Khamis, 23 Mac 2023
HUKUM MATI UNTUK RASUAH
Hukuman mati mandatori, penjara sepanjang hayat dihapus
KUALA LUMPUR – Hukuman penjara sepanjang hayat sebagai alternatif kepada hukuman mati mandatori akan digantikan dengan hukuman alternatif baharu.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, hukuman penjara sepanjang hayat dimansuhkan sepenuhnya dalam semua undang-undang.
Pesalah terbabit sebaliknya akan dikenakan hukuman alternatif baharu iaitu penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali.
Azalina berkata, dasar baharu itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Mac lalu.
Hukuman mati dimansuhkan bagi kesalahan-kesalahan yang tidak menyebabkan kematian melainkan tiga kesalahan iaitu Seksyen 121 dan 121A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952; dan
Turut dipersetujui Rang Undang-Undang (RUU) baharu bagi membolehkan hukuman mati atau hukuman penjara sepanjang hayat yang telah dikenakan disemak semula oleh Mahkamah Persekutuan.
RUU itu akan melibatkan 957 orang banduan hukuman mati dan banduan sepanjang hayat yang telah menghabiskan proses rayuan di mahkamah sebelum ini.
“Dalam hal ini, Kerajaan akan membuat bacaan kali yang pertama bagi RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dan RUU Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 pada hari Isnin, 27 Mac nanti.
“RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dijangka akan memberi kesan kepada 476 orang banduan hukuman mati yang belum menghabiskan proses rayuan, sama ada di Mahkamah Rayuan ataupun Mahkamah Persekutuan.
“Hal ini disebabkan, hukuman alternatif kepada hukuman mati mandatori akan bersifat ke belakang,” kata Azalina di Dewan Negara.
Beliau menjawab soalan Datuk Wira Koh Nai Kwong yang meminta Perdana Menteri menyatakan apakah status terkini inisiatif Kerajaan untuk mengkaji semula cadangan untuk melaksanakan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori bagi pelbagai kesalahan.
Azalina berkata, pindaan perundangan yang melibatkan polisi penghukuman dan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori merupakan perubahan positif kepada sistem keadilan jenayah di Malaysia supaya lebih holistik dan inklusif.
Ini demi manfaat bersama selain tidak menafikan hak asasi individu untuk mendapat keadilan sewajarnya.-
MENERI & POLITIKUS SUAK SALAHKAN MEDIA
Akui kesilapan sendiri, berhenti salahkan media, Johan Jaaffar beritahu menteri
TOKOH Wartawan Negara Johan Jaaffar hari ini menggesa menteri dan pegawai kerajaan agar berhenti menyalahkan media atas kesilapan atau kelemahan mereka sendiri.
Katanya menteri dan pegawai kerajaan perlu bertanggungjawab dan mengakui kesilapan sendiri apabila sesuatu perkara tidak berjalan lancar atau tidak memihak kepada mereka, bukan membuat tuduhan melulu terhadap media.
Beliau menegaskan isu perkauman di negara ini dinyalakan oleh ahli politik untuk kepentingan mereka sendiri.
“Jangan mengutuk media untuk mengelak tuduhan ke atas kesilapan, kelalaian dan kesilapan mereka sendiri,” kata Johan dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang semalam yang mendakwa wartawan “sengaja mahu menyalakan api” dalam isu sensitif, terutamanya berkaitan isu kaum dan agama.
Aaron berkata demikian kepada pemberita yang memintanya mengulas mengenai program Jom Ziarah Gereja anjuran sebuah NGO yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan.
“Saya dah beritahu media, tolong redakan isu sensitif. Anda cuba ‘menyimbah minyak’ ke negara ini, tolong jangan lakukan itu,” katanya dipetik Malaysiakini selepas melancarkan pameran “Hanya Dikau - Seniman Agung P Ramlee” di Terminal 1 KLIA semalam.
Mengulas lanjut kenyataan Aaron itu, Johan berkata menteri perpaduan itu sepatutnya perlu lebih bertanggungjawab apabila membuat tuduhan.
Beliau selain itu terkejut Aaron memberi amaran keras agar pengamal media berhenti menjadi batu api.
“Beliau menyerang pihak yang salah. Hakikatnya media Malaysia selama ini sudah cukup berhati-hati dan mengelak daripada melaporkan perkara berbaur perkauman.
“Pengamal media faham peranan mereka dalam negara Malaysia berbilang kaum dan etnik,” kata Johan.
Jelasnya lagi, meskipun menjunjung kebebasan media dan percaya kebebasan media adalah asas kepada demokrasi, namun pengamal media cukup bertanggungjawab untuk tidak menyemarakkan ketegangan antara kaum. – 23 Mac 2023.
DARI DULU
SAMAPAI HARI INI
PERANGAI MENTERI
POLITIKUS TAK
BERUBAH
AMIN
SELALU SALAHKAN
MEDIA
AMIN
MEDIA SALAH
LAPOR
AMIN
MEDIA TAK DENGAR
BETUL
AMIN
UGUT NAK SAMAN
MEDIA TAPI
TAK SAMAN
KAH KAH KAH
TAPI BILA PRU
DAH DEKAT
MEREKA MULA
BODEK MEDIA
BELANJA MEDIA
HADIAH MEDIA
JAMU MEDIA
KAH KAH KAH
POOODAH
KHALAS
TUHAN DI MONOPOLI
TUHAN
DI MONOPOLI
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"TIPU ATAS NAMA TUHAN"
Tuhan nak di hak milikkan, nak dijadikan produk jalan oleh sesuatu kaum bangsa agama, kah kah kah nak ke jalan Tuhan kena sekutu dengan puak puak jual agama, nak tiket kena beli dengan mereka, ini cara mereka nak control umat supaya Tuhan mereka dijadikan modal perniagaan kah kah kah tak payah tak payah, nak cari Tuhan guna laluan sendiri guna cara sendiri iaitu buat kebaikan akan sampai, kalau guna cara mereka kena bayar tol kiri kanan sebab semua nak buat duit atas nama Tuhan kah kah kah business Tuhan cukup lumayan dimana mana saja, semua jual Tuhan dengan Dollar Rial Emas sekelian kah kah kah
PERCUBAAN GAGAL - MASIH TERUNA
MASIH TERUNA
KAH KAH KAH
PERCUBAAN
GAGAL
KAH KAH KAH
KHALAS
Unknown commented on
"WARGA PERANCIS
TERUS BERDEMO"
Sepatutnya warga Malaysia juga kena berdemo untuk gulingkan Anwar. Kita kena bela Yusof rawther. Yusof rawther telah dirosakkan kesucian nya oleh Anwar. Kita tidak ketandusan pemimpin. Kita ada sang murabbi tuan tok guru untuk menerajui Malaysia menjadi khalifah tersohor
FRANCE KE JALAN RAYA HARI KHAMIS - SEKARANG SEDANG TIDUR
FRANCE
KE JALAN RAYA
HARI KHAMIS
AMIN
SEKARANG SEDANG
TIDUR
AMIN
TIPU ATAS NAMA TUHAN
TIPU ATAS
NAMA TUHAN
AMIN
Unknown commented on
"ARAB SUKA BERGADUH"
seingat gua, arab mekah lebih kasar dari arab madinah..walaupun mekah tanah haram, namun ditanah haram juga ada penyangak2 kaya usahawan..begitu juga la kisah diserambi mekah ada mcm2 keganasan ,jangan buat kedebe..kemudian ditutup dgn undang2 islam..itu belum ditutup kisah balak dgn hudud yg akhirnya ditukar kpd ruu355 perlembagaan british..ohya, saudi juga dicipta oleh british, minyak saudi juga dijumpa british, sultan saudi juga minat bulu ari2 wanita british berwarna perang..
TANAH MELAYU NAK DI JADIKAN KOLONI INGGERIS SEKALI LAGI
Pengurusan kes rayuan peguam diraja wakili Najib pada 6 April
MAHKAMAH Persekutuan menetapkan 6 April untuk satu lagi pengurusan kes rayuan Peguam Diraja Jonathan Laidlaw yang berpangkalan di United Kingdom untuk diterima masuk sebagai peguam untuk mewakili Najib Razak dalam kes jenayah melibatkan SRC International Sdn Bhd (SRC).
Perkara itu disahkan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul dan peguam Badan Peguam Malaysia Annemarie Pravina Vendargon ketika dihubungi selepas pengurusan kes bagi rayuan itu hari ini.
Annemarie berkata tarikh itu ditetapkan sementara menunggu keputusan permohonan semakan Najib yang dijadualkan pada 31 Mac.
Beliau berkata tarikh perbicaraan akan ditetapkan pada pengurusan kes berikutnya.
Prosiding pengurusan kes hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Suhaila Haron, dihadiri peguam Wan Muhammad Arfan Wan Othman mewakili Laidlaw manakala Peguam Persekutuan Noor Atiqah Zainal Abidin mewakili Jabatan Peguam Negara dan beliau turut mewakili Pendakwa Raya.
Turut hadir, peguam Lim Sze Han mewakili Jawatankuasa Peguam KL dan Annemarie bagi Badan Peguam Malaysia.
Mahkamah Persekutuan sepatutnya mendengar rayuan Laidlaw serta permohonan Pendakwa Raya dan tiga yang lain untuk membatalkan rayuan Laidlaw dan permohonan Pendakwa Raya untuk campur tangan dalam rayuan Laidlaw pada 15 Mac.
Bagaimanapun, prosiding itu ditangguhkan dan pengurusan kes ditetapkan pada hari ini.
Laidlaw memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan beliau untuk diterima masuk sebagai peguam cara dan peguam bela pada 21 Julai lepas.
Pendakwa Raya, yang tidak dinamakan sebagai responden dalam rayuan Laidlaw, kemudian memfailkan permohonan untuk mencelah agar dimasukkan sebagai responden keempat atas alasan ia adalah pihak dalam prosiding di Mahkamah Tinggi namun digugurkan secara unilateral dalam rayuan itu.
Melalui notis usul yang difailkan pada 18 November lepas, Pendakwa Raya turut memohon agar rayuan Laidlaw dibatalkan atas alasan ia bersifat akademik dan adalah penyalahgunaan proses mahkamah serta tidak dapat dipertahan.
Sementara itu, Jabatan Peguam Negara, Badan Peguam Malaysia dan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur yang dinamakan sebagai responden, turut memfailkan permohonan masing-masing bagi membatalkan rayuan Laidlaw.
Najib, 69, kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan, hukuman penjara dan denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas beliau bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd pada 23 Ogos lepas.
Mahkamah Persekutuan menetapkan 31 Mac ini untuk menyampaikan keputusannya dalam permohonan bekas perdana menteri itu. – Bernama, 22 Mac, 2023.
PENCURI NAJIB
NAK BAWA
PEGUAM INGGERIS
AMIN
INI NIAT NAJIB
NAK JADIKAN
TANAH MELAYU
KOLONI INGGERIS
SEKALI LAGI
AMIN
NAJIB JUGA
HINA PEGUAM
TEMPATAN
BILA LANGGAN
PEGUAM LUAR
AMIN
KHALAS
GARIS POLITIK MUDA
Muda tolak Perikatan, mahu kerjasama dengan Pakatan pada PRN
PARTI belia, Muda akan terus komited untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang walaupun permohonannya untuk menyertai gabungan itu ditolak, kata setiausaha agungnya Amir Abd Hadi.
Beliau berkata parti itu lebih suka mengadakan kerjasama pilihan raya dengan PH bagi pilihan raya negeri yang akan diadakan tidak lama lagi daripada bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).
Tambahnya, parti itu juga akan bertanding pada pilihan raya negeri.
“Kami terbuka untuk berbincang dengan PH, sama ada untuk menjadi sebahagian daripada gabungan itu atau sebagai pakatan pilihan raya seperti pada pilihan raya umum lalu,” kata Amir kepada The Malaysian Insight.
“Selain itu, buat masa ini tiada rundingan atau perbincangan dengan PN. Kami tidak berminat dengan idea itu kerana kami memegang prinsip yang berbeza.”
Isnin lalu, Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa PH membuat keputusan segera berhubung permohonan partinya untuk menjadi sebahagian daripada gabungan itu.
Ahli Parlimen Muar itu berkata parti itu telah menghantar tiga surat bertanyakan mengenai status permohonannya untuk menyertai PH, yang dibuat sebelum pilihan raya umum ke-15.
Amir menyokong dakwaan Syed Saddiq mengenai surat yang dihantar kepada PH, dan berkata mereka hanya mahu keputusan mengenai permohonan mereka.
“Kami sudah menghantar tiga surat kepada PH. Kami menghantarnya kepada (Setiausaha Agung PH) Saifuddin (Nasution) melalui serahan tangan, melalui emel dan juga melalui WhatsApp. Kami juga menghubungi mereka,” kata Amir.
“Kami hanya perlu PH menjawab surat kami dan juga memutuskan sama ada menerima Muda atau tidak.
“Kami terima sekiranya mereka menolak tetapi kami amat memerlukan jawapan untuk kami terus bergerak ke hadapan,” katanya.
Terdahulu hari ini, Saifuddin berkata beliau sibuk dengan tugas menteri yang didakwanya sebagai sebab tidak membaca surat permohonan Muda.
Sebelum PRU15, Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata adalah sukar untuk membawa Muda sebagai parti komponen kelima PH kerana ia perlu mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Amir berkata, tiada sebab untuk sebarang kelewatan memandangkan pengerusi PH kini adalah perdana menteri.
“Sebelum ini, jawapan yang diberikan Anwar ialah PH tidak boleh terima Muda kerana RoS dan sebagainya.
“Sekarang, beliau sudah pun menjadi perdana menteri. (Sepatutnya tidak ada isu) kerana mereka boleh membuat keputusan untuk menerima atau menolak Muda,” kata Amir.
Amir berkata, walau apa pun keputusannya, Muda akan bertanding pada pilihan raya negeri akan datang.
“Rundingan kerusi telah pun bermula. Kami sedang mengintai beberapa kerusi tetapi ia tertakluk kepada rundingan dan perbincangan.
“Sekarang, kami sedang dalam persiapan dan nanti kami akan menganjurkan Sidang Pilihanraya untuk Muda.”
Dalam pilihan raya pertama, Muda bertanding di enam kerusi Parlimen, namun hanya memenangi satu iaitu kerusi Parlimen Muar oleh Syed Saddiq.
Walaupun menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan, Muda tidak dijemput ke dua mesyuarat sekretariat kerajaan perpaduan yang diadakan setakat ini. – 23 Mac, 2023.
INI GARIS
TEPAT BIJAK
AMIN
GUNAKAN PRN
YG AKAN DTG
UNTUK BINA PARTI
AMIN
SOKONGAN ADA
WAJIB DISUSUN
AMIN
KHALAS
HADI MAHU PMX JADI XPM
HADI MAHU PMX
JADI XPM
KAH KAH KAH
KHALAS
Unknown commented on
"HADI SERANG ANWAR"
betul tu ,hadi serang anwar bertalu2 ,sayangnya hadi tewas kpd wanita british sarawak report..kpd penyokong anwar, tak perlulah pertahankan anwar sb anwar ada prof agus, ada menteri agama, ada menteri KDN ada menteri fahmi fadil..mrk ni pun tak pertahankan anwar, kenapa kita mensti pertahankan anwar. pada gua, biar la tuhan menentukan pemenang antara anwar dan hadi..gua yakin yg disakiti itu adalah mahiaddin anak yasin..kini, madey dan hadi juga sedang bertalu2 serang anwar..kita biarkan je.biar yg menteri2 anwar yg buat keje..gua faham serangan kpd anwar hanyala utk menganggu kacau pentadbiran ..agar anwar hilang fokus..
ANAK PENDATANG HARAM TAK SALAH
ANAK PENDATANG
HARAM TIDAK
BERSALAH
AMIN
Unknown commented on
"LANGKAH BETUL KERAJAAN"
Celaka punya pendatang haram. Dah tau jadi pendatang haram, kalau nak kongkek pakai lah kondom. Makan ubat perancang. Benar2 menyusahkan kanak2. Kalau dinegara kafir anak ini tidak boleh diserahkan kepada ibu bapa yg tak bertanggung jawab. Hukuman lebih berat perlu dikenakan termasuk sebatan. Adalah lebih baik jika ada undang2 yang membenarkan di mandulkan spesis pendatang haram jenis mcm tu. Yang lain semua boleh lengkap dokumen kenapa kamu semua besar kepala macam sial datang tanpa dokumen.?
MENTERI MINAT BUDAK KECIK
MENTERI MINAT
BUDAK KECIK
AMIN
Unknown commented on
"MORAL KELAB MALAM"
Menteri yang suka budak kecik mesti kote nya kecik. Hartanya nya punya banyak boleh tampung belanjawan negeri Perlis selama 5 tahun. Sekali kantoi terus duduk atas kerusi roda berlakon kunun nak mampus, bila dah bebas jantan lembik siam pun dia tak kesah kalau nak berlucah dinegara sendiri.
PUASA HARI PERTAMA
PUASA
HARI PERTAMA
KHAMIS 23/3/23
BULAN PUASA SAMPAI KEMBALI
SEBULAN INI KITA BERPUASA
APAKAH SUHU POLITIK
AKAN REDA
APAKAH TUDUH MENUDUH
AKAN BERKURANGAN
JENG JENG JENG
AMERIKA
BUNGA BANK NAIK LAGI
FEDERAL RESERVE
MENAIKKAN UNTUK CUBA
MELAWAN INFLASI
HASILNYA
BURSA SAHAM WALL STREET
JATUH 500 MATA
HAMPIR 2%
APAKAH INI AKAN MEMBAWA
MUDARAT BARU PADA BANK ?
MUDARAT PADA EKONOMI DUNIA ?
JENG JENG JENG
RUSIA
APAKAH AGAKNYA
YANG DIBINCANGKAN OLEH
XI JIN PING DNEGAN PUTIN
DUNIA SEDANG MENUNGGU
APAKAH JALAN DAMAI
SEDANG DI TEROKA
SAUDI ARABIA
MENTERI LUAR SAUDI
AKAN BERJUMPA
DENGAN MENTERI LUAR IRAN
HUBUNGAN YANG TERPUTUS
KINI CUBA DI BAIKI
INI PETANDA BAIK
UNTUK TIMUR TENGAH
AMIN
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATA HARI DAH KELUAR
KL & KL SENTRAL BERKABUS
KERANA HUJAN PETANG KELMARIN
HA HA
TIONG BILA RAMAI
AKAN HEBOH
TERKUKUR PALING SETIA
CENGKERIK TERUS
BERSIMPONI
MUNGKIN SEMUA TAHU
PUASA DAH BERMULA
GUA TERJUMPA YAP
ANAK SETIA DARI AMPANG
YANG ZIARAH KUBUR
EMAK ANGKATNYA
NANTI GUA BUKA CERITA
GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS
DI BALKONI GUA
TAK TAK MENJALAR TIDUR
SATELAH SARAPAN
SEKEPING BISKUT
TIGA KEPING KEROPOK MENTAH
AMIN
BRO
SENYUM
KITA GEMBIRA
SEKALI LAGI KITA DAPAT
MENYAMBUT PUASA
BRO
BAJU DAN PAKAIAN
BELUM TENTU
MENGGAMBARKAN PRIBADI
BRO
BUKU IALAH
TINGKAP UNTUK DUNIA
BRO
DALAM TUBUH YANG SEHAT
TERDAPAT JIWA YANG KUAT
BRO
KEJAYAAN TIDAK SAMPAI
PADA SOSOK YANG LEKA
BRO
SABAR PENGHILANG PENAT
TEKUN PEMBAWA DEKAT
BRO
TUNJUK JADI TELAGA BUDI
AJAR MENJADI SULUH HATI
BRO
PENGETAHUAN AKAN MEMBERI
KEKUATAN
TETAPI KAREKTER MEMBERI
PENGHORMATAN
BRO
KEHIDUPAN YANG SESUNGGUHNYA
ADALAH HIDUP
UNTUK ORANG LAIN
BRO
JADILAH SEORANG PEMIMPI
YANG DILANDASI
OLEH TINDAKAN NYATA
BRO
SEMUA ADA MASANYA
TINJU BIALA MASA
LU HARUS MENINJU
SEPAK KETIKA LU
HARUS MENYEPAK
BRO
TUGAS BESAR KITA
BUKAN MELIHAT
YANG BERKILAU JAUH
TAPI MELAKUKAN SESUATU
YANG ADA DALAM TANGAN
BRO
LU HARUS TERIMA HAKIKAT
PERTOLONGAN TAK SAMPAI
KECUALI LU TOLONG
DIRI LU SENDIRI
BRO
GURU LU BUKAN
MEMBERI KEBENARAN
DIA JADI PEMANDU LU
TUNJUK JALAN KE ARAH
KEBENARAN
KEBENARAN WAJIB LU
TEMUI SENDIRI
BRO
KESALAHAN SELALU
DIMAAFKAN JIKA
SESEORANG BERANI
MENGAKUINYA
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERPUASA