Sabtu, 18 Mac 2023
INI BUKAN KERAJAAN PERPADUAN
Kerajaan perpaduan sangat utuh, kata PM
KERAJAAN perpaduan yang dibentuk pada hari ini sangat utuh dan mendapat sokongan penuh daripada parti terlibat, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Beliau tidak menolak bahawa terdapat usaha untuk menggugat dan menjatuhkan kerajaan namun percaya kerajaan perpaduan akan terus bertahan.
Perdana menteri turut memuji prestasi baik barisan kabinetnya yang tidak terlibat dengan sebarang skandal dan penganugerahan projek tidak telus atau mencampuri kebebasan badan kehakiman.
“Memang orang kritik. Tapi tanpa ragu saya dan rakan jemaah saya ada belum ada sekali satu kes baik soal kebebasan badan kehakiman, proses tender yang telus atau projek membantu rakyat atau menghalang sama sekali pemimpin menggungah kekayaan.
“Belum pernah ada sekali (dalam) empat bulan kita berkuasa ada gangguan atau bantahan daripada mana-mana pemimpin dalam kerajaan,” katanya.
Dalam ucapan dasarnya di Kongres Nasional Khas PKR itu, Anwar turut mengucapkan penghargaan terhadap parti terlibat atas sokongan yang diberikan.
“Sebab itu saya pilih untuk berterima kasih kepada Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi juga gabungan dari Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah, Warisan dan Muda.
“Saya sebut hari ini untuk mantapkan sebagai kerajaan lima tahun ini supaya kita tahu membetulkan kerosakan yang berlaku dan membangunkan negara.
“Saya percaya ada usaha gugat kerajaan sedia ada tapi saya juga percaya kerjasama sedia akan kukuh, kerajaan perpaduan akan kekal dan utuh lima tahun akan datang,” katanya.
Beliau menyebut perkara itu bagai merujuk kempen Perikatan Nasional dan parti komponen blok pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.
Awal bulan ini, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengakui usaha sedang dijalankan gabungan itu untuk menjatuhkan kerajaan.
Abdul Hadi berkata perkara itu boleh dilakukan dan tiada mana-mana pihak boleh menghalang PN untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Anwar. – 18 Mac, 2023.
BENCI - AGENDA POLITIK
Hentikan cubaan cetus kebencian, kata DAP
PAS dan Bersatu patut menghentikan politik tidak beretika dan tidak bertanggungjawab dengan menipu untuk mencetuskan kebencian dan ketakutan terhadap Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, kata Pengerusi DAP Nasional Lim Guan Eng.
Lim berkata DAP menyokong sepenuhnya amaran diberikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang tidak ada toleransi terhadap sebarang cubaan untuk mencetuskan sentimen keagamaan dan perkauman di negara ini.
“Saman sivil atau prosiding jenayah boleh diambil kemudian tetapi kerosakan awal yang menjejaskan perpaduan nasional dan mengancam keharmonian kaum daripada penipuan ini sukar hendak dikawal,” katanya.
Tambahnya lagi, Yeoh sendiri terpaksa membuat banyak laporan polis terhadap penipuan berkaitan dirinya yang dibuat pemimpin Bersatu dan PAS yang menjejaskan keharmonian kaum dan agama negara ini.
“Ketua Pemuda PAS Kelantan Mohamad Kamal Mohamed menipu yang Yeoh menggunakan kuasa menterinya untuk menolak hak Kelantan menganjurkan Sukan Malaysia 2024.
“Tetapi yang betulnya kerajaan negeri Kelantan sendiri yang bersetuju untuk menganjurkan Sukma 2028 untuk mendapatkan masa tambahan membuat persediaan dan membina fasiliti sukan di sana.
“Yeoh juga dituduh membenarkan program agama Kristian yang menyasarkan belia Islam, walaupun Yeoh menekankan yang tidak ada orang Islam terlibat dalam program itu, hanya belia bukan Islam. Malah Setiausaha Agung PAS Takiyuiddin Hassan juga buat hal dengan pelbagai tuduhan tidak berasas kepada Yeoh,” kata Lim lagi.
Awal hari ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi amaran tentang cubaan musuh politiknya untuk menganggu kerajaan semasa.
“Awak nak ancam kami dengan perhimpunan, siasatan korupsi, awak salah pilih perdana menteri.
“Saya tak akan tunduk dengan ugutan sebegitu. Awak mahu cuba rampas kuasa? Cuba lah tetapi ia tidak akan begitu mudah,” katanya kepada 1,300 perwakilan yang hadir pada Kongres Khas PKR di Shah Alam, hari ini. – 18 Mac, 2023.
WOIT
MEMBENCI ADALAH
KERJA POLITIK
AMIN
POLITIKUS MELAYU
BENCI POLITIKUS
CHINA
AMIN
POLITIKUS CHINA
BENCI POLITIKUS
MELAYU
AMIN
TAK PERLU HAIRAN
INI SEMUA PROJEK
CARI UNDI
AMIN
SAPA BANYAK UNDI
DIA MENANG
AMIN
SAPA MENANG
BOLEH BERI
BERI KRONI
KONTREK
AMIN
KRONI BOLEH
BERI PARTI DANA
AMIN
KRONI SEDEKAH
DANA UNTUK
POLITIKUS JADI
KAYA SAMPAI
TAK PERLU AMBIL
GAJI
KAH KAH KAH
KHALAS
SANUSI KATA ANWAR TAK BERMORAL
Sanusi nafi fitnah Anwar semasa kempen PRU15
MENTERI Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa niat jahat dan memfitnah Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam satu kempen pilihan raya ‘Jelajah PN Best Tambun’ tahun lepas.
Sanusi, 48, dalam pernyataan pembelaannya bagi menjawab saman fitnah perdana menteri terhadapnya sebaliknya berkata beliau sekadar mengkritik Anwar bagi tujuan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Plaintif selaku seorang politikus seharusnya berani bertanggungjawab atas fakta-fakta yang dinyatakan oleh saya dan tidak tersinggung dengan teguran, saranan dan kritikan yang dibuat oleh saya dan masyarakat,” kata pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan menerusi Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid pada 13 Februari lepas.
Pada 11 Januari lepas, Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkan menteri besar Kedah itu memfailkan pernyataan pembelaan bagi menjawab saman fitnah difailkan pengerusi Pakatan Harapan itu, selewat-lewatnya 13 Februari.
Saman yang difailkan pada 13 Disember tahun lepas itu berhubung ucapan berbaur fitnah dalam satu kempen ceramah pilihan raya ‘Jelajah PN Best Tambun’ yang didakwa mengaitkan Anwar dengan perlakuan tidak bermoral.
Sanusi dalam pernyataan pembelaannya turut menegaskan beliau hanya menjalankan tanggungjawab dan kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, sebagaimana juga plaintif yang bukan sahaja mengkritik, bahkan membuat tuduhan ke atas parti lawan dalam tempoh kempen pilihan raya.
“Oleh demikian, ucapan tersebut memberi sudut pandang berbeza dan kritikan ke atas plaintif bersandarkan kepada fakta dan rekod yang benar berkaitan plaintif tidak seharusnya disekat dan dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.
Sementara itu, Anwar menerusi jawapan kepada pembelaan yang difailkan pada 13 Mac lepas menegaskan bahawa hak defendan untuk kebebasan bersuara adalah tidak mutlak dan tertakluk kepada pelbagai sekatan dan ceramah politik termasuk dalam peruntukan di bawah Akta Fitnah 1957.
Menurut Anwar, defendan mengungkapkan kata-kata fitnah itu kepada pengundi di Tambun dan ia bukan kawasan pilihan raya defendan.
Anwar, 75, dalam pernyataan tuntutannya berkata pada 13 November tahun lepas Sanusi telah memberi ucapan pilihan raya pada ceramah tersebut sebagai menyokong calon PN bagi Parlimen Tambun, Ahmad Faizal Azumu dengan ratusan pengunjung menghadiri ceramah itu.
Menurut Anwar, ucapan dalam ceramah itu telah diterbitkan atau menyebabkan penerbitan semula dan disiarkan secara siaran langsung di aplikasi Facebook di bawah nama “Faizal Azumu” yang mendapat tontonan melebihi 88,000 kali, 531 reaksi, 58 kali perkongsian dan 384 komen, setakat tarikh pemfailan saman itu.
Menurut presiden PKR itu, pada 14 November 2022, kenyataan fitnah daripada video tersebut telah dipetik oleh MalaysiaKini dan portal itu menerbitkan satu artikel dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. – Bernama, 17 Mac 2023.
WOIT
SANUSI LU
BILANG ANWAR
TAKDA MORAL
KAH KAH KAH
MORAL APA ?
MACAM MANA ?
KAH KAH KAH
WOIT SANUSI
LU CAKAP
LU FITNAH
LU ADA BUKTI KE
KAH KAH KAH
SAPA SUTUT
SAPA
KAH KAH KAH
KHALAS
KESAH 55 TAQHUN DAHULU
KESAH 55 TAHUN
DAHULU
AMIN
Unknown commented on
"PAS LARANG LAWAT GEREJA"
Gwa teringat 2 budak muda TT dan Lee Keong tumpang berteduh bermalam di gereja 55Ttahun dulu. Penjaga gereja tidak halau 2 budak muda itu dengan alasan berbeza tuhan dan akidah. Malah diberi tempat tidur berbaring boleh mandi berehat.
Gwa hairan mengapa kita mesti saling membenci&berbunuhan hanya kerana berbeza tuhan. what is the because?
KES ANWAR MELIWAT DIBUKA KEMBALI
MB Kedah pertahan ucapan, bangkitkan kes liwat dan pengampunan Anwar
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mempertahankan kenyataannya terhadap Anwar Ibrahim yang dibuat semasa pilihan raya umum tahun lepas, dengan memetik dokumen dan penghakiman mahkamah mengenai kes jenayah lampau membabitkan perdana menteri.
Sanusi didakwa berkaitan ucapannya yang merujuk kepada dua sabitan liwat terhadap pemimpin PKR itu.
Anwar, dalam penyataan tuntutannya, berkata ucapan Sanusi menuduhnya mengambil rasuah, hipokrit, memanipulasi dan penjenayah walaupun pengampunan diraja membatalkan sabitan liwatnya.
Presiden PKR itu menjalani hukuman penjara empat tahun sebelum dibebaskan beberapa hari selepas Pilihan Raya Umum 2018.
Sanusi berkata kenyataannya berdasarkan pengetahuan am tentang pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar pada 1999, setahun selepas pemecatannya daripada kerajaan oleh perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad.
Anwar dijatuhi hukuman enam tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada April tahun itu.
“Pertuduhan yang dihadapi oleh plantif secara rangkumannya menyatakan bahawa plantif semasa memegang jawatan selaku ahli pentadbiran, telah secara salah menggunakan jawatan awamnya untuk kepentingan peribadi apabila mengarahkan dua pegawai polis berpangkat tinggi untuk mendapatkan empat kenyataan bertulis daripada Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali yang menyangkal tuduhan salah laku seksual dan liwat terhadap plantif yang bertujuan menyelamatkan plantif daripada rasa malu dan dakwaan jenayah yang bertentangan dengan Ordinan tersebut,” kata Sanusi dalam kenyataan pembelaan yang difailkan bulan lalu.
Sanusi menambah beberapa siri rayuan oleh Anwar untuk membatalkan sabitan itu berakhir dengan kegagalan dengan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan itu pada 2002.
Sanusi kemudian mengimbas kembali pertuduhan liwat terhadap Anwar dan bekas pemandunya Azizan Abu Bakar, juga dikenali sebagai Liwat I, yang mana Anwar dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun pada 2001.
Beliau berkata walaupun Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan terhadap sabitan liwat, hakim dengan jelas menyatakan pemimpin PKR itu terlibat dalam kegiatan homoseksual.
“Untuk meringkaskan penghakiman kami, walaupun membaca rekod rayuan, kami menemui bukti untuk mengesahkan bahawa perayu terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami lebih cenderung untuk mempercayai bahawa kejadian yang didakwa di Tivoli Villa memang berlaku, kadangkala, mahkamah ini, mengikut undang-undang, hanya boleh mensabitkan perayu jika pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesalahan yang didakwa seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan, di luar keraguan munasabah, atas keterangan yang boleh diterima dan mengikut prinsip undang-undang yang ditetapkan,” kata Sanusi memetik petikan daripada penghakiman oleh hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu Abdul Hamid Mohamad.
Beliau berkata Hamid mengesahkan perkara itu dalam artikel pada 2018, sambil menambah beliau dan panel hakim Tengku Baharuddin membebaskan Anwar bukan kerana mereka tidak percaya beliau melakukan liwat semata-mata tetapi kerana tidak cukup keterangan yang boleh diterima mengikut undang-undang, yang dikemukakan di mahkamah untuk mensabitkannya.
Beliau berkata Anwar, pada 2014, cuba untuk membatalkan petikan itu tetapi gagal.
“Kenyataan tersebut sehingga kini menjadi rekod kekal di dalam keseluruhan Penghakiman Mahkamah Persekutuan terhadap Plaintif berkaitan Pertuduhan Jenayah Liwat I tersebut,” tambah Sanusi.
Pada awal 2014, Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan sabitan bagi pertuduhan liwat kedua, dikenali sebagai Liwat II.
Pengampunan diraja
Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun bagi pertuduhan itu, tetapi dibebaskan pada Jun 2018 selepas mendapat pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad V.
Sanusi, dalam kenyataan pembelaannya, menekankan beberapa isu mengenai pengampunan diraja.
Beliau berkata Lembaga Rayuan bersidang pada 16 Mei 2018 tanpa kehadiran sekurang-kurangnya dua ahli: peguam negara pada masa itu, Mohamed Apandi Ali dan menteri wilayah persekutuan, yang masih belum dilantik.
Sanusi juga berkata cara pengampunan diraja dikritik oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan Hamid yang mempersoalkan mengapa Agong pada masa itu memberi persepsi bahawa permohonan pengampunan itu akan diluluskan.
Beliau berkata pada Disember tahun lepas, Anwar sendiri memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau dihubungi Agong ketika masih menjalani hukuman penjara.
Sanusi dalam pembelaannya berkata beliau hanya menyatakan apa yang sudah diketahui umum mengenai Anwar, sambil menambah bahawa pengampunan diraja juga khusus untuk Liwat II.
Beliau berkata sebagai ahli politik, Anwar tidak seharusnya bersikap "sensitif" dalam menangani pengkritik, lebih-lebih lagi beliau sendiri membuat apa yang disifatkannya sebagai "tuduhan palsu" terhadap pihak lain.
“Oleh yang demikian, adalah tidak munasabah dan menghairankan untuk seorang politikus seperti plantif yang suka menuduh politikus-politkus lain dengan kata-kata seperti 'penyamun', 'bodoh' dan pelbagai lagi tiba-tiba berasa sensitif apabila parti lawan memberikan komen dan kritikan berdasarkan latar belakang beliau yang sudah diketahui umum,” tambah Sanusi.
WOIT
ANWAR BUAT
SILAP
KAH KAH KAH
HAMZAH KATA
SARANG TEBUAH
JANGAN DI JOLOK
KAH KAH KAH
KACAU SANUSI
YANG LEK LOK
INI HASILNYA
KAH KAH KAH
SEMUA KES AKAN
DIBUKA KEMBALI
AMIN
KALI INI BUKAN
YUSUF RAWTHER
TAPI SANUSI
MENTERI I BESAR
NEGERI KEDAH
AMIN
KHALAS
SAPA DATUK ROY ?
'Datuk Roy' direman semula 4 hari kes Jana Wibawa
SEORANG ahli perniagaan yang dikenali sebagai “Datuk Roy” direman semula selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).
Perintah reman terhadap lelaki berkenaan hingga 20 Mac ini dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Datuk Roy atau nama sebenarnya Mohd Hussein Mohd Nasir, 54, sebelum ini direman selama tiga hari bermula 14 Mac selepas ditahan kira-kira 3 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 13 Mac.
Peguamnya Fahmi Abd Moin dilapor berkata ‘Datuk Roy’ dibebaskan dengan jaminan semalam namun mengesahkan anak guamnya itu akan direman semula oleh SPRM hari ini.
Pengarah SPRM Kuala Lumpur Razaliah Ab Rahman ketika dihubungi mengesahkan reman terhadap lelaki berkenaan dilanjutkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – Bernama, 17 Mac 2023.
WOIT
SAPA DATUK ROY
PELAKUN KOBOI
ROY ROGERS KE?
KAH KAH KAH
DULU IZAT LEMBU
DI LEMBAH PANTAI
KIRA SAMPAI
MENANG
KAH KAH KAH
SEKARANG
DATUK ROY
TANGKAP SAMPAI
TERBERAK
KAH KAH KAH
KHALAS
APA SUDAH JADI ? SAPA PUNYA KERJA ? SAPA NAK BIKIN KACAU ?
KPN beri jaminan keselamatan negara terkawal
KETUA Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani memberi jaminan tahap keselamatan negara masih terkawal.
Kenyataan beliau dibuat selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan pasukan keselamatan berwaspada terhadap sebarang kemungkinan ancaman terhadap keselamatan negara.
Acryl Sani bagaimanapun memberi amaran bahawa polis tidak akan teragak-agak untuk bertindak terhadap sesiapa sahaja yang melakukan keganasan.
“Polis memantau rapi situasi keselamatan semasa dan akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti agama/kaum yang mengganggu gugat keselamatan serta ketenteraman negara.
“Tahap keselamatan semasa negara adalah terkawal dan PDRM memberikan komitmen untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang dilaksana secara berterusan demi memastikan keselamatan kekal terjamin.
“Masyarakat dinasihati agar tidak mengeluarkan atau berkongsi kenyataan-kenyataan yang mampu menjejaskan keharmonian kaum atau membangkitkan kegusaran awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Anwar sebelum ini memberitahu pemberita bahawa pasukan keselamatan akan bertindak ke atas mereka yang menyimpan perasaan tidak puas hati akan menggunakan sentimen ini untuk mencetuskan kekacauan di negara ini.
“Kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang usaha mengadu domba dan menghangatkan isu kaum.
“Saya telah mengarahkan pasukan keselamatan berjaga-jaga kerana mereka yang terdesak atau berasa tercabar akan menggunakan sentimen ini, dan orang miskin akan dibayar untuk mencetuskan huru-hara,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet hari ini di Putrajaya.
Anwar bagaimanapun tidak menyebut secara khusus sebarang insiden atau isu.
Bagaimanapun, kenyataannya dibuat selepas pengarah dan pelakon filem tempatan “Mentega Terbang” menerima ugutan bunuh dan kereta mereka dirosakkan oleh orang tidak dikenali semalam.
Terdapat juga insiden Majlis Agama Islam Selangor melarang umat Islam menyertai program anjuran bukan Islam kerana khuatir acara ini boleh menimbulkan minat terhadap agama lain.
Pengerusinya Abdul Aziz Mohd Yusof Aziz merujuk kepada iklan dan risalah yang diedarkan di media sosial mengenai “Projek Artikel 11” Impact Malaysia di bawah program “Jom Ziarah”.
Program yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan itu melibatkan lawatan ke tempat ibadat bagi meningkatkan kesedaran masyarakat yang majmuk di negara ini.
Anwar juga berkata kerajaan akan sentiasa berpegang kepada prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, yang menetapkan Islam sebagai agama rasmi, manakala agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni. – 17 Mac, 2023.
WOIT
SAPA TERDESAK
KAH KAH KAH
SAPA HILANG
KUASA
KAH KAH KAH
SAPA AKAN
HILANG KUASA
KAH KAH KAH
SERANG DULU
SEBELUM
DISERANG
KHALAS
ANWAR PRO USA ? HADI ANTI USA ?
ANWAR PRO USA ?
HADI ANTI USA ?
KHALAS
yeop_sepet commented on
"MAT REMPIT DAN POLITIKUS"
lu silap TT,lu underestimate hadi dgn pas. lu kene tgk geopolitik dunia, Russia Iran china form alliance. China negara komunis anti agama form dgn Russia dan Iran negara ada agama rasmi dlm perlembagaan depa. satu orthodox christian satu Syiah Islam. China tau hanya negara yg beragama saja yg 100% anti US dan sanggup lwn smpai mati, walaupun komunis China tu anti agama. Hadi ada senjata yg org liberal2 nie x nmpk, BRICS Russia China Iran.best bet China dlm politik msia nie dgn PN bukan dgn PH under anwar dgn DAP yg kompem2 pro US.
parti2 cina msia bukan rakan kongsi China yg baguih sbb ada cina2 christian mcm hannah yeoh yg pro US dlm DAP dan MCA. gua bet tahun nie gak anwar jatuh tukor kerajaan PN.China akan mau Pn sbb kompem2 melayu dan islam anti US. lu jgn keji sgt org tua hadi tu,Iran dan China akan push Russia minx atok runding dgn PAS,lu tgk le nanti.lu jgn terkejut tiba2 ada MP PAS kosongkan kerusi bg atok bertanding jadik MP blk. cina2 sohai dlm DAP kutuk hadi pasei depa skg desperate tgk melayu udah unite,China lak dah caya pd depa2 cina sini.