU). awak pengerusikan projek, pilih yang terbaik bersama jawatankuasa daripada Kementerian Kewangan (semua agensi yang terlibat).
Saya yakin prestasi yang dibuat sangat baik dan saya tidak campur tangan. – 16 Mac, 2023.